mungkin disini yang anda cari.!!

Pengikut dihormati

22 Mei 2012

Tahukan anda..Buah Engkalak!!!.

                       Assalamualaikum dan salam 1Blogger;
Pokok engkalak yang berbuah lebat
   
     Hallo3!!!...untuk atrikel kali ni aku cerita pasal buah Engkalak
pula,ini pun spesis buah tempatan di Sarawak dan nama sainstifiknya
Litsea garciae.
Buah yang sudah masak berwarna merah
  
     Rasa buah ni lemak beserat bila masak dan rasa enak bila dibuat
jeruk masak atau mentah.Bezanya buah ni dengan buah tempatan
yang saya post dulu buah ni buah ditanam manusia,kalau tak silap
aku buah ni hanya tumbuh subuh di kepulauan borneo je..maknanya
ianya tiadalah di semenanjung nun.
Siap untuk dimakan
 
     Bagi yang pernah bekerja di Sarawak kenal dan pernah rasa buah
ni, bagi yang tak pernah jumpa buah ni inilah peluang untuk korang
kenalinya,buah engkalak ni bermusim dan hanya berbuah dalam bulan
sepuluh atau bulan duabelas.
Berginilah cara makannya cecah garam bercampur cili dan belacan.
 
     Buah ni senang je bila hendak memakannya cuma rendam je buah
yang masak kedalam air panas,setelah buah tu lembik cecah dengan
garam serta cili padi atau cecah dengan kicap terus masuk dalam
mulut...oklah setakat ini je cerita pasal buah tempatan di Sarawak ni
hingga jumpa lagi......bye3!!!!!!!!!!. 

12 ulasan:

iEdA berkata...

mcm sedap jer...tp kt semenanjung msti xda kn...

hyz berkata...

hidup subuh ke hidup subur? hehehehhe.. penah jumpa buah ni kat sawak dulu.. tp x penah terai lagi

LydSunshine berkata...

Rasa dia masam ke manis? Kecur air liur bila tgk isi putih berkrim tu.

Iza berkata...

Assalam..
Tak pernah tengok lagi ni..

yusuflaili(Goku) berkata...

salam blogger semua;

@#iEdA-
Sedap..rasa2nya tak ada kot.

@#hyz-
Ooop!!tersasul jari menaip..mungkin masa awak pergi Sarawak pada waktu yang singgkat.

@#LydSunshine-
tak adalah masam dan manis..rasa dia berair,serat serta berlemak bila cecah garam bercili.

@#iza-
Walakum..ia ke.kat semananjung nun pun ada juga buah yang tiada kat Sarawak....

Diari Si Froggie berkata...

macam durian pulak isi dia ek? meleleh pulak air liur bila dengar cecah garam, kicap cili tu.. hehe.. first time jugak dgr buah nie.

ctk berkata...

wah...pelik...hehe

Bobo berkata...

belum pernah jumpa buah engkalak ni hehe.. kalau berlemak tu mesti rasanya sedap..

yusuflaili(Goku) berkata...

salam semua;

@#AidaOmar-
lebih kurang bergitulah..cuma rasa berbeza.

@#ctk-
ciptaan tuhan memang pelik2..tapi tak mustahil..

@#Bobo-
Nanti kalau ada rezeki pergilah ke Sarawak...

Unknown berkata...

Nak Tanya Knapa ya shari slps sy mkn BH ni tgn sy gtl2 n kulit mngelupas?

abe may (suliman) berkata...

Dulu kat kg saya ada...saya tggal di pontian pekan nanas johor.tp org banjar xpanggil engkalak..dia panggil buah malai.skrg ni mmg ssah nak dpt buah ni lg.mmg sedap giler buah dia..rebus pastu cmpur garam..pehhhh mrecik hawauuuu...

Tanpa Nama berkata...

Rasa dia berlemak berkrim,lebih kurang rasa buah avacado.tapi ada cara pemakan,tidak boleh makan sebarang,mahu tunggu buah kemerah dan buah harus dipukul terlebuh dahulu atau masak dgn air panas.

Check Page Rank of your Web site pages instantly:

This page rank checking tool is powered by Page Rank Checker service