mungkin disini yang anda cari.!!

Pengikut dihormati

25 Apr 2012

Adakah keadilan yang kita janjikan 100% adil!!!.

         Assalamualaikum dan salam 1Blogger;
    Hallo semua lama gak tak menaip ni..malas nak cakap panjang
baik aku cerita sikit pasal Keadilan ini..Bukan parti keadilan tapi
keadilan yang menyeluruh..........
    Sekarang ni sibuk orang cakap pasal keadilan,keadilan itulah
keadilan inilah tapi tahukah diorang keadilan apa yang dimahukan?
bagaimana rupa keadilan?siapa yang adil dan dimanakah keadilan
itu dituntut sebenarnya..
sekadar hiasan
 
   Dalam majalah,akhbar, tv dan poster-poster semasa rapat umum
kita sering lihat perkataan 'kami mahu keadilan' ditulis mahupun di
laungkan beramai dari pagi hingga kepetang,Bukan di negara kita
negara-negara lain turut memperjuangkan keadilan,malah dari
zaman batu lagi manusia berperang demi keadilan hingga kini masih
 lagi bersengketa kata kerajaan tu tak adil dan kerajaan ni adil, bila
kerajaan ditukar masih jugak bergolak dan masih jugak tak adil-adil.
   Sebagai ketua sesuatu organisasi,tak kiralah bapak menteri ke atau
ketua-ketua jabatan adakah kita rasa kita boleh 100% adil dengan
rakyat,orang bawahan dan pekerja-pekerja kita?
sekadar hiasan
   
  Seharusnya kita sebagai manusia yang lemah dan serba kekurangan
janganlah kita berjanji untuk berlaku adil, memerintah dengan adil
pada rakyat dan pekerja kita,tak mungkin kita dapat memuaskan
hati semua orang,percayalah ianya tak mungkin terjadi walaupun
 sebesar mana pangkat,gelaran atau kedudukan kita dan walau
setinggi manapun pendidikan kita...kita tetap manusia
banyak kelemahannya..
   Hanya Allah yang maha esa lagi maha Adil pada umat-Nya tiada
yang lain melainkan-Nya....sekian hanya ni je yang dapat
dikongsikan bersama dan sama-samalah kita renungkannya.
 ..bye3!!!!!!!!!!!!!!!.

10 ulasan:

LydSunshine berkata...

Nak beri keadilan kepada semua pihak tu mungkin tak mampu. Tapi kerajaan pun perlu berusaha juga utk memenuhi janji keadilan tu semaksimum yg boleh. Yang saya nampak keadilan tak terjaminnya ialah bila lelaki kawen lebih daripada 1. Walaupun daripada segi fizikal dan luaran nampak mcm adil, tapi daripada segi kasih sayang, cinta.... susah nak adil.

- AZIE - berkata...

mcm mana nk dpt keadilan, kalo yg di atas masih tidak memandang kesusahan yg di bawah

ch000tz berkata...

kalau nak adil makanlah begedil salu heheheh :p

Bobo berkata...

rasanya kalau tukar kerajaan lain skalipun, keadaan tetap akan sama..

Koding berkata...

Yang terbaik adalah adil berdasarkan Quran dan Sunnah...

Lissa berkata...

mana boleh dapat 100% .. kalau tukar kerajaan pun , sama je .. hee

hyz berkata...

cermin diri dulu sebelum nak menyalahkan orang lain... adakah kita telah buat apa yang patut untuk negara? adakah kita bersikap adil terhadap keluarga, masyarakat dan negara? kalau diri kita sendiri x cukup sempurna, jgn harapkan kesempurnaan dr orang lain.. hehe

yusuflaili(Goku) berkata...

salam blogger semua;

@#LydSunshine-
Betul tu..bukan senang nak berlaku adil,sebut senang nak laksana susah.

@#MrsLurve-
Bagi aku semua kita susah nak berlaku adil..cayalah.

@#c'axoera-
Begedil tu apa haa?..aku tahu tahu ni..

@#Bobo-
Ya...tepat sekali,apa-apapun yang kita lakukan ketidak adilan tetap akan berlaku jua..

@#Kodiang-
Yap!..aku setuju dengan yang ni.

@#RatuLisa-
100%?..ya memang tak boleh kalau 10% ramai yang mampu.

@#hyz-
Betu3..semua manusia dijadikan tidak sempurna,yang sempurna hanya Allah,jadi berhati2lah bila berjanji terutamanya pekara yang mustahil atau diluar kemampuan kita.

Cikgu Ma berkata...

boleh jerr keadilan itu berlaku dimana-mana kalau hukum Tuhan paksinya

yusuflaili(Goku) berkata...

Salam;
Itulah masalahnya...mana ada individu atau kerajaan islam sekarang yang benar2 memerintah mengikut paksi hukum tuhan,semuanya lebih condong paksi kebaratan.

Check Page Rank of your Web site pages instantly:

This page rank checking tool is powered by Page Rank Checker service