mungkin disini yang anda cari.!!

Pengikut dihormati

Memaparkan catatan dengan label info. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label info. Papar semua catatan

7 Jun 2012

Anda kelihatan bodoh atau Poyo bila....

             Assalamualaikum dan salam1Blogger
      Hallo semua dan salam berjumpa lagi,kali ini aku nak tulis
atau cerita mengenai pekara yang sering  kita buat tanpa kita sedar
atau sengaja kita buat supaya orang lain tahu siapa diri kita..
Pelik tak rupa bila seseorang terlalu riak atau sombong?
 
      Sebenarnya apa yang kita buat dan kita tuturkan hanya orang lain
saja yang dapat menilaikannya bukan kita sendiri.Percaya atau tidak
kita terpaksa terima keputusannya,jangan pula kita marah atau
melenting jika keputusannya menyakitkan hati sebab itulah diri
kita sebenarnya..
Mampukah lembu gemuk tu melompat,sipenunggang atau yang
ditunggangkah Poyo???.
   
     Baiklah mari kita lihat beberapa pekara dibawah sama ada ianya
betul atau salah;

  1. Anda sebenarnya bodoh atau Poyo dimata orang lain bila....
         - Asik marahkan orang lain sedangkan kita sendiri belum tentu 
            bagus.
  2. Anda sebenarnya bodoh atau Poyo dimata orang lain bila....
         - Mengatakan andalah yang paling pandai,bijak dari staff yang
            lain.
  3. Anda sebenarnya bodoh atau Poyo dimata orang lain bila....
         - Menindas orang lain demi kepentingan diri sendiri dan
            disebabkan tindakan anda ada staff dibuang kerja...
  4. Anda sebenarnya bodoh atau Poyo dimata orang lain bila....
         - Memperkecilkan/menghina kebolehan,kerja dan idea 
           orang lain.
  5. Anda sebenarnya bodoh atau Poyo dimata orang lain bila....
         - Bila bercakap anda mengutuk,membebel,mengfitnah serta
           meniru gaya orang lain...
  6. Anda sebenarnya bodoh atau Poyo dimata orang lain bila....
         - Mengatakan disebabkan sumbangan idea atau kertas kerja
           andalah syarikat/jabatan anda maju didepan Staff2 sokongan..
  7. Anda sebenarnya bodoh atau Poyo dimata orang lain bila....
         -Anda mendakwa bahawa anda adalah lelaki kacak atau wanita
           cantik ditempat anda bekerja...
  8. Anda sebenarnya bodoh atau Poyo dimata orang lain bila....
         -Anda berbuat sesuka hati..tanpa mengambil kira pandangan,
          idea,sumbangan,komen,kebajikan dan rintihan orang lain
          /staff semasa anda berkuasa.


    Inilah lapan pekara yang sering kita lihat dimana-mana saja kita
berada mahupun ditempat kerja.Sipelakunya tak terasa pelik atau
poyo seperti apa yg orang lain lihat, jadi ...sama-samalah kita
renungkannya.
     Aku rasa setakat ni  nilah yang dapat aku kongsikan bersama
kalau  rasa nak tambah bolehlah share kat ruangan komen
..Bye2!!!!!!!!!!!.
         
           
READ MORE- Anda kelihatan bodoh atau Poyo bila....

3 Mei 2012

Dilema Ibubapa kini dalam menghadapi cabaran!!.

                Assalamualaikum dan salam 1Bloggers;
  Hallo!hallo! semua sekarang ni cuaca kat sini agak tak
menentu,agaknya mood pun tak menentu juga apa-apapun
harap mood korang baik-baik belaka...........................

   Atrikel kali ni aku nak cerita pasal cabaran ibubapa sekarang
dalam mendidik anak-anak berbanding orang dulu.Macam
mana berat tak tajuk ni?aku bukanlah nak tunjuk pandai cuma
nak berkongsi pendapat dan pandangan korang semua terutamanya
yang dah bergelar ayah atau ibu.........
hiasan
 
   Bagi aku, seorang ayah yang mempunyai empat anak memang
tak semudah yang disangka,banyak yang aku fikirkan serta yang
dirisaukan dalam mendidik anak-anak ni..Kandang-kadang pernah
aku fikirkan alangkah beruntungnya orang dulu-dulu,sebabnya dulu
tak banyak hiburan apatah lagi internet langsung tak ujud,dengan
itu mudahlah ibubapa  mengawasi serta menyerap nilai-nilai
moral/agama dengan lebih berkesan tanpa persaingan dari budaya-
budaya lain...korang tentu faham maksud akukan?.
hiasan

  Ibubapa dulu juga bebas membentuk anak-anak mereka tanpa
perlu risau dan anak-anak dulu tiada pilihan lain melainkan
menerima apa saja apa yang diajar kerana hanya itu je yang mereka
dapat masa tu...dengan lain perkataan 'tu je yang ada'. Maka tak
hairanlah orang dulu-dulu banyak yang berbudi bahasa,hormat
orang tua, guru dan sesama kawan..Apa lagi pendidikan agama
memang toptenlah masa tu!!!!.

   Sekarang ni macam-macam ada, ibubapa dalam dilema bila
mendidik anak-anak,walau bagaimanapun ibubapa kini
tidak seharusnya mengalah atau menyalahkan keadaan.
Apa yang penting tingkatkan usaha, gigih serta lebih peka dari
masa kesemasa,apa yang penting disini ialah pengorbanan yang
lebih daripada ibubapa untuk anak-anak sekarang.......

   Bagi aku memang benar cabaran ibubapa sekarang jauh lebih
berat berbanding dulu,oklah setakat ini saja cerita aku bagaimana
pendapat korang pulak???........

Nota selipar jepun: anak adalah tanggungjawap yg diamanahkan!!. 
READ MORE- Dilema Ibubapa kini dalam menghadapi cabaran!!.

30 Mac 2012

Tahukah anda?..kenapa lelaki suka kawen wanita berusia...

              Assalamualaikum dan salam 1Blogger;
      Hello...kawan harap korang sihat selalu, hari tu aku ada buat entri pasal lelaki dan wanita yang berkahwin diusia muda untuk kali ni aku share pulak kenapa lelaki suka kawen ngan wanita yang lebih berusia..
   
     Aaaaaha!!..macam mana ok tak tajuk ini, seperti yang kebiasaannya lelaki cari pasangan atau
isteri yang lebih muda daripadanya. Ibubapa pun memang mengharapkan menantu yang cantik dan muda..Tapi dewasa ini ramai lelaki dah beralih arah / citarasa iaitu memilih wanita yang lebih tua
darinya sebagai teman atau isteri
    Dalam islam tidak melarang lelaki kawen dengan wanita lebih tua bahkan Isteri Nabi Muhamad Saw pun lebih tua dari Baginda...disini mungkin ada sebab atau faktor yang kuat mendorong lelaki
lebih gemar memilih wanita berusia dijadikan kekasih atau isteri. Dibawah ni aku share kemungkinan
sebab musabab lelaki mengemari wanita berusia;
   1. TIDAK BANYAK KARENAH
      -mudah bertolak ansur dalam semua pekara
   2.  LEBIH AMBIL BERAT
      -sentiasa menjaga kebajikan dengan iklas
       dan sentiasa menjaga hubungan dengan baik
   3.  BIJAK DALAM BERBICARA
      -ini lebih kepada kematangan berbanding
       wanita muda atau sebaya...
   4.  MURAH REZEKI
      -betul ke?..berkasih atau isteri berusia maka
       rezeki menjadi murah,tapi ini kata orang-orang
       berpengalaman...
   5.LEBIH PENYAYANG.
      -Yang ini mungkin ada kebenarannya..sikap
        sebergini memang menebal di hati wanita yang
        berusia..
    Korang setuju tak lima sebab diatas atau korang rasa nak tambah, apa-apapun ini cuma pemerhatian dan pengalaman orang terdahulu..oklah jumpa lagi dilain entri..............bye3!!!.


READ MORE- Tahukah anda?..kenapa lelaki suka kawen wanita berusia...

7 Feb 2012

Adakah daging korban kita sampai pada tempatnya!!.

