mungkin disini yang anda cari.!!

Pengikut dihormati

18 Jul 2012

Cara buat Bumbu Pedas Sarawak.

       Assalamualaikum dan salam 1Blogger;
     Hallo!hallo!..sempena nak menjelang ramadhan ni aku
nak share sejenis masakan popular orang Sarawak bila tiba
bulan ramadhan.
    Masakan yang aku maksudkan ialah Bubur pedas,yang bergitu
sinonim untuk berbuka puasa..masakan ini seperti wajib bagi orang
Sarawak bila berbuka..
bumbu yang dijual rm2-rm5 sebungkus.
 
   Sebelum nak share masakan ini terlebih dulu kita kena kenal atau
belajar cammana nak buat bumbu atau perencah dia,sebab bumbu
inilah bahan paling penting atau utama untuk membuat bubur pedas.
   Oklah..bawah ni aku tunjukan bahan-bahan dan cara membuat bumbu
bubur pedas ni;
Pembungkusan yg lebih canggih untuk pasaran antarabangsa lah tu.

     Untuk anggaran (250grm serbuk bumbu)

  • 1 pot kecil beras
  • 7 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 6-7 tangkai cili kering (dibuang biji)
  • 1 inci kunyit hidup
  • 1 inci halia
  • 1/2 inci lengkuas
  • 1 batang serai (dihiris kecil)
  • 1 sudu mkn lada putih
  • 1 sudu kecil lada hitam
  • 1 sudu besar ketumbar
  • 50 gm kelapa parut
  • rempah 4 sekawan (1 kuntum bunga lawang, 1 kuntum bunga cengkih, 1 btg kulit kayu manis dan 1 biji buah pelaga)

Cara-cara

  1. Setiap bahan di atas hendaklah digoreng tanpa minyak secara berasingan. Gunakan api perlahan shj dan goreng sampai keperangan(terutamanya beras dan kelapa parut)
  2. Kemudian tumbuk/kisar(dgn pengisar serbuk) bahan2 tersebut sehingga lumat. Satukan semua bahan td dan kacau rata2.
  3. Simpan di dlm bekas kedap udara sekiranya ingin menyimpan lama.
akan aku share cam mana nak buat,,
 
     Baiklah untuk entri akan datang aku nak share  cara nak masak
bubur pedas pulak.mungkin korang pernah dengar dan rasa bubur
pedas Sarawak ni.
Yang ni bubur pedas perisa udang & sotong
 
     Sempena nak ramadhan ni aku ucapkan selamat berpuasa pada korang
disana dan moga usaha korang diberkati Allah sepanjang ramadhan
ni...bye2!!..



14 ulasan:

Mrs Lurve berkata...

sy suka mkn bubur..bubur pedas tue mcm mana? menarik jer..mcm sedap. mknanan serawak yg pernah mkn cuma kek lapis serawak je hihihihi

faiz fakhirin berkata...

ak paling xsuka masak

faiz fakhirin berkata...

ak paling xsuka masak

Aida Omar berkata...

macam sedap je.. nyum..nyum..

anitadiana berkata...

tak pernah makan ne..tapi pernah tengok rancangan icip-icip,buat bubur pedas yg penuh dengan sayur-sayuran dan memang pakai bahan mcm ne...

encik Cool berkata...

kalau bulan puasa nie..memang sedap!!

LydSunshine berkata...

Eh, resepi. Maksudnya semua goreng asing2? Lama la masa nak ambil utk buat ni kan? CIli kering pun goreng jugak? Saya dpt bayang rasnay mesti sedap. Tgk bahan2 pun bleh imagine rasany dia.

Koding berkata...

Terima Kasih atas perkongsian resepinya...

yusuflaili(Goku) berkata...

salam hormat;

@#MrsLirve-
Sudah semestinya sedap..lagi banyak bahan dicampur dalam bubur lagi sedap terpulang pada selera masing2 nak pedas atau tak...

@#Faiz-
Biasalah kebanyakan lelaki..perempuan pun ramai jugak tak suka memasak...

@#AidaOmar-
Boleh cuba respi ni....cuma rempah atau bumbunya je yang payah sikit.

@#anitadiana-
Gerenti sedap sebab tu ianya menjadi salah satu makanan popular di Sarawak.

@#encikcool-
Lebih2 lagi kalau tengah berpuasa..semua benda nampak sedap He!hehehee!.

@#LydSunshine-
Sebenar kena goreng berasingan dan proses buat bumbu ni sudah dibuat awal2 lagi dan kita simpan dalam bekas boleh tahan bertahun2..bila nak buat bubur pedah baru kita gunakan bumbu tadi...lagi sedap kalau dicampur kulit sapi, bubur pedas kulit sapi paling popular di Sarawak.

@#Koding-
Tunggu aku share cara masak bubur pedas pulak...

Arra Ahmad berkata...

wah..nampak sedap..:)

p/s: ada typing error kt atas

Koding berkata...

Salam Ramadhan Al-Mubarak..

Edy Fee berkata...

nnt roomate aku balik sarikei suh dia beli la

Tanpa Nama berkata...

Assalam. Awah ayah aku org Johore, tp asal usul drpd Pagar Ruyung,, kata nya bersaudara sebelah Ibu bekas Presiden Megawati ( sblh ibunya,, fatmawati)...aku heran , setiap bulan puasa,ibu ku akn masakkan bubur pedas tu....huh sedapnya,, hingga kini aku suka mkn bubur tu...hanya baru2 ni saje aku dpt tau yg bubur ni berasal drpd serawak...dan satu lg otak lembu masak lemak kuning cili padi...Aku ingt ni makanan org Minang....
Memang...bila bulan puasa lah aku baru teringat nk mkn bubur ni. DI semenanjung khas nya di Penang ni,,, tiade org yg tau mkn...maka tk de lah di jual di gerai2.....

Tanpa Nama berkata...

Assalam. Awah ayah aku org Johore, tp asal usul drpd Pagar Ruyung,, kata nya bersaudara sebelah Ibu bekas Presiden Megawati ( sblh ibunya,, fatmawati)...aku heran , setiap bulan puasa,ibu ku akn masakkan bubur pedas tu....huh sedapnya,, hingga kini aku suka mkn bubur tu...hanya baru2 ni saje aku dpt tau yg bubur ni berasal drpd serawak...dan satu lg otak lembu masak lemak kuning cili padi...Aku ingt ni makanan org Minang....
Memang...bila bulan puasa lah aku baru teringat nk mkn bubur ni. DI semenanjung khas nya di Penang ni,,, tiade org yg tau mkn...maka tk de lah di jual di gerai2.....

Check Page Rank of your Web site pages instantly:

This page rank checking tool is powered by Page Rank Checker service