mungkin disini yang anda cari.!!

Pengikut dihormati

3 Jun 2012

Tahukan anda..Buah Asam payak!!.

          Assalamualaikum dan salam 1Bloggers;
      Hallo!hallo blogger semua harap-harap korang semua
sihat selalu dan banyakkan senyuman dalam kehidupan
harian.Kali ni aku nak kongsi ngan korang semua spesis
buah tempatan di Sarawak....
kalau masak coklet kemerahan dan kalau mentah coklet hijau
     
     Berkemungkinan buah ni tiada di Semananjung nun,
jadi aku share kan kat sini manalah tahu kot-kot ada yang
kenal atau pernah rasa buah ni.
Rupa asam paya bila dikupas dari kulit yang keras.
 
    Buah ni diberi nama Asam Payak,Kelubi juga dipanggil
Asam pelanduk,sebabnya buah ni pelanduk suka makan
dan lagi ianya banyak tumbuh subur dihutan berpaya maka
itulah sebab namanya Asam paya sinonimnya asam payak.
   Nama sainsnya pulak ialah Premenstrual Syndrome oleh
kerana nama awalnya asam,maka dengan secara otomatiknya
rasa buah ni masam tiada yang manis hanya masam belaka
melainkan pahit bila buahnya masih muda.. kerana buah
nya masam,maka ianya sesuai untuk masakan asam pedas.
lauk terkenal di Sarawak dipanggil 'Umai" ikan atau udang mentah
digulai dengan Asam paya,

   Di Sarawak buah ni digemari ramai terutamanya anak-
anak gadis remaja,kerana buahnya boleh dibuat ulam
bergitu saja cecah garam,belacan,cilipadi dan ikan bilis
fuuuh!!melilih air liur aku.
   Asam payak ini juga dijemur untuk dibuat lingkin asam,
iaitu dijemur kering hingga bewarna hitam lepas tu digaul
dengan garam halus,tahan lama hingga bertahun-tahun
sesuai untuk masak asam gulai atau dimakan bergitu
saja,ianya juga selalu di buat jeruk masam atau manis dan
satu lagi buah ini sebenarnya bermusim
inilah rupa rumpun pokok asam payak.
    
   Pokoknya tumbuh merumpun serta berduri tak ubah
seperti pokok buah Salak,pokok asam payak atau paya
ini tidak ianya tumbuh liar dihutan yang berpaya......
   Oklah ini je penerangan serba ringkas mengenai asam
paya..jumpa lagi bye2!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!.

15 ulasan:

ctk berkata...

itulah pasal...mcam buah salak pulak...adik bradik dia kot :D

CintaZulaikha berkata...

macam pnh tgk..

LydSunshine berkata...

Tau..tau.. Buah kelubi ni. Selalu makan jeruk kelubi je, buah yg fresh tak penah jumpa lagi. Masam giler.. Huhh...kecur air liur.

Bobo berkata...

sebijik mcm buah salak..pokok pun sama.. buah salak manis :)

aiyang berkata...

buah kelubi....kan

rulze berkata...

sedap ni.. jeruk kelubi... mana nak cari eh masa2 macam ni...

Iza Teratak Usang berkata...

Assalam...
ni buah kelubi, pernah makan mentah dan jeruk...dah kecur liur ni..
pokoknya macam pokok salak...

yusuflaili(Goku) berkata...

salam reader terhormat;

@#ctk-
Buah salak nenek dia kot,mungkin sama family bezanya salak ada masam dan manis manakala asam payak/kelubi masam memanjang...

@#CintaZulaikha-
Cari kat google..biasanya blogger sarawak ramai yang cerita pasal buah ni..kat kampung aku sini menimbun buah ni sekarang.

@#LydSunshine-
Macam2 nama buah ni..kalau awak betul2 nak buah yang fresh aku boleh usahakan!!.Buah ni tahan lama sebulan tak kecut.

@#Bobo-
Ya..memang serupa, tapi buah ni hidup dikawasan hutan berpaya tak ditanam pun tumbuh sendiri...

@#aiyang-
Betul kelubi,asam payak atau asam pelanduk..

@#ruize-
Kecur air liur dibuatnya..jeruknya ada yang dibuat masam dan ada juga dibuat manis..

@#Iza-
Ya..tepat sekali tekaan awak,biasanya dengar je nama buah ni dengan automatik air liur terus jadi kecur..sama dengan salak tapi tak serupa!!!.

Mama Atiyyah Umairah berkata...

ooo..ingatkan buah salak..upe die cam same plak da..xpnh mkan..lgipun..klu msam2 neh..cam kureng ckit gemar..hehehehe...

encik Cool berkata...

buah dia rasa kelat2..first time jumpa ingat buah kelapa sawit..

PeRmAtA bIrU berkata...

saya suka asam kelubi... sedap kalu biji dia lembut telan sekali... huhuhu

yusuflaili(Goku) berkata...

salam;

@#MamaAtiyyah-
Bukan buah salak..buah ni bulat sikit kalau besarpun besar ibu jari kaki org dewasa..buah ni masam je rasanya tak ada yang manis.

@#encikCool-
kalau rasanya kelat&pahit tu buah yang masih mentah atau muda...

@#PerMataBiru-
Kadang2 ada juga yang tak ada biji langsung lagi sedap...

hyz berkata...

ada kot kat semenanjung.. selalu buat jeruk.. sedap..

EmpayarUtama berkata...

Ada satu lagi bujur sikit jenisnya, pun kelubi juga. Masam-masam payau tapi aku layan aja hahahah

saifulizan shaari berkata...

nie buah yang dok buat jeruk tu kan....

Check Page Rank of your Web site pages instantly:

This page rank checking tool is powered by Page Rank Checker service