                  Assalamualaikum dan salam 1Blogger;
          Hallo, semua harap korang sihat selalu dan selamat menyambut Maulidur Rasul.Entri aku kali ini adalah tentang `serdekah daging korban' sewaktu raya haji, aku tahu raya haji lama lagi tapi aku rasa nak cerita juga kat sini tentang satu perkara yang aku fikir pelik atau aku yang tak tahu apa tentang agama(korban)..
         Sebenarnya perkara ini lama juga aku perhati bila tiba musim hari raya korban..seperti bisa orang akan sembelih kambing, lembu, sapi apa-apa saja binatang(halal) yang berkaki empat dan cukup syarat kemudian dagingnya akan disedekah dengan orang ramai, ak kiralah korban tu tadi dari orang persorangan, persatuan, syarikat, koprat, surau atau masjid.
Gambar sekadar penyeri entri
     
         Mengikut fahaman aku daging tu sepatutnya disedekah pada orang miskin atau orang yang tak mampu atau mungkin aku salah tafsir tentang pekara ini..tapi apa yang aku lihat selama ini lain pulak yang berlaku daging korban disedekah pada sesiapa saja,orang-orang yang mampu pun dapat jugak malah ada yang lebih pelik lagi daging tersebut hanya diberi pada saudara mara si pengorban je..
        Perkara ini terus berulang pada setiap kali tiba musim hari raya haji malah macam sudah jadi seperti budaya pulak..Sebenarnya aku bukannya apa cuma aku rasa keliru atau mungkin aku tak tahu apa-apa tentang daging korban ini,bagi korang yg tahu tolong-tolong terang pada aku yang buta ini..
        Atau mungkin orang-orang sekarang ini dah lupa apa sebenarnya dan pada siapa sebenarnya berhak menerima daging yang kita korbankan?atau setelah kita lapaskan niat korban pada binatang sembelihan maka kita telah mendapat pahala dari Allah tanpa mengambil peduli pada siapa kita sedekahkan daging korban tersebut?..
sembelih korban
  
       Pekara ini berlaku ditempat aku mungkin ditempat lain juga sama..tapi aku bukannya nak salahkan sesiapa cuma aku keliru tentang daging korban ini, kadang-kadang bila aku terima daging korban tu terasa kita bersalah atau tak berhak bila kita lihat ada orang lebih susah dari kita tapi tak dapat daging korban tersebut, harap korang bantulah aku sebelum aku tanya orang-orang yang lebih arif...oklah setakat ni jelah hingga jumpa lagi bye3...........!!!!!!!!!!!!!!!!!.
READ MORE- Adakah daging korban kita sampai pada tempatnya!!.

1 Feb 2012

Facebook bakal ada pencabar???.

                                        

  Ramai yang telah mendaftar dan setakat ini terdapat seramai 700,000 lebih (angka ini semakin bertambah) ahli seluruh dunia tapi masih ramai yg tertanya2 dan teragak2 utk join Wazzub...ok, sya cuba terangkan secara ringkas...kita semua sedia maklum ttg FB, Google, TWT, Yahoo,etc kan? Kita guna service mereka secara percuma kan?

Tau tak dia org untung berbilllion dollar dalam suku tahun je? Tau tak darimana dan mcmana mereka menjana keuntungan? Semua keuntungan mereka dpt dpd pengguna yg guna service dia org, iaitu KITA SEMUA.

Dgn guna service dia org hari2, click sana, click sini, invite kwn2, log in berjam2,etc, semua ni memberikan profit dgn company2 ni....tapi yg kaya raya ialah pemilik company2 ni, kita sebagai pengguna tak dpt apa2 pon.

WAZZUB ni adalah laman social / search engine sama seperti yg disebutkan di atas, tp beza nya, company ni ajak org ramai utk jadi ahli secara FREE, dan dgn guna service mereka, WAZZUB akan byr profit keuntungan dia org sehingga 50%....menarik kan? kalau lah cthnya FB byr kita bila kita log in berjam2, kan kah kita dah dpt byk side income kan kan kan?

Company bagi masa 3 BULAN untuk semua orang signup dan ajak seramai yang mungkin untuk signup kat bawah kita. Kalau join selepas tu tak dapat apa2.

JADI INGAT, MESTI REGISTER DAN HEBOH KAN KEPADA RAKAN2 SEBELUM 9 APRIL NI

So jgn lepaskan peluang ni, pendaftaran FREE...tak rugi pun kalau register sbb semua free...jadi yg penting, register kat sini dulu, cadangkan dgn kawan2 dan tunggu 9 April nanti.

jangan lupa join-->[ SINI ]

p/s : ha!..berminat tak??..jom la join teman kan saya..hehe..:) 

READ MORE- Facebook bakal ada pencabar???.

7 Dis 2011

Duit atau kekasih!!..

                    Assalamualaikum dan salam 1Blogger;
         Mana lebih penting duit,harta atau kekasih?...hai!.. kali ni aku buat entri pasal perhubungan atau pertalian antara manusia contohnya kekeluagaan, adik beradik dan kawan taulan....jadi tentunya korang tertanya-tanya apa kaitan tajuk diatas dengan semua ni?..
    
          Dalam kehidupan kita ni korang perasaan tak ada satu pekara yg membuat manusia mudah lupa diri,hilang pertimbang berbanding dengan penangan duit atau kebendaan. Pekara atau benda yang aku maksudkan ialah cinta atau kekasih hati..
          Dalam pemerhatian aku, cinta atau kekasih lebih penting dari segalanya bagi sesetengah hidup manusia sekarang ni,sebagai bukti mari kita lihat empat perkara dibawah sama ada pekara ni betul atau salah...........................:
   1. Kerana kekasih kita sanggup putus saudara,kawan,teman dan keluaga.
   2. kita sangup pinjamkan kawan duit atau kereta tapi pinjamkan kekasih.. ??
   3. kita lupa seketika orang tua demi kekasih
   4. sanggup bergolok bergadai demi kekasih
   5. kalau korang rasa ada nak ditambah boleh...silakan!!!.
     
          Aku rasa ada banyak lagi bukti yang mengiakan pendapat aku bahawa kita manusia kadang-kadang jadi bodoh kerana kekasih ni..malah sampai bergaduh adik beradik....Oklah cukuplah untuk kali ni sekadar untuk bersabtai minda jumpa lagi.......bye3!!!!.


P/S.....Nasik lemak,buah bidara,sayang selasih hamba lurutkan..!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!.

READ MORE- Duit atau kekasih!!..

9 Sep 2011

Bijak dan Pandai.!!

                                                       Asslamualaikum;
                                   "Bijak dan Pandai".....Inilah tajuk yang entry yang nak aku kongsikan dengan pembaca budiman. Bukan apa tajuk ni sebenarnya aku jumpa masa aku minum kat gerai malam tadi, adalah 4 org pelanggan bersebelahan dengan meja aku dan 2 kawan aku, mereka rancak berdebat tentang  bijak dan pandai ni.           
                                     Aku tertarik mendengar diaorang berdebat, masing2 membentang hujah  yang aku fikir ada kebenarannya juga, malah akupun sekali sekala ada mencelah perbualan mereka sekadar untuk menghangatkan suasana.
Korang nak pandai, masuk Taska dulu 
                            Korang tahu apa yang mereka debatkan?..se"Orang pandai tak mestinya bijak dan orang bijak tak semestinya pandai"..ni dia benda yang diaorang sibuk nak bincang semalaman tadi, amacam best tak tajuk debatan diaorang, dengar saja dah pening kepala aku berbelit2 bunyinya korang macam mana dapat faham tak tajuk ni.?
Pandai anak mak..!!1
                                         Pat yang menarik bagi aku ialah bila salah seorang dari mereka (Haji Safuan) berkata nak mencapai tahap pandai ni kita kena belajar dari A hingga Z, itupun terpaksa melalui peperiksaan demi peperiksaan hingga berjaya diperingkat tertinggi, barulah boleh digelar "orang pandai" , ada macam2 cara lagi nak jadi pandai ni.
                              Untuk nak jadi  bijak pulak, pak Haji tu kata kita tak perlu belajar macam nak jadi pandai, sbbnya bijak ni ada pada diri kita sendiri sejak lahir lagi,  tak semua orang lahir dianugarahkan tuhan untuk bijak. Kata haji tu lagi bijak ni datang dari jatuh bangun pengalaman hidup kita sendiri, sebagai contoh banyak orang kaya atau berjaya dlm hidup tak berpelajaran, malah tak pandai membaca dan menulis pun ada  bergitu juga sebaliknya..terlopong mulut aku mendengar kata2 Pak haji ni..tapikan aku rasa ada kebenaraannya juga kata Haji ni.....
Bijak mengunakan peluang yang ada
                               Diakhir percakapan Haji tadi, tidak ada seorang manusia pun di dunia ni memiliki kedua2 anugerah ini..betul ke???..kalau ada yang pandai tak semestinya dia bijak, kalau dia bijak pun tak semestinya dia pandai....dalam maksudnya tuu.
                             Oklah..pening otak aku memikirkan isu yang aku jumpa kat kedai kopi malam tadi..jadi macam mana pula pandangan atau pendapat korang pulak..!!!!!!

READ MORE- Bijak dan Pandai.!!

Check Page Rank of your Web site pages instantly:

This page rank checking tool is powered by Page Rank Checker service