mungkin disini yang anda cari.!!

Pengikut dihormati

9 Sep 2011

Bijak dan Pandai.!!

                                                       Asslamualaikum;
                                   "Bijak dan Pandai".....Inilah tajuk yang entry yang nak aku kongsikan dengan pembaca budiman. Bukan apa tajuk ni sebenarnya aku jumpa masa aku minum kat gerai malam tadi, adalah 4 org pelanggan bersebelahan dengan meja aku dan 2 kawan aku, mereka rancak berdebat tentang  bijak dan pandai ni.           
                                     Aku tertarik mendengar diaorang berdebat, masing2 membentang hujah  yang aku fikir ada kebenarannya juga, malah akupun sekali sekala ada mencelah perbualan mereka sekadar untuk menghangatkan suasana.
Korang nak pandai, masuk Taska dulu 
                            Korang tahu apa yang mereka debatkan?..se"Orang pandai tak mestinya bijak dan orang bijak tak semestinya pandai"..ni dia benda yang diaorang sibuk nak bincang semalaman tadi, amacam best tak tajuk debatan diaorang, dengar saja dah pening kepala aku berbelit2 bunyinya korang macam mana dapat faham tak tajuk ni.?
Pandai anak mak..!!1
                                         Pat yang menarik bagi aku ialah bila salah seorang dari mereka (Haji Safuan) berkata nak mencapai tahap pandai ni kita kena belajar dari A hingga Z, itupun terpaksa melalui peperiksaan demi peperiksaan hingga berjaya diperingkat tertinggi, barulah boleh digelar "orang pandai" , ada macam2 cara lagi nak jadi pandai ni.
                              Untuk nak jadi  bijak pulak, pak Haji tu kata kita tak perlu belajar macam nak jadi pandai, sbbnya bijak ni ada pada diri kita sendiri sejak lahir lagi,  tak semua orang lahir dianugarahkan tuhan untuk bijak. Kata haji tu lagi bijak ni datang dari jatuh bangun pengalaman hidup kita sendiri, sebagai contoh banyak orang kaya atau berjaya dlm hidup tak berpelajaran, malah tak pandai membaca dan menulis pun ada  bergitu juga sebaliknya..terlopong mulut aku mendengar kata2 Pak haji ni..tapikan aku rasa ada kebenaraannya juga kata Haji ni.....
Bijak mengunakan peluang yang ada
                               Diakhir percakapan Haji tadi, tidak ada seorang manusia pun di dunia ni memiliki kedua2 anugerah ini..betul ke???..kalau ada yang pandai tak semestinya dia bijak, kalau dia bijak pun tak semestinya dia pandai....dalam maksudnya tuu.
                             Oklah..pening otak aku memikirkan isu yang aku jumpa kat kedai kopi malam tadi..jadi macam mana pula pandangan atau pendapat korang pulak..!!!!!!

17 ulasan:

Run Away♥ berkata...

yang pandai tak semesti nyer bijak...dan sebalik nyer kan....hik...;d

petuapakar berkata...

Kena gunakan istilah bijak pandai dalam satu statement. Cth: golongan bijak pandai. baru ada kedua2 nya.

yusuflaili berkata...

Salam;

@#RunAway-
Yang bijak pulak tak semestinya pandai..

@#petuapakar-
ya..elok bunyinya..tapi dapatkah kita cari manusia pandai serta bijak.

abghani berkata...

Biasanya org politik ada benda tu...bijak..pandai..memandai mandai

NA berkata...

Bijak lagi tinggi taraf daripada pandai.

Pandai diperoleh daripada belajar, bijak daripada pemikiran kreatif.

Ini pendapat Wina.

-wina1979-

yusuflaili berkata...

Salam;

@#abghani-
yelah tu..diaorang tu nampak bijak pandai....

@#NA-
akupun sependapat dengan pendapat awak..cuma aku malas nak luah malam tu,aku cuma byk mendengat je malam tu.

Zul Fattah berkata...

bijak ni licik.. pandai ni akal..
haha..saya tak bijak.. tapi saya pandai berhelah.. haha

ZIk berkata...

pandai nih kadang2 belum tentu bijak... orang yang bijak ialah orang yang pantas mencari PELUANG... dengan cepat

Abang Long berkata...

Salam...Betullah tu. Billionaire Malaysia pengasas tempat judi Genting Highland tu pun berjaya walaupun menulis tak pandai dan nak tandatangan hanya guna cincin yang direka khas. Sebabnya dia bijak mencari peluang dan bijak menyusun strategi perniagaan termasuklah mengambil orang tertentu sebagai orang kanannya... Tidak semestinya kita perlu pandai untuk bijak...dan kena berjaga2 coz ramai orang yang pandai2 kena PIJAK...hehe

haffizmohdnoor berkata...

wah.. boleh jadi pening ni.. menarik untuk dibincangkan :D

ArulchelseA berkata...

memang pandai... kih kih kih

yusuflaili berkata...

Salam semua pembaca;

@#ZUL-
Bagus kalau kita ada memiliki satu antara yang dua ni..kalau salah satu antara dua tu susah hidup kita..

@#Zik-
Yang mana paling bagus bijak atau pandai...

@#AbangLong-
Banyak BangLong org buta huruf di Malaysia jadi jutawan..ini bermakna,bijak lebih sukses dlm kehidupan..

@#haffizmohdnoor-
Aku mula2 dengar diaorang berdebat mlm tupun pening..lama kelamaan syok pulak dengar.

@#ArulchelseA-
Pandai dan bijak..hahahaaa!!!

Zul Fattah berkata...

erm.. betul tu Abg..

Ungu Violet berkata...

bijak nih biasanye semulajadi...kira genius la kan...


kalau nak pandai kene pergi sekolahlah...baru leh pandai dlam matematik ke...sains ke...camtulah ...hihi..

klau bijak & pandai nih seiring lg mantap...yg positif lah...

coz bijak menipu...memutarbelit pun kira bijak gak...huhu

kotak bulat berkata...

bijak dan pandai bukan benda yg sama.. menarik ni.. nk kaji la nnti..hehhee

PORUMAN berkata...

harus bijak .. klu pandai saja susa juga tu bos ..

yusuflaili berkata...

Salam semua;
@#UnguViolet-
itulah yg dijelaskan Pak Haji mlm tu..Tapi adalah seorang rakannya membantah dgn memgatakan kedua benda tu sama datang dari pada satu otak...

@#KOTAKBULAT-
Akupun sokong pendapat mengatakan bijak dan pandai perkara yang berbeza..

@#PORUMAN-
Sekurangnya bos mesti ada salah satu antara dua perkara itu.

Check Page Rank of your Web site pages instantly:

This page rank checking tool is powered by Page Rank Checker service