mungkin disini yang anda cari.!!

Pengikut dihormati

26 Sep 2011

Musim buah Embang.!!

 Assalamualaikum dan selamat sejahtera;
                         Hari aku update blog kali yang keberapa tak ingat lagi dah mungkin kali yang ke52.untuk ni aku nak cerita sikit tentang buah bermusim di Sarawak. Buah yang aku maksudkan ialah "Buah Embang",Pernah dengar atau lihat tak buah ni?, di tempat aku buah ni sangat popular sekarang ni.
Inilah rupa buah embang ni.
     
                           Biasanya lepas musim durian buah Embang ni akan muncul, aku kurang pasti ada tak buah ni kat Semenanjung nun, kalau ada mungkin namanya lain dan kalau tak ada mari kita berkenalan serba sedikit tentang buah ni.
                       Nama sainsnya atau nama Botani aku tak tahu dah cari dengan pakcik google tapi belum jumpa..nanti cari balik. Buah ni sebesar buah hoki kadang2 besar sikit, kulitnya tebal dan bergetah..tapi awas bila mengupas kulit buah ni kalau masih mentah boleh mencerderakan kulit kita seperti terkena airpanas kesan cerderanya.Warna di coklat muda tak kira dia masak atau atau masih muda,buah muda(masam) boleh dibuat sambal dengan dicincang halus campur garam,bawang merah,cilipadi dan belacan kemudian gaul sama rata.
     
                       Pokoknya pula, batang lurus sementara dahannya bercabang2, daunnya rendang besar...lupa pulak nak ambil gambar pokok buah ni, nantilah kalau ada masa aku pergi kebun snap gbr pokok pulak. Buah ni boleh dimkn bergitu saja  dan di Sarawak buah ni lebih terkenal di buat jeruk atau nama popularnya "Jeruk Embang" ..korang tahukan bagaimana nak buat jeruk?.   
Jeruk buah embang dimkm bersama cili padi dan belacan.
                                                                       
                            Berginilah cara mkn jeruk Embang ni, tak sedap kalau tak ngan cecah cili padi, belacan dan ikan bilis, lagi pedas lagi best.Kadang2 tu diaorang goreng "mak... ooiii" tak berlauk pun tak apa dan bermcm2 cara masakan dengan jeruk ni ada gbr dibawah
           
      Yang ni Sambal embang dan yang sebelah tu ikan masak gulai embang

                   Sebenarnya bukan apa aku cerita pasal buah embang ni..tahu sajakan cuaca sekarang ni tengah panas gila, tambah pula tengah demam dan batuk..Dan oleh kerana sekarang ni aku terkena demam serta batuk, suka sangat mkn jeruk dua tiga menjak ni, selera aku sekarang lebih kepada benda2 masam disamping itu kita kongsi sedikit cerita tentang buah Embang ni..mcm mana tempat korang ada tak buah ni??................


P/S..Harga buah ni kalau kecil rm2 duabiji, kalau besar rm1 sebiji bergantung kepada keadaan bekalaan
                                                                    

13 ulasan:

Green Apple berkata...

tak pernah tengok buah ni... nanti klau gi sarawak nak cuba cari..

Run Away berkata...

buah embang tu mcm mana A'yusuf....sedap mcm buah epal tak...hik...;d

Hafiz Ghani berkata...

wah 1st time aku dengar name buah ni.. ape lg nak tgok.... boleh oder ke kat sini...

Abang Long berkata...

Salam...aduish! Teringat aku makan masak lemak ikan keli dengan buah binjai..kalau buah embang ni ada boleh la try ganti buah binjai tuh. Kalau ada lebih2 hantar la kat aku sket bro..hehe

yusuflaili(Goku) berkata...

Salam blogger;

@#GreenApple-
yeke..tak ada,aku rasapun memang tak ada kat sana..buah ni bermusim.

@#RunAway-
Jauh panggang dari api kalau dgn epal rasa mcm greenapple adala masam..err maar ye blogger GreenApple.!!

@#sengat-
boleh apa salahnya..kalau jeruknya je..kalau buah berat tau..!!

@#AbangLong-
Aku rasa buah ni hampir sama kegunaannya dengan buah Binjai dlm masakan dan sama2 sesuai buat jeruk. bezanya buah bunjai memujur bentuknya dan Embang ni bulat mcm buah hoki atau mcm bola sukan lontar peluru tu,kulitnya setebal setengah inci.

NA berkata...

Wah baru tahu ada buah embang. Terima kasih untuk maklumat.

Zul fattah berkata...

tak pernah dngar nama buah ni.. tp rasa macam buah ciku r..?

Vidic berkata...

lain juga buah ni bos ... nda pernah sy tgk oh ..

ctk berkata...

ape tu buah embang..xpernah kukenal..hahaha

yusuflaili(Goku) berkata...

Salam blogger;

@#NZ-
Sama2,Rasanya buah ni hanya ada kat Sarawak dan Kalimantan Indonesialah jawabnya..

@#ZulFattah-
Warna sama dgn ciku tapi tak sama..dlm google pun susah aku nak kaji buah ni..tak ada maklumat langsung.

@#Poruman
Sabah nda ada buah ni ka bos..aku ingatkan semua negeri tanah borneo ada spesis buah embang ni..

@#CTK-
Buah ni 80% msm kalau masak,kadang2 je jumpa manis lebih kurang dgn buah binjai.

Ungu Violet berkata...

first time brkenalan ngan buah nih...terliur tengok bila boleh wat mcm2 mkn ngan nasi...nyum2

abghani berkata...

kt semenajung tk ada buah ni...bleh cuba klu ke sana

Ummi_R❀salici❀us berkata...

serius tak pernah tengok dan tak pernah dengar

Check Page Rank of your Web site pages instantly:

This page rank checking tool is powered by Page Rank Checker service