mungkin disini yang anda cari.!!

Pengikut dihormati

26 Jan 2012

Moral golongan muda..semakin lemah!.

               Assalamualaikum dan salam 1Blogger;
          Bersua kembali setelah sekian lama menyepi akibat masalah kesihatan aku yang tak menentu hingga menyebabkan aku terpaksa berulang alik ke Hospital selama beberapa minggu ni, terima kasih banyak-banyak pada sahabat yg tak henti-henti terjah blog aku yg sunyi ini selama ditinggalkan...
         Selama berehat di Hospital, aku tertarik pada etrikel dlm majalah yg aku baca iaitu mengenai isu moral golongan muda yang dikatakan semakin hari semakin lemah,hingga menjadi punca masalah sosial seterusnya membawa kepada kes-kes pembuangan dan pembunuhan bayi diluar nikah..
gambar hiasan.
         
         Bukan dari pembacaan aku saja malah selama aku di wad, ada dua kes berlaku di hospital tempat aku dirawat iaitu kes dua bayi yang dirawat hospital setelah dijumpai di tong sampah.Dua bayi malang itu diletakkan bersebelahan dengan katil aku sebelum dimasukan ke bilik ICU, dua pekara inilah yang membuat aku termenung jauh memikirkan kebenaran etrikel tersebut...
         Kita baru saja dikejutkan dengan kes pelajar berusia 16 tahun di Sarawak yang bertindak kejam mengerat bayi yg baru dilahirkannya di asrama (smk) ulu layar Betong, tapi sebelum itu negara kita sudah acap kali dikejutkan dengan pelbagai kes pembuangan bayi. Ada diantara bayi yg ditemui masih hidup dan ada yg sudah meninggal dlm keadaan yang sungguh memilukan..
        Ekoran kejadian tersebut, pelbagai reaksi spontan masyarakat kita dapat dilihat. Buktinya laman sosial FB, twitter dan blog sarat dengan komen dan pendapat yang berbeza dan adakalanya langsung tidak membina. Kebanyakannya menyalahkan pelajar tersebut atau remaja terbabit sehingga ada yang menyamakan pelajar tersebut sebagai binatang dan harus dijatuhkan hukum bunuh...
gambar hiasan
       
        Aku faham memang banyak yg benggang dengan pelajar atau remaja-remaja lain yang senasib, tapi wajarkah kita, hanya pelajar tersebut dipersalahkan apa bila terpaksa membuang bayi atau membunuh bayi mereka kerana terdesak,malu dan takut dengan akibat yg bakal dipukul?
       Bagaimana pandangan wanita-wanita matang dan wanita-wanita berpelajaran diluar sana? dan yg paling penting tidak dipengaruhi oleh emosi mengenai isu tersebut..Akupun mula-mula sekali marah juga dengan pelajar atau remaja yang terlibat dengan kes-kes buang bayi ni,dahlah buat dosa senang-senang nak buang dan bunuh bayi yang tak berdosa,tapi bila aku fikirkan kembali secara tak beremosi aku rasa kita tak boleh sewenang-wenangnya menyalahkan pelajar atau remaja yang masih mentah tersebut.....
          Apa yang ingin aku katakan disini adalah kita sebagai ibubapa, masyarakat sekeliling dan jiran tertanggalah yang harus dipersalahkan bersama dalam isu keruntuhan moral generasi muda sekarang ini..Kita tidak boleh menidakkan kenyataan tersebut, kita bersama-sama bertanggungjawab dalam memastikan anak-anak kita tidak terpesong jauh dalam menempuh arus pembangunan...
         Dalam membentuk moral remaja agar tidak terpesong kita perlu menekankan tiga komponen yang sering menjadi punca masalah remaja iaitu soaial, spiritual dan era globilasasi atau pembangunan tekonologi,ketiga-tiga komponen ini lahir dari etrikel yg disiarkan dlm akhbar arus pedana melalui pandangan Profesor Madya Dr.Mohammad Shatar Sabran pakar Motivasi
         Oklah hanya ini jelah yang dapat aku kongsikan bersama sepanjang aku terlantar di Hospitar Umum Sarawak,...apa-apapun kita ambil yang baik dan segala yang tak baik kita buang jauh-jauh,hingga jumpa lagi....bye3!!!!!!!!!!!!!.




       

15 ulasan:

Unknown berkata...

Inilah yg berlaku bila asas agama runtuh dalam masyarakat. Pengaruh budaya barat makin berleluasa dan dunia hiburan makin diagong-agongkan.....

Iza berkata...

Assalam..
Amat menyedihkan....manusia dah hilang sifat kemanusiaan..

Cikgu Ma berkata...

kalau agama yang ada tak nak ikut, jadi macam ni la...

spontan K

Ungu Violet berkata...

kesian tengok baby comel2 macam tuh kena buang..

buat sesuatu guna akal..jangan guna nafsu..

Arra Ahmad berkata...

orang-orang tak beriman memang selalu buat perkara tak elok..

p/s: cepat sihat..:)

Diari Si Froggie berkata...

sedih dengan manusia zaman sekarang zalim dari binatang.. Hope mereka diberikan kesedaran.

LydSunshine berkata...

Maaf ye, nak komen tapi nnt ramai yg marah. Saya katakan yg perlu dipersalahkan ialah pemerintah. Dah berapa lama memerintah, sejak selepas merdeka, pembangunan mmg tiptop, tapi moral dan masalah sosial masyarakat masih juga semakin runtuh. Kerajaan perlu la buat sesuatu yang betul2 'mencegah' masalah moral ni. Bukan 'mengubati' dgn buat rumah perlindungan. Sorry, saya bukan anti kerajaan, tapi pandangan jujur seorang rakyat biasa.

yusuflaili(Goku) berkata...

salam hormat semua;

@#petuapakar-
yap!..asas agama mesti kukuh,walau macam manapun pengaruh asing melanda agama mesti untuh.

@#iza-
betul..paling menyedihkan bila org2 melayu(islam)paling ramai terjebak..

@#CikguMa-
Sekarang ni...agama sekadar pelengkap untuk mengisi borang je!!.

@#UnguViolet-
Inilah kerja budak2 sekolah mentah lagi,diorang mana ada otak nak pikirkan kesannya..

@#ArraAhmad-
Hanya kita-kita yang harus bangkit membentras gejala ini..

@#AidaAhmad-
Betul tu..kesedaran harus diberikan pada remaja sekarang dengan pengelibatan semua pihak tak kira kaum,agama dan bangsa..

@#LydSunshine-
Tak salah,..itu pendapat awak secara jujur..bagi aku kita sebagai masyarakat harus juga terlibat sama membantu kerajaan..kita tak boleh tunggu dan lihat saja....

EmpayarUtama berkata...

Lihat statistik - siapa penyumbang terbesar dalam isu ni. Mana silapnya?

hyz berkata...

sedey tgk moral remaja skg ni...

Ummi_R❀salici❀us berkata...

didikan dari kecil.
selalu kita asyik nak jaga jaga dan jaga anak perempuan. tapi apa yg lagi penting ialah anak lelaki! anak lelaki biar saja keluar, lps tu rosakkan anak dara orang.
kalau yg pmpuan hamil.. yg lelaki lari macam tu saja... lps tu msyarakat plak pandang hina..

ILA HonEyBuNNy berkata...

malooo dan sedihh dengan sikap remaja sekarang...apa nak jadi la..macam2 skrg neh...

yusuflaili(Goku) berkata...

salam semua;

@#EmpayaUtama-
sah..org melayu penyumbang utama dalam kes ini,

@#hyz-
lama kelamaan melayu akan hilang dibumi sendiri..cayalah!!.

@#UmmiRosalicious-
ya..anak lelaki dan perempuan sama dijaga dengan sempurna...tapi sekarang ini makbapak mana ada masa nak jaga anak2 lagi semuanya upah org dan hantar kat rumah asuhan...semuanya main pakej2..

@#ILAHonEy-
maknanya kita kena peka dan kena sama main peranan jgn peduli apa kesannya nanti dan kerajaan pun kena buat undang2 utk melindungi org awam yang menegur remaja yang berbuat tak senonoh..

Nasz berkata...

mmg semakin byk sekarang ni. tp bg saya, walaupun dorang dah buat salah, kita pun tak layak untuk jatuhkan hukuman pada dorang. sebab kita pun ada buat salah juga tp tak seketara macam dorang. kita cuma sepatutnya menegur secara berhemah dan memberi kata2 nasihat dan semangat kpd dorang.

From,

Nasz

MOHD NASER.com

ctk berkata...

kurg didikan agama dr kecik, lemah spiritual n nk cuba sesuatu yg bru mmg penyebab berlakunya mslh ni...huhuhu

Check Page Rank of your Web site pages instantly:

This page rank checking tool is powered by Page Rank Checker service