mungkin disini yang anda cari.!!

Pengikut dihormati

7 Feb 2012

Adakah daging korban kita sampai pada tempatnya!!.

                  Assalamualaikum dan salam 1Blogger;
          Hallo, semua harap korang sihat selalu dan selamat menyambut Maulidur Rasul.Entri aku kali ini adalah tentang `serdekah daging korban' sewaktu raya haji, aku tahu raya haji lama lagi tapi aku rasa nak cerita juga kat sini tentang satu perkara yang aku fikir pelik atau aku yang tak tahu apa tentang agama(korban)..
         Sebenarnya perkara ini lama juga aku perhati bila tiba musim hari raya korban..seperti bisa orang akan sembelih kambing, lembu, sapi apa-apa saja binatang(halal) yang berkaki empat dan cukup syarat kemudian dagingnya akan disedekah dengan orang ramai, ak kiralah korban tu tadi dari orang persorangan, persatuan, syarikat, koprat, surau atau masjid.
Gambar sekadar penyeri entri
     
         Mengikut fahaman aku daging tu sepatutnya disedekah pada orang miskin atau orang yang tak mampu atau mungkin aku salah tafsir tentang pekara ini..tapi apa yang aku lihat selama ini lain pulak yang berlaku daging korban disedekah pada sesiapa saja,orang-orang yang mampu pun dapat jugak malah ada yang lebih pelik lagi daging tersebut hanya diberi pada saudara mara si pengorban je..
        Perkara ini terus berulang pada setiap kali tiba musim hari raya haji malah macam sudah jadi seperti budaya pulak..Sebenarnya aku bukannya apa cuma aku rasa keliru atau mungkin aku tak tahu apa-apa tentang daging korban ini,bagi korang yg tahu tolong-tolong terang pada aku yang buta ini..
        Atau mungkin orang-orang sekarang ini dah lupa apa sebenarnya dan pada siapa sebenarnya berhak menerima daging yang kita korbankan?atau setelah kita lapaskan niat korban pada binatang sembelihan maka kita telah mendapat pahala dari Allah tanpa mengambil peduli pada siapa kita sedekahkan daging korban tersebut?..
sembelih korban
  
       Pekara ini berlaku ditempat aku mungkin ditempat lain juga sama..tapi aku bukannya nak salahkan sesiapa cuma aku keliru tentang daging korban ini, kadang-kadang bila aku terima daging korban tu terasa kita bersalah atau tak berhak bila kita lihat ada orang lebih susah dari kita tapi tak dapat daging korban tersebut, harap korang bantulah aku sebelum aku tanya orang-orang yang lebih arif...oklah setakat ni jelah hingga jumpa lagi bye3...........!!!!!!!!!!!!!!!!!.

13 ulasan:

Ungu Violet berkata...

hmmm..tak berapa arif gak..

mungkin kat malaysia dah kurang kot org yg miskin2 nih...
jadi disedekahkan jugak la daging korban tu kat kita..:)

LydSunshine berkata...

kadang2 org yang korban tu sendiri yang bolot semua. Buruk siku betul.

kainBuruk berkata...

sejahtera;
Betul,betul,betul!!.

Aida Omar berkata...

betul2..kalau ada boleh la sedekah kan pulak pada yang kurang mampu tu.. :)

hyz berkata...

ekceli sebab mungkin tempat tu tak ramai orang miskin @ tak ada langsung. so, daging korban dibahagikan sama rata untuk semua orang dalam satu2 tempat. macam tempat sy jugak, rasanya x de orang miskin pun. then yang buat korban banyak, so daging dibahagi sama rata utk semua org. rasa imam2 lebih faham situasi. kalau benda tu salah ( bg kat orang yang bukan miskin) tak kan dia nak teruskan bagi kan?

Koding berkata...

Koding Berkata:

Moga ibadat qurban mereka diterima Allah...

yusuflaili(Goku) berkata...

salam hormat blogger semua;

@#UnguViolet-
Bukan tak ada sebenarnya...saja malas nak cari buang masa.

@#Lydsunshine-
Tulah yang nak aku bagi tahu sebenarnya!!.

@#KainBuruk-
Macam bunyi upin & ipin je.

@#AidaOmar-
Dimana2 mesti ada orang tak mampu..cuma kita saja terlepas pandang atau tak mahu pandang.

@#hyz-
Kalau betul tempat tu memang tak ada org susah atau miskin mungkin juga diorang bagi daging tu sesama sendiri..mungkin ustaz2 atau imam2 boleh jawab tang ni.

@#koding-
Ni yang kita nak sebenarnya..!!.Harap2 apa yang kita korbankan ke jalan Allah sampai ketempatnya..Amin.

Iza Teratak Usang berkata...

Assalam..
Memang sering berlaku pun..Kalau kita buat korban, tiba-tiba tak bagi pada saudara-mara terdekat, maunya masam muka tarik muncung 14 inci.

Tapi biasanya serah pada masjid kot agar diagih-agihkan...

ILA HonEyBuNNy berkata...

ila lagi tak arif..hehe

apa yang tahu..lau wat korban mama abah serah kt msjd..

Mishter Izwän berkata...

insyaallah smpai, kalau kena pada org tahu hukum hakam!!


feel free to visit me at speechless009.blogspot.com

Nizam Ijam berkata...

Ikhlas niat InshaAllah sampai

abghani berkata...

biasanya kalau buat kt masjid..ajk masjid dh ada senarai org yg berhak dpt.
klu tk silap tuan korban akan dpt 2/3 bahagian jer.
klu org bagi kita ambil..klu tk nak kita sedekah kt org lain.

ctk berkata...

dorg pon xbper arif kot...huhuhu

Check Page Rank of your Web site pages instantly:

This page rank checking tool is powered by Page Rank Checker service