mungkin disini yang anda cari.!!

Pengikut dihormati

26 Ogo 2012

Malam Bertuntung Api dan Keceriaan!.

           Assalamualaikum dan salam 1Blogger;
     Hallo,semua masih dalam mood rayakah?..memangpun masih
dalam bulan syawal yang ke8.Tapi kat kampung-kampung raya dah
habis dah kerana sahabat,sanak saudara dah balik ke bandar sebab
cuti diorang dah habis dah anak-anak pun start sekolah isnin ni.
   Maka tinggal orang-orang tua dan warga kampung seperti aku ni
dalam kesunyian seperti selalunya...sebenarnya bukan kisah ini yang
aku nak share pertandingan bertuntung api sempena malam 7 likur 
daerah Betong..
 
   Pertandingan bertuntung api ni adalah acara tradisi di daerah kami.
kebanyakan kampung-kampung di daerah Betong akan mengadakan
pertandingan ini bila menjelang malam 7 likur dibulan ramadhan.
Bertuntung api ini istilah orang Sarawak, kalau istilah kamus dewan 
bahasa bunyinya bergini pertandingan keceriaan & kecantikan api
pelita atau eletrik cam tulah lebih kurang maknanya..

   Pertandingan ni terbahagi kepada beberapa kategori terpulang kepada
pengajur pertandingan.biasanya ada dua kategori iaitu lampu minyak
tanah,lampu kreatif, lampu moden dan bentuk pertandingan yang
paling popular ialah pertandingan Pintu gerbang yang di hias dengan api
berlipan dan sinaran pelita minyak tanah...

    Pertandingan Pintu gerbang ni terbuka kepada surau-surau dikampung,
terutamanya kampung yang mempunyai surau yang lebih daripada satu
contohnya kampung aku ada 9 surau tak termasuk masjid, maknanya ada
9 buah pintu gerbang, untuk rumah individu pula diadakan pertandingan
keceriaan rumah yang berkonsepkan api pelita atau eletrik api panjutla tu.
jabatan-jabatan kerajaan yang ada seperti sekolah dan klinik kesihatan
juga dijemput turut serta..
Ni dia AJK pengganjur serta hakim pertandingan

   Pertandingan ini bermula pada malam pertama 7 likur dan berakhir
pada malam raya ke2 dan pihak juri akan mengira markah pada tiap-tiap
malam dari jam lapan hingga jam 12 tengah malam.Seronok melihat
keindahan kelipan api eletrik dan pelita minyak tanah yang bertanding
dan macam-macam idea kreatif ciptaan pelita yang akan dipersembahkan
oleh peserta bergitu juga dengan rekabentuk pintu gerbang...
   Oklah setakat ni jelah keceriaan dan pertandingan bertuntung api di
kampung aku sempena menyambut malam 7 likur,tempat korang pulak
apa yang menarik sempena raya dan selepas raya ni?..
jumpa lagi Bye2!!!!.

14 ulasan:

Nilam suhana berkata...

bestnya... mesti meriah kampungkan?sapa yang menang?

amranaiman berkata...

betul ape resultnya.. menarik2 :)

Koding berkata...

Salam Aidil Fitri. Aku kembali ber'BW, selepas sekian lama berhari-raya...

Unknown berkata...

syoknya duduk kg..semua penduduk bersatu hati nak siapkan pintu gerbang tu dan menang dan buat yang terbaik dari ladang..

yusuflaili(Goku) berkata...

salam semua;

@#PermataBiru-
Meriah ramai org keluar berpusu2 malam hari semata2 nak lihat keindahan pintu gerbang ni.pintu gerbang tercantik,kreatif dan asli yang jadi pemenang.

@#amranaiman-
untuk pertandingan pintu gerbang pemenang akan menerima hadia Hamper dan wang tunai..untuk keceriaan rumah pulahpun sama hadiahnya cuma jumlah je berbeza..

@#Koding-
selamat kembali dialam Maya..

@#encikcool-
Semangat bersatu hati dan kerjasama nilah yang seronok kita lihat terutamanya sewaktu mereka membina dan menghias pintu gerbang ni..

Tanpa Nama berkata...

raya dikg mmg bestkan!

bb berkata...

hehe selamat hari raya Goku! :)

Nizam Ijam berkata...

wah cantik2 :)

selamat hari raya :)

syiela berkata...

kreatif.. seronokkan kalau semua kampung camni..

LydSunshine berkata...

Menariknya tradisi bertuntung ni. Kategori untuk rumah takde ke? Pelita tercantik ke.

yusuflaili(Goku) berkata...

salam merdeka;

@#KesumaAngsana-
Best tersangatlah best..tapi sayang lepas raya semua balik kebandar!!.

@#nurrulazwaKassim-
selamat raya awak jugak dan merdeka3!!.

@#NijamIjam-
selamat hariraya maaf zahir batin...

@#syiela-
kreatif..tak sabar nak tunggu waktu malam..

@#LydSunshine-
dulu guna pelita bersumberkan minyak tanah..sekarang dah banyak guna lampu moden..Inilah masalahnya aku seronok sangat ambik pic pintu gerbang terlupa pula ambik pic keceriaan rumah..Utk rumah diaorang buat pintu gerbang kecik dihalaman rumah mereka dan bagi rumah yang ada pagar pulak diorang buat hias pintu pagar seperti pintu gerbang bergitulah gambarannya..

Diari Si Froggie berkata...

Barulah meriah cenggini.. pintu yang hijau tu cantik.. hehe. yang penting hijau :P hadiah pun lumayan yang penting semangat tu harus ada :)

Cikgu Ma berkata...

meriah btol nih...

Iza berkata...

Assalam..
Wahh, siap ada pertandingan lagi ye..mesti best bila semua sepakat.

Check Page Rank of your Web site pages instantly:

This page rank checking tool is powered by Page Rank Checker service