Assalamualaikum dan salam1Blogger;
Lama aku tak update blog aku ni disebabkan jabatan aku terlibat dalam pesta atau Regatta Kabong,daerah Saratok dalam bahagian Betong Sarawak selama empat hari bermula(01/12/2011) jumaat lepas hingga ahad(04/12/2011)..
Banyak aktiviti diadakan sempena pesta kabong antaranya pentasria,pameran jabatan-jabatan,gerai-gerai jualan seperti hasil pertanian,perikanan,pakaian hingga ke barangan keperluan asas,disamping acara sukan juga diadakan seperti tarik tali yang melibatkan peserta dari negara Berunai juga mengambil bahagian.Semua acara ni diadakan di town Square Pekan nelayan Kabong.
Acara paling berprestij di Sarawak ialah sukan lumba perahu atau dikenali regatta merupakan acara kemuncak pesta kabong.Pasukan kami Jpam banyak ditugaskan dalam pesta ini maka kami terpaksa bermalam selama empat malam di perkampungan nelayan ni...
Bawah ni aku share pic yang sempat aku snap sepanjang pesta air atau regatta di Kabong,Saratok ngan korang semua;
Acara-acara di sungai (Regatta)
|
Ni dia Pasukan aku siap sedia mengawal sebarang kecemasan berlaku sepanjang pesta air. |
|
Polis marin bertindak mengawal keselamatan sepanjang sungai kerian. |
|
perahu nelayan. |
|
Disinilah tugas aku mengawal keselamatan peserta lumba perahu. |
|
Acara lumba perahu 30 pengayuh (sakai 30). |
|
salah seroang peserta Pam ski.. |
|
Lumba bot pukat tunda. |
|
penyampaian hadiah pemenang oleh pegawai daerah Kabong.
|
Seterusnya pic suasana dipersekitaran pameran jabatan jualan
|
Pentas tempat 10 artis-artis dari semananjung menghiburkan pengunjung siang dan malam. |
Oklah,..hanya nilah yang sempat aku kongsikan ngan korang semua tentang pesta atau regatta di kampung nelayan Kabong dimana aku terlibat sama selama empat hari disana sehingga aku tertinggal blog,tapi tak apa sekurang-kurangnya aku dapat share aktiviti-aktiviti ni pada korang, jumpa lagi........ bye3!!!!!1.
10 ulasan:
suka kalau dapat tgk lumba perahu tuh, lebey2 bila drg ketuk rebana tuh...menarik
Sape 10 artis tu? Best tak? Tak ujan ke masa pesta tu?
wow..bez kan kalau dpt tengok..
tak penah tengok real pun..huhu
teringin nak tengok depan-depan..mesti meriah sesanggat......
seronok kalau ada aktiviti2 cmne.....;-)
Tentunya penat bertugas disepanjang pesta air..demi tugas ya tak!!.
Assalam...
Bestnya tengok pesta air tu...
mcm pesta benak sri aman...
salam sejahtera semua;
@#CintaZulaikha-
Lumba perahu di Sarawak tak guna gendang,kalau perahu naga adalah..
@#LydSunshine-
kebanyakannya Artis lama..shidi,aris ariwatan,penyanyi kumpulan Burnmark,datuk A.Ramli,Ali Xpdc ramai lagi tak ingat aku...Hujan siang dan malam..
@#UnguViolet-
seronok mcm2 aksi peserta ni,barangan jualan digerai2pun menarik..
@#anitadiana-
Tempat awak tak ada pesta lumba perahu ke?.
@#ILAHonEyBuNNy-
seronok gila lebih2 lagi bila bertugas di air ni..
@#KainBuruk-
Mau tak,seharian berhujan disungai sejuk gila bro...
@#iza-
Ari tu hujan sehari semalam masa pesta,tapi seronok jugalah..
@#CikguMa-
Betul tu cikgu,tapi gerai2 dipesta benak merupakan yang paling banyak berbanding gerai2 pesta kabong iaitu lebih 600 gerai..
wah..bestnya :D
Catat Ulasan