mungkin disini yang anda cari.!!

Pengikut dihormati

9 Nov 2011

Ujian dan Ganjaran Allah SWT.!!.

                   Assalamualaikum, dan salam 1blogger,
          Lagi entri tentang kehidupan dan agama, bukanya apa sekadar bertukar pandangan dan pengalaman dengan korang semua termasuk aku sekali,yang baik kita ambil bersama dan yang tak baik kita jadikan sempadan.......
Sujudlah pada-Nya selalu andainya kita diuji
           Cubaan dan ujian Allah ