mungkin disini yang anda cari.!!

Pengikut dihormati

Memaparkan catatan dengan label api.. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label api.. Papar semua catatan

26 Ogo 2012

Malam Bertuntung Api dan Keceriaan!.

           Assalamualaikum dan salam 1Blogger;
     Hallo,semua masih dalam mood rayakah?..memangpun masih
dalam bulan syawal yang ke8.Tapi kat kampung-kampung raya dah
habis dah kerana sahabat,sanak saudara dah balik ke bandar sebab
cuti diorang dah habis dah anak-anak pun start sekolah isnin ni.
   Maka tinggal orang-orang tua dan warga kampung seperti aku ni
dalam kesunyian seperti selalunya...sebenarnya bukan kisah ini yang
aku nak share pertandingan bertuntung api sempena malam 7 likur 
daerah Betong..
 
   Pertandingan bertuntung api ni adalah acara tradisi di daerah kami.
kebanyakan kampung-kampung di daerah Betong akan mengadakan
pertandingan ini bila menjelang malam 7 likur dibulan ramadhan.
Bertuntung api ini istilah orang Sarawak, kalau istilah kamus dewan 
bahasa bunyinya bergini pertandingan keceriaan & kecantikan api
pelita atau eletrik cam tulah lebih kurang maknanya..

   Pertandingan ni terbahagi kepada beberapa kategori terpulang kepada
pengajur pertandingan.biasanya ada dua kategori iaitu lampu minyak
tanah,lampu kreatif, lampu moden dan bentuk pertandingan yang
paling popular ialah pertandingan Pintu gerbang yang di hias dengan api
berlipan dan sinaran pelita minyak tanah...

    Pertandingan Pintu gerbang ni terbuka kepada surau-surau dikampung,
terutamanya kampung yang mempunyai surau yang lebih daripada satu
contohnya kampung aku ada 9 surau tak termasuk masjid, maknanya ada
9 buah pintu gerbang, untuk rumah individu pula diadakan pertandingan
keceriaan rumah yang berkonsepkan api pelita atau eletrik api panjutla tu.
jabatan-jabatan kerajaan yang ada seperti sekolah dan klinik kesihatan
juga dijemput turut serta..
Ni dia AJK pengganjur serta hakim pertandingan

   Pertandingan ini bermula pada malam pertama 7 likur dan berakhir
pada malam raya ke2 dan pihak juri akan mengira markah pada tiap-tiap
malam dari jam lapan hingga jam 12 tengah malam.Seronok melihat
keindahan kelipan api eletrik dan pelita minyak tanah yang bertanding
dan macam-macam idea kreatif ciptaan pelita yang akan dipersembahkan
oleh peserta bergitu juga dengan rekabentuk pintu gerbang...
   Oklah setakat ni jelah keceriaan dan pertandingan bertuntung api di
kampung aku sempena menyambut malam 7 likur,tempat korang pulak
apa yang menarik sempena raya dan selepas raya ni?..
jumpa lagi Bye2!!!!.

READ MORE- Malam Bertuntung Api dan Keceriaan!.

Check Page Rank of your Web site pages instantly:

This page rank checking tool is powered by Page Rank Checker service