mungkin disini yang anda cari.!!

Pengikut dihormati

5 Apr 2012

Filem hantu..Cederakan emosi kanak-kanak?

       Assalamualaikum dan salam1Blogger;
    Hallo,hallo..semua, harap bersenang-lenang selalu disamping
tugasan harian,kali ni kita bincang pasal Filem hantu pulak iaitu
kesan filem tersebut terhadap emosi kanak-kanak.
Hantu kita.
  
    Dewasa ini semua orang tahu keghairahan terhadap filem hantu semakin memuncak hingga menular ke kaca-kaca tv.Pemintaan yang mencurah-curah menyebabkan penerbit dan pengarah berlumba-lumba menerbitkan bermacam-macam jenis cerita hantu..
    Filem hantu bukanlah sesuatu yang baru  bagi  pengemar/pengarah di negara kita.Genre tersebut telah bermula sejak tahun 1950-an  lagi, masyarakat pada zaman itu berkesempatan untuk menonton filem-filem seperti Sumpah Orang Minyak, Anak Pontianak, Hantu Kubur dan tak kurang filem dari luar...
Filem korea
    
    Kini filem hantu masih merajai industri perfileman negara kita
tanpa mengira kesan atau natijahnya terhadap kehidupan masyarakat, remaja terutamanya kanak-kanak yang tidak matang pemikirannya serta belum mampu membezakan pekara positif dan negatif atau antara realiti dan fantasi......
    Apakah filem-filem hantu/seram melampau membawa impak negatif dan mencederakan emosi, serta sejauh manakah ianya merosakan emosi kanak-kanak?...Apakah dengan pantauan serta tapisan dari pihak kerajaan, terhadap filem-filem sekarang dapat menyelamatkan minda dan emosi masyarakat terutamanya remaja dan kanak-kanak dari terpengaruh...?
Filem seram barat
  
  Disini sama-samalah kita fikir serta kaji apakah ada logiknya 
persoalan di entri ini dan apakah pandangan korang pulak?.
Baiklah hingga jumpa lagi.........bye2!!.
p/s;..ramai orang takut bila tonton filem hantu,tapi dimasa yang sama
       masih tak berganjak didepan tv atau panggung....!!
   

 

 

15 ulasan:

mrs eyza berkata...

bukan setakat emosi kanak2 aja tapi saya sendiri tercedera emosi jugak huhu...kdg2 tak blh tido bla tertengok iklan ditayangkan...kenapa harus ada tayangan filem hantu?

LydSunshine berkata...

Sedangkan kalau budak2 tak tgk cerita hantu pun dah tercedera emosi sbb maka bapak sendiri suka takutkan mereka dgn hantu, inikan plak bila tengok.

ctk berkata...

emosi sy pon tercedera...huhuhuhu...
bahaya tul...
menakotkan kanak2, smpai skrg ct fobia...erm

hyz berkata...

terpulang pada penerimaan sebenarnya. sebenarnya budak2 ni x de pape, tapi mak bapak suka takut2kan anak2 dengan hantu2 ni..... kalo anak x dengar kata sikit mulalah " ha hantu nak gigit tu... cepat ke sini " hahahahha ~siap bagi contoh lagi. hahaha

CintaZulaikha berkata...

jgn kata kanak2, yg tua cam akak nih pon boley terganggu kalau salu sgt tgk...

Unknown berkata...

cerita hantu sekarang kadang over sangat...

Unknown berkata...

kadang dalam ceritu tu, pelakonnya sik menjerit je, takdela nk baca apa2 ke... boleh juga jadi ikutan bila nampak hantu baca ayat kursi ke. ni tidak mejerit dan mnjerit...

Bobo berkata...

manusia kita sukar utk ubah..apa yg kita boleh buat ialah menukar mind set anak2 kita, ibu bapa juga perlu bijak bermain dgn psikologi anak2 dalam hal ini...

yusuflaili(Goku) berkata...

salam hormat semua,

@#misz-
Takut sanggatlah tu sampai terkencing agaknya...apa2pun memang benar apa yg awak katakan.

@#LydSunshine-
Inilah yang selalu terjadi ..kadang2 kalau tiada tv diaorang bercerita kisah hantu dengan kanak2..

@#ctk-
awak takut tengok cerita hantu ke?..tapi mahu tengok jugakkan!!.

@#nyz-
Betul tu..kebiasaannya tu cara orang dulu mendidik anak2..tapi orang dulu2 hormat dengan orang yang lebih tua walaupun sering ditakutkan..

@#CintaZulaikha-
yap!!..ramai juga orang dewasa takut,terutamanya wanita..

@#Santri-
Betul..kadang sakit telinga dengar jeritan diorang ni..biasanya cerita hantu ni asik jerit2 je..

@#Bobo_
Setuju...Ibubapalah yang memain peranan yang amat besar.

Nilam suhana berkata...

ya saya bersetuju dengan entri ini... kenapa mesti kita dipertontonkan dengan cerita2 hantu yang sebenarnya kebanykan lahir dari rasa2 yang negatif... kanak-kanak itu belajar dari apa yang dilihat dan didengari..
:)

Diari Si Froggie berkata...

setuju 100% dengan entri nie.. lagi banyak cerita hantu lagi penakut jadinya..

Iza berkata...

Assalam..
Tak dapat nak elakkan cerita2 seram ni. Memang anak2 akan takut. Saya berusaha untuk kentalkan jiwa anak2 kalau ada kawan2 dia cerita tentang hantu. Setakat ni berjaya la, dia akan sentiasa kata "bukan betul kan bu?mekap je tu...."

Koding berkata...

Aku tak minat citer hantu...
Masa kecik2 pun, citer pendekar bujang lapok masa part hantu Jepon...
Aku lari ke dapur tak nak tengok...

yusuflaili(Goku) berkata...

walaikummusalam;

@#PermataBiru-
Ini sesebabkan oleh pemintaan dari penonton itu sendiri..adaikata filem hantu tidak digemari mana mungkin penerbit dan pengarah berani buat cerita hantu..

@#AidaOmar-
Tak semua kita takut..cuma kita risaukan emosi kanak2 akan terjejas dan jadi trauma pulak.

@#Iza-
YaP!!..kita kena yakinkan dan terangkan balik kepada anak2 kita andainya terlihat cerita hantu..menjadi tanggungjawab emakbapak untuk menterjemahkan antara realiti dan fantasi pada anak2 kita..

@#Koding-
Betul tu masa kecik kita memang takut cerita hantu tapi hati tetap nak tengok jugak..

duniaanita74.blogspot.com berkata...

anak kak ita terutanya aqil suka tengok cite ne..kak ita rasa seram..tapi dah ckp dengan anak-anak mana ada hantu itu semua pakaian aje...bukan betul..so anak2 mcm ita suka tengok cite hantu..

Check Page Rank of your Web site pages instantly:

This page rank checking tool is powered by Page Rank Checker service