mungkin disini yang anda cari.!!

Pengikut dihormati

18 Nov 2011

Wanita bermasalah migrain terdedah kepada strok

                    Assalamualaikum dan salam 1Blogger,
          Wanita yang mengalami migrain dgn aura (beberapa simptom sampingan) dikatakan amat terdedah kepada risiko serangan strok, bergitulah tajuk entri aku kali ni cenderung kepada bidang perubatan/kesihatan bunyinyakan?.bisalah blog aku ni tak terhad semuanya boleh masuk kecuali cerita-cerita lucah.
      
          Berdasarkan kajian yg diterbitkan oleh jurnal Perubatan British, migrain dgn aura ini biasanya disertai dgn pandangan yg kabur,muntah-muntah serta sensitif kpd cahaya dan bunyi. Sebahagian wanita mengalami tanda-tanda seperti diatas sebelum atau semasa mengalami sakit kepala yg teruk.
serangan strok
              
          Wanita yang yang paling terdedah pada bahaya ni terutamanya yang mencecah usia 45 
tahun,perokok dan menggunakan pencegah kehamilan yg mengandungi oestrogen. Kajian sebelum ini menunjukan kaitan antara migrain dan strok,tetapi tidak menetapkan jenis migrain atau menyiasat kemungkinan ada kaitannya dgn penyakit kardiovaskular.
anatomi perjalanan strok
       
          Penyelidik yg diketuai oleh Markus Schurks dari Brigham and Women's Hospital di Boston mendapati mirgrain dgn aura seperti diatas meningkatkan risiko strok kerana ia mengurangkan aliran darah ke otak. Bagaimanapun, kajian ini tidak menemui  kaitan antara migrain dgn mana-mana jenis serangan jantung atau kematian disebabkan oleh penyakit kardiovaskular.
pil pencegah kehamilan oestrogen.
              
         Justeru, para penyelidik menyarankan wanita muda yg mengalami migrain dgn aura agar tidak merokok dan menggunakan pencergahan kehamilan yg bebas oestrogen.. Macam mana wanita-wanita semua gerun tak dengar hasil penyelidikan diorang ni.
                  
         Jangan risau tak ramai wanita yg merokokkan!,..oklah ni je info untuk perkongsian aku ngan korang semua terutamanya wanita jumpa lagi.....bye3!!!!!!.


Sumber: Utusan Sarawak........

14 ulasan:

ILA HonEyBuNNy berkata...

kena jaga kesihatan neh....;-)

ya...sekarang nampak macam ramai ja wanita merokok..memula terkejut...skrg tak pun..sebab dah biasa tgk..;)

Ungu Violet berkata...

assalam..

alhamdulillah setakat nih sakit kepala biasa2 aje... tak sampai tahap migrain lg..:)

thanx info..:)

Fathiah Hamim berkata...

nasib baek takd migrain lagi. alhamdulillah

Run Away berkata...

memang bahaya kan..kene mencegah migrin dulu..mencegah dari awal lebeh baik..

Azah Rahaman berkata...

alhamdulilah :D

iza berkata...

Assalam...
Tak pernah migrain rasanya..tapi pernah rasa sakit kepala yg amat sgt sebab tidur lewat, masa tu rasa macam nak ambil hammer ketuk kepala..

Diari Si Froggie berkata...

bahaya jugak eh.. Alhamdulillah buat masa sekarang cuma sakit kepala biasa saja. Harus jaga kesihatan mula dari sekarang.

btw nice info :)

Ummi_R❀salici❀us berkata...

alamakkkk risau ni... skrg byk assignment la, selalu tension, kesian kat otak saya.... huhu
tp alhamdulillah tak penah dpt migrain lg...biasa2 saja

Cikgu Ma berkata...

ermmm...saya plak suka berfikir..banyak sangat hal yg difikirkan...

hyz berkata...

kalau lelaki plak? sy rasa sy ada migrain gak. kalo saket pale tu aduhaiiiii

abghani berkata...

bahaya penyakit nie

EmpayarUtama berkata...

Aku selalu migrain tp aku lelaki, ada can juga ke? Takotnyer

CintaKhadijah berkata...

alhamdulillah..xde migrain lagi.. mntak2 dijauhi..^^

yusuflaili(Goku) berkata...

Salam blogger terhurmat;

@#ILAHoney-
Ramai ke wanita merokok sekarang?..

@#UnguViolet-
kena berjaga2 maknanyalah ya.

@#FathiahHamim-
Lagi mudalah belum 45thun lagi..masa mudalah kena berjaga2.

@#RunAway-
Betul tu..cegah lebih baik dari merawat..

@#Azza-
sama2 doakan yg terbaik..

@#iza-
Sakit kepala biasa tak apa..jgn sakit kepala disebabkan fikiran dan hati kacau..

@#AidaOmar-
Betul setuju sangat sebenarnya lelaki pun sama..

@#Ummi-
Hati2 ya jgn terlalu memaksa diri untuk sesuatu yg merunsingkan fikiran kita...

@#CikGUMa-
Berfikir yg positif tak apa..

@#hyz-
Lelakipun sama juga tal bleh lari punya cuma peratus berbanding wanita kurang...

@#abghani-
mahunya tak bahaya..siap dgn strok lagi....

@#EmpayaUtama-
lelaki ada can jugak..cuma rendah berbanding wanita..

@#cintaKhadijah-
betul..tu,mintak2 sihat2 selalu.

Check Page Rank of your Web site pages instantly:

This page rank checking tool is powered by Page Rank Checker service