Assalamualaikum dan Salam 1Blogger;
Hallo!..semua selamat berpuasa dan salam ramadhan pada rakan
yang beragama Islam..Kali ni aku nak buat entri masak bubur pedas pula
iaitu sambungan pada entri aku yang lepas,bagi yang belum baca klik sini
http://yotokuu.blogspot.com/2012/07/cara-buat-bumbu-pedas-sarawak.html.
Bawah ni aku tunjukan bahan-bahan dan cara membuat membuatnya
sekali sama seperti resipi masakan yang lain..
Sebenarnya lagi banyak bahan-bahan yang boleh di gunakan untuk
menambah rasa pada bubur ni,terpulang pada cita rasa sendiri..lagi
sedap kalau bubuh kulit sapi yang dihiris nipis (kulit sapi yang telah
dibakar dan dikeringkan atau dikikis,bila nak guna kita rebus/rendam
dgn air panas balik hingga jadi lembut dan siap untuk dipotong mengikut
saiz yang kita suka kemudian masuk dlm masakan bubur pedas).
Oklah...hingga kita jumpa lagi,kalau korang nak rasa nak cuba resipi ni
boleh cuba,masa Ramadhan nilah bubur ni paling laris untuk berbuka
puasa di Sarawak ni....bye2!!.
P/s..Resipi ni dirujuk pada http://www.myresipi.com/top/detail/6477..korang
boleh belajar banyak kat Website ni..

masukan semua bahan2 yang dirasakan sesuai. |
Bahan-bahan ( 4-5 orang )
- 4 sudu besar rempah bumbu
- 10-12 ekor udang basah saiz sederhana (dibuang kulit dan dibersihkan)
- 6 biji bawang merah (dikisar)
- 2 biji bawang putih (dikisar)
- 2-3 tangkai cili kering (direndam lembut, dibuang biji dan dikisar)
- 250 ml pati santan
- 1½ liter air
- 2-3 batang kacang panjang (dihiris kecil2)
- 2 biji kentang (dipotong dadu kecil)
- 1/2 biji keledek saiz kecil (dipotong dadu)
- 50 gm tau miu (sejenis sayur dan dihiris)
- 50 gm fo chu campuran (suun, bunga lily, fo chu kering, cendawan halus - direndam lembut dan dihiris)
- 2-3 batang jagung muda (dihiris)
- sedikit daun kesum (diracik)
- sehelai daun kunyit (diracik)
- 1 batang serai kecil (dihiris halus)
- 1 sudu besar udang kering
- garam, gula dan minyak masak secukupnya
- lain2 jika nk tambah : daun singkel, sayur lemiding, lobak merah dsb.
Cara-cara
- Mula2 sediakan bahan2 yg diperlukan(jgn ade yg tertinggal).
- Panaskan minyak(lbh krg 3-4 sudu besar) dgn api sederhana. Tumis bahan2 kisar dan udang kering hingga terbit bau. Kemudian masukkan rempah bumbu(dibancuh dgn sedikit air) dan kacau hingga pecah minyak.
- Masukkan udang basah dan tumis lg hingga separuh masak. Kemudian masukkan air dan kacau rata2. Biarkan seketika hingga mendidih.
- Masukkan kentang dan keledek dan kacau. Biarkan selama 1-2 minit atau sehingga empuk. Kemudian masukkan sayur tau miu, jagung muda, serai, daun kunyit, daun kesum dan fo chu. Kacau perlahan dan barulah dimasukkan santan. Kacau lg(jika kuah agak pekat bolehlah ditambah sedikit air). Akhir sekali perasakan dgn garam dan sedikit gula.(bubur ni tak semestinya pedas tak pedas ok juga untuk kanak-kanak)
- Hidangkan. Sungguh enak dimakan begitu saja. Selamat Mencuba!
siap untuk satu orang |
Sebenarnya lagi banyak bahan-bahan yang boleh di gunakan untuk
menambah rasa pada bubur ni,terpulang pada cita rasa sendiri..lagi
sedap kalau bubuh kulit sapi yang dihiris nipis (kulit sapi yang telah
dibakar dan dikeringkan atau dikikis,bila nak guna kita rebus/rendam
dgn air panas balik hingga jadi lembut dan siap untuk dipotong mengikut
saiz yang kita suka kemudian masuk dlm masakan bubur pedas).
Oklah...hingga kita jumpa lagi,kalau korang nak rasa nak cuba resipi ni
boleh cuba,masa Ramadhan nilah bubur ni paling laris untuk berbuka
puasa di Sarawak ni....bye2!!.
P/s..Resipi ni dirujuk pada http://www.myresipi.com/top/detail/6477..korang
boleh belajar banyak kat Website ni..
11 ulasan:
Belum pernah lagi memakan bubur yg pedas....
BTW akan mencuba suatu hari nanti...
aida ingatkan just sup biasa2 tu je cuma masukkan cili api ke hape.. rupanya macam2 bahan ada eh.. mesti sedap kaw2 nie..
SELAMAT BERPUASA BRO.
salam ramadhan;
@#Koding-
Bolehlah sekali sekala.
@#AidaOmar-
Sudah tentu..tak ubah seperi Bubur asyura tapi yang ada bumbu atau perencah perasa dan ramuannya lebih kepada sayuran..
@#faiz-
awakpun...walau apapun dugaannya tetapkan iman.
waaa tabik spring bro! pandai masak benda ni hehe
bro mintak tolong boleh x??
boleh tak senaraikan jenis2 kek lapis
sarawak yg sedap2 tu..
boleh try jgk ni...thanx for sharing...salam ramadhan.. =)
lainlaa bubur ni, ni bubur org sna ker.?? takpernah makan pun..
selamat berpuasa dan salam hormat;
@#Bobo-
masak bubur ni senang je..cuma buat bumbu atau perencah yang susah sikit..
@#encikcool-
untuk nak tahu tentang kek lapis sarawak awak bolek lawat blog ni;
http://fid.ohmacamitu.com/search/jenis-jenis-kek-lapis-sarawak/
@#CikguMa-
cuma bumbu dia je yang banyak kerja nak buat..mungkin bumbu ni ada dijual disana kot.
@#cimmama-
Boleh cuba benda baru ni...sudah cuba baru tahu!!,
Sedapnya... Terliur sangat. Banyak kan bahan2nya. Sebab tu sedap. Nanti nak kirim la bumbu bubur pedas tu kalau sesiapa yg pergi srwak. Saya ni sgt suka makan bubur.
1st time asenye dengar bubur pedas.bese bubur tawar.hehe
Catat Ulasan