mungkin disini yang anda cari.!!

Pengikut dihormati

13 Jul 2012

Benarkah penulis-penulis novel dan blog.. hipokrit???.

            Assalamualaikum dan salam 1Blogger;
    Hallo,hallo!..agaknya dah seminggu aku tak update blog aku ni,
Biasalah alasan sibuk akan digunakan,sesungguhnya aku memang
sibuk hingga tak terlayan anak bini demi khidmat pada negara dan
orang awam...
mungkin ada kaitan dengan entri ni

    Kali ni aku nak tulis atau kongsi pasal persoalan terpencil yang
jarang dijawab,dihurai atau dibincangkan secara terbuka dimedia
mahupun di saluran TV....
   Persoalannya..Benarkah penulis-penulis novel,drama,cerita dan
tak terkecuali penulis blog kebanyakannya HIPOKRIT??.tuduhan
ini lebih menjurus pada penulis yang menulis berbentuk nasihat,
pandangan,teguran dan macam-macam bentuk penulisan yang lebih
pada kisah kehidupan masyarakat sekarang(isu remaja).
agak susah menulis melalui hati yamg tulus dan selari dengan jiwa.
 
   Mungkin ramai diantara blogger diluar sana susah nak menjawab
atau mengaku kebenaran ini...Bagi aku ianya benar dan memang ada
penulis-penulis hipokrit,aku jugak mungkin salah seorang dari padanya
dan sebabnya mudah kerana kita adalah manusia biasa!!.
   Soalan kedua..perlukah seorang penulis bersikap Hipokrit? bila
menulis atau berkarya...tepuk dada tanya diri sendiri dan anda bagai
mana pulak apa jawapan anda?..
   Oklah...jumpa lagi....................................... bye2!!
 
p/s..aku ingatkan pelakun dalam drama/filem je yang hipokrit!!.

12 ulasan:

Fathiah Hamim berkata...

ye ke hipokrit?
mungkin ye mungkin tak.
tapi kalo hipokrit, tak best la menulis kot. hehe

p/s: rajin2 lah bukak website mekdi, hehe

Aida Omar berkata...

Aida mengaku juga sebahagian dari org2 hipokrit..haha.. tipu la kalau tak ada kan? cuma bergantung pada situasi juga. cam update entry tajuk nampak happy tapi sebenarnya tgh kecewa. Hipokrit jugak tu.. hehe

encik Cool berkata...

hipokrit ada kot!!

Nizam Ijam berkata...

mesti kena hipokrit sket..haha

saifulizan shaari berkata...

yup...memang ada yg hipokrit pun....byk plak tu.

CintaKhadijah berkata...

klo tak hipokrit pon ade la jugak sket2..:P

GBM berkata...

hipokrit? itu pendapat induvidu. Ramai yang anggap kita2 ni hipokrit mungkin sebab kita 'bercakap' secara selindung menggunakan nama samaran lain. :)

yusuflaili(Goku) berkata...

salam hormat;

@#Fathiah Hanim-
tapi kalo tak ada sikitpun hipokrit dalam penulisan tak seronok jugak menulis!!.

@#AidaOmar-
Betul itu lagi penipu besar..kata happy sebenarnya merana tak sudah!!.

@#encikCool-
mesti ada punya,demi kebaikan sejagat!!.

@#NizamIjam-
Betul..baru ada gempak gaya penulisan.

@#saifulizam-
mesti2..kalau tak,tak best!!.

@#Cintakhadijah-
tak sikit..banyakpun ada!!.

@#GBM-
sememangnya penulis seperti pelakun filem atau drama swasta.

Mrs Lurve berkata...

hipokrit, hanya diri sendiri ja yg tahu

LydSunshine berkata...

Hipokrit yang macamana tu? Kalau blog yg menulis entry tentang nasihat sedangkan diri sendiri pun belum tentu mengamalkan apa yg dinasihatinya, itu bukan hipokrit, tapi berdakwah. Nak berdakwah tak perlu jadi sempurna. Kalau tidak, tiada siapa la yg layak berdakwah kan? Kerana tiada yg sempurna melainkan Allah. Kalau daripada segi kehidupan yg tak diceritakan pula, bukan hipokrit, tapi menjaga aurat dan rahsia kehidupan. Tapi entah la... hipokrit itu jika diterjemah di dalam bahasa Arab, mingkin boleh disebut sbg 'munafik'. Awak rasa cemana?

yusuflaili(Goku) berkata...

salam;

@#MrsLurve-
Ya..betul,tapi orang lainpun boleh nampak kita hipokrit lebih2 lagi kenalan rapat.

@#Lydshunshine-
mengikut istilah kamus dewan bahasa hipokrik bermaksud "(orang yang) berpura-pura berperangai (berkelakuan, bersifat, dll) baik, (orang yang) memperlihatkan keadaan diri yg berlainan dari yang sebenarnya; munafik".
Maka benarlah hipokrik/munafik perlu ada dan tak dapat dielakan..dan terpulang pada individu itu sendiri nak guna untuk keburukan atau kebaikan..ini kesimpulan akulah..

anitadiana berkata...

mungkin ada lah sikit-sikit..tapi yg ita cite kat blog lebih kisah ita dan family dan kekawan opis..mcm diary lah...kalu yg beunsur nasihat tu peringatan bersama yg ita rasa sesuai di kongsikan bersama rakan bloger... yang ita dapat daripada kekawn e-melkan ke..bukan lah serpurna mana pun..nama pun manusia..he..he

Check Page Rank of your Web site pages instantly:

This page rank checking tool is powered by Page Rank Checker service