mungkin disini yang anda cari.!!

Pengikut dihormati

12 Jun 2012

Kenapa filem kita tak boleh box-office diluar!!.

           Assalamualaikum dan salam 1Blogger;
     Kenapa filem melayu susah sanggat nak sukses diluar sana?
tak seperti filem-filem Hollywood mahupun Bollywood!!.
Filem barat sentiasa Mencapai box-offise
didalam mahupun diluar.
 
     Inilah tajuk entri aku kali ni..saja je ajak bincang pekara ni
lepas layan cerita The Avengers.nak kata best boleh jugalah
cerita avengers ni aku fikir ramai pengarah-pengarah kat Malaysia
pun boleh buat cerita  cam ni.Persoalannya di sini kenapa filem kita
hebat di Malaysia je?
Filem klasik walaupun serba kekurangan namun mampu
bersaing diluar...
   
    Kalau nak kira semangat Malaysia boleh,kenapa pulak tak boleh
lawan Hollywood kalau takpun menyamai filem dari negara asia yang
lain seperti Thai,Korea ,Hong Kong,China dan banyak lagi dalam
menghasilkan filem box-office yang boleh dijaja ke pelusuk dunia?
Filem melayu yang mencapai box-office diMalaysia tapi..layu
diperingkat luar....
 
  1. Pelakun kita tak cukup berbakat ke?
      -siapa kata?gaduh tepi kolam tak payah pakai
       stuntwomen boleh,adegan ranjang sana-sini 
       boleh,tonggan arak kalah mat salleh pun boleh
       tapi tu diluar skrin le..on skreen macam plywood.
  2. Pengarah kita tak cukup kreatif ke?
      -Cerita Allien dah ada,cerita kepolisian dah ada,
       cerita koprat kaya-kaya dah ada,cerita hantu 
       terbang dah ada malah lebih seram dari yang lain..
       apa cerita lagi yang tak ada?cuma bos-office kat 
      luar je belum ada....
  3. Penerbit kita tak cukup duit ke?
      -Mustahil!!bin ajaib,bukan sikit jutawan kat Malaysia
       ni yang mampu melabur untuk buat cerita bajet juta-
       juta.tapi nak ke diorang buat filem?lagi baik diorang
       beli bintang-bintang filem.Lagi pun kerajaan dah buat
       tabung untuk pinjaman penerbit yang kekurangan modal.
  4. Penulis skrip tak cukup idea ke?
      -Nak buat skrip yang best macam mana lagi?semua skrip
       filem kita best-best gila berlaka kalau tak takkan la boleh
       menang anugerah kat festival filem Malaysia tiap tahun..
       Kalau  festival kat luar jangan haraplah selepas zaman
       P.Ramlee kalau adapun sekadar mencukupi penyertaan je.
  5. Panggung tak cukup penonton ke?
      -Siapa kata?Habis tu yang berduyun-duyun kat panggung
       tu apekebendanya?Takkan semuanya tenggok filem luar je?
       Filem kita dua-tiga hari boleh dapat berjuta tau! Kalau masuk
       sebulan sendiri kiralah!!..
  6. Orang luar tak faham bahasa melayu ke?
     -Habis kenapalah filem Bollywood,Koreawood,Jepunwood,
      Thaiwood banyak lagi Asiawood yang guna bahasa diorang
      boleh box-office di peringkat luar??
  7. Pelakun-pelakun melayu tak hansem,cantik dan seksi?
     -Siapa kata?pelakun kita tak lawa?..malas aku nak cakap
      banyak tentang hal ini...................................


    Jadi apa pandangan korang pula..kenapa filem kita tak boleh
box-office diluar seperti filem asing yang lain..Apa yang sering
kita dengar ramai yang menyalahkan penonton dalam hal ini,
penontonlah punca segalanya terlalu mendewakan filem asing..
 
   Apa komen korang pulak??....oklah jumpa lagi bye2!!.
   

18 ulasan:

ctk berkata...

org luar xmo amek citer kita kot..atau mungkin xmemenuhi selera luar...bnyk mngrot, effect xjadi..erm..ntahla..kurg da tgk filem...cm lebih kurang same je...suke layan kartun...wlaupon xmenjadi tp comey..haha :D

Iza berkata...

Assalam..
Susah nak komen sebab saya tak minat tengok filem Melayu tapi kalau filem lanun Jack sparrow, boleh pulak layan...

LydSunshine berkata...

Mungkin sbb story line filem melayu ni tak cukup power.

Unknown berkata...

FILEM KITA WAJAH KITA!!

Diari Si Froggie berkata...

filem kita ada part2 yang harus dipatuhi mungkin.. penapisan terlalu ketat.. eh ntah la. huhu.. tapi aida suka tengok kartun buatan Malaysia.. best.. upin ipin, saladin, boboboy, dan seefood :)

yusuflaili(Goku) berkata...

Salam hormat;

@#ctk-
Entah ctk,mana silapnya aku tak fikir itu sbbnya...

@#LydSunshine-
Tak jugak...mungkin kita buat filem bukan menampakkan wajah kita sebenar aku agak je ni!!!.

@#encikcool-
Inilah yang sebenarnya filem melayu 'filem kita wajah kita'(melayu).

@#AidaOmar-
Aku rasa utk eksport filem ke luar negara jarang ada tapis2 seperti kat malaysia..Filem kartun atau animasi memang best!!.

mrs eyza berkata...

rasanya filem kita dalam malaysia sendiri pun tak berapa nak berjaya dengan adanya sistem download dan cetak rompak...

EmpayarUtama berkata...

Aku agak setuju dengan LydSunshine.

Banyak perlu diperbaiki jika nak bersaing ni. Yang aku boleh nampak - pengarah/pelakon kita tak cukup ramai, muka-muka itu juga. Terus mentaliti penonton jadi tepu "Oh pengarah/pelakon popularlah kena tengok ni" "Oh pelakon mana nih tak kenal pun; tunggu kuar kat astro atau donlod utiub ajelah"

Satu lagi - bukan filem tu sendiri. Jenama pun macam berperanan. Hollywood, Bollywood dah jadi 'branding' kalau ada filem mat saleh atau Hindustan. Kita megah dengan majlis anugerah aja...

Er, nak hantar komen aku ke Zed Zaidi ke ni ^_^

hyz berkata...

filem malaysia banyak dibuat untuk keuntungan semata2... dari segi kualiti hancus..... dari segi teknik cgi pun, malaysia masih ketinggalan...... pengarah kita byk idea yang bagus, tapi byk halangan dr pihak finas.... itu x boleh ini tak boleh..... ada jugak beberapa filem malaysia yang betul2 berkualiti, tapi selalunya filem2 berat ni penonton x nak tgk... that y lah filem malaysia ketinggalan.. yang ada sume sampah belaka...

Koding berkata...

Dalam negara sendiri pon..
Filem kita susah nak Box Office...

yusuflaili(Goku) berkata...

Salam hormat;

@#misz_eyza-
Mungkin juga antara sebabnya..tapi bukan penghalang utama!!.

@#EmpayaUtama-
Betul..usaha keras kaji selidik menyeluruh tanpa mengira pasaran domestik je.org2 filem,penonton,kerajaan dan syarikat2 koprat perlu bekerjasama.ini cadangan aku je Hehee!!.yang penting kukuhkan Branding dulu bak kata EmpayaUtama!!.

@#hyz-
Memang diakuilah halangan utk filem melayu menembusi pasaran antarabangsa amat payah..Terlalu banyak rintangan didalam dan diluar,tapi tak mustahil untuk berjaya..setidak2nya aku harap kalau dapat menembusi peringkat Asia tenggarapun jadilah..Amin.

@#koding-
Cuma filem keluran/arahan org yang sama je yang pecah panggung di Malaysia..yang lain sekadar mewarna seni panggung tempatan je...

NoorNazuha berkata...

setuju..sangat setuju...filem kita ni lebih kepada syok sendiri janji dpt isi poket sndiri...janji box office..content story diowg x kish langsung...x ada moral and pengajaran..bukan la nak kata citer barat tu byk pengajaran, tpi skrg2nye cerita mereka ada pengisian....

duniaanita74.blogspot.com berkata...

kak ita setuju dengan yg lain dan nooornazuha ne juga...kekadang tak berbaloi tengok wayang..mcm ita pergi tengok kat midvelly cite uncle usin mcm hampeh aje...tak logik sesangat..ita ,rasa mcm rugi aje buang duit tengok cite tak berkualiti..best mcm cite ombak rindu tu ok rasa..kekadang ita rasa cerekarama tu lagi berkualiti daripada filem...

Zul fattah berkata...

erm, kualiti grafik kurang kot..? upin ipin ok je.. pemes gak..kat luar ngara..

amranaiman berkata...

macam2 pun ada :D

ILA HonEyBuNNy berkata...

filem malaysia xtahu la nak cakap cmna...tapi betoi2 berbeza kalau kita tengok filem mat salleh....diorg mantapp jalan cerita..hehe

Sharifah syazee berkata...

cita melayu pon xkurang jugak tp tu lah..filem barat hebat2 teknologi diorg

yusuflaili(Goku) berkata...

salam hormat;

@#noornazuha-
Ya...mungkin target pengarah/penerbit hanya kat dlm malaysia je jadi dorang tak fikir nak jual kat luar..

@#anitadiana-
betul..rasa filem kita macam ada sesuatu yang kurang saeuatu yang menguatkan lagi jalan cerita..kalau kita buat perbandingan dengan filem asing teramat jauh perbezaannya,tapi aku tak tahu mana yang kurangnya..

@#ZulFattah-
Mungkin jugak..kalau filem animasi malaysia kira oklah jak.

@#amranaiman-
mcm ada kat Astro!!...tak ada yang mustahil.

@#ILAHoneyBuNNy-
Agaknya takut keluar budjet besar2.Tak berkeyakinan dengan kebolehan sendiri...

@#sharifahsyazee-
Betul tu..melayu hebat sebenarnya tapi masih malu2 kalau diperingkat antarabangsa..

@#

@#

Check Page Rank of your Web site pages instantly:

This page rank checking tool is powered by Page Rank Checker service