mungkin disini yang anda cari.!!

Pengikut dihormati

2 Ogo 2012

CT100..tahan lasak!!.

           Assalamualaikum dan salam 1Blogger;
     Hallo!..selamat berpuasa semoga ibadah puasa kita di berkati
oleh Allah SAW.Tiada entri diblog ni selama tiga hari lepas sebab
aku pergi Kuching atas sebab kesihatan..
    Entri kali ni aku nak cerita sedikit pengalaman aku pergi ke kuching
dengan motosikal CT100cc modenas dimana jarak perjalanannya sejauh
309km dari kampung aku iaitu Spaoh,Betong.
Tahan lasak juga Kapcai  CT ni
 
    Sebenarnya aku sengaja guna moto kerana nak cuba pengalaman
baru dengan menunggang sendirian dalam jarak yang amat jauh,memang
 meletihkan lebih-lebih dalam bulan puasa ni.
    Aku bertolak dari kampung pada 30hb jam 8:00 pagi sampai di
kuching jam 6:00 petang sempat berbuka puasa dirumah adik jam
6:55 petang.(waktu kuching)
Dah nak sampai bandaraya Kuching

    31hb aku jumpa pakar untuk lung test kali yang keempat untuk penyakit
Copd aku dan setelah semuanya selesai..aku balik kampung pada
1hb ogos dan sampai kerumah jam 5:40 sempat berbuka bersama keluaga
jam 6:49(waktu Spaoh).Tak sangka moto CT100cc keluaran negara kita
mampu bergerak dalam jarak yang amat jauh dengan kelajuan 90-100kj
tanpa sebarang masalah sepanjang pergi dan balik, bermakna jarak
perjalanan sebenar 618km ditambah lagi dengan jalan yang tidak rata
dibeberapa bahagian dan aku hanya berbelanja rm14 untuk minyak moto
pergi dan balik... jimatkan!!.
Penat akibat cuaca terlalu panas tapi puas hati dapat guna kapcai gi Kuching.

      Kalau guna kereta atau van sewa kita boleh sampai dalam masa 4jam
dari kampung aku ke kuching,dengan motopun lebih kurang sama kalau
dipandu dengan kelajuan 120kj keatas..cuma aku sengaja ambil
masa sikit  supaya bila sampai je boleh terus berbuka puasa.
    Oklah kalau ada masa dan kelapangan nanti,aku nak cuba tunggang
moto CT100 gi lebih jauh pulak di bahagian utara Sarawak iaitu
bandar Miri dimana jarak perjalanannya 660km kiralah sendiri kalau
ulang alik....jumpa lagi bye2!!.

 
 


13 ulasan:

Kesuma Angsana berkata...

KA dah lama betul x tunggang kuda besi ni! hehe

Abang Long berkata...

Salam..

Wow! Dasyat bro..respect.
Apa kata pas ni dtg semenanjung plak naik moto tu? hehehe.

Selamat berpuasa..

Mrs Lurve berkata...

wahh...tabik spring berkali2, sbb sgup naik moto

izan mama mia berkata...

aduh..kalau saya..mmg tak sanggup..kira terer arr moto ngan tuan moto tu yer

encik cool berkata...

perh kebas bontot..

LydSunshine berkata...

Wah. tahan lasaknya. Berapa riban motor ni? Nak suh husband beli la. Skrg pakai motor kriss buruk je.

Tapi awak takyah la test jauh2 sangat. 660 km tu, kalau pun motor tu tahan, tapi bahaya untuk badan awak. Tulang belakang sakit kang. Kena la syg badan jugak.

Aida Omar berkata...

jimat memang jimat kan? tapi tu la penat kot.. jauh betul tu.. semangat kuat betul en.yusuf disamping motor tahan lasak.. Alhamdulillah selamat sampai. :)

Cikgu Ma berkata...

dah lama x naik moto, sesekali naik sakit peha...dah selesa bawa kete

Mia Meymi berkata...

mmang hebatla..
tp tak lenguh2 badan ke naik mtor lame2..

yusuflaili(Goku) berkata...

salam hormat semua dan selamat berpuasa;

@#kesumaAngsana-
Aku biasa dah..bertahun tunggang benda ni utk gi kerja cuma gi jauh je baruk pertama kali ni..

@#AbangLong-
Aduh!..ni jauh ni lepas tu naik kapal kargo pulak semberang laut cina selatan..mungkin seronok!!.

@#MrsLurve-
ini percubaan pertama kali..tapi orang lain biasa dah gi kuching naik moto..

@#izanmamamia-
Pergi relex jer,tak ada nak cepat cuma santai2.

@#encikcool-
kebas jugak..tapi selalu berhenti diperhentian..sbb tu aku lambat sampai kerana banyak berhenti rehat..

@#LydShunshine-
Aku rasa model ni paling murah kat malaysia ni,kalau beli tunai dapat rm3000 lebih(sarawak)..aku banyak berehat semasa dalam perjalanan.

@#AidaOmar_
Saja nak test moto ngan kesihatan ni..bukannya kerja terukpun cuma duduk jer..kalau rasa penat atau kebas aku berhenti rehat..

@#CikguMa-
Aku selalunya gi kuching naik bas atau Van sewa..tapi kali teringin naik moto pulak tak sangka seronok pulak..

@#MiaMeymi-
Lenggoh juga tapi bawak berehat kejap..kalau bukan bulan puasa boleh minum..

PORUMAN berkata...

bo pa khbr? hehe... slmt bpuasa.

Edy Fee berkata...

edy tak larat la nak jalan jauh2 naik moto.stakat 2 jam ok la..hehehehe

Effy Marquez berkata...

Moto starndard ke da mody boss kalo ade resepi enjin bg la.sikit

Check Page Rank of your Web site pages instantly:

This page rank checking tool is powered by Page Rank Checker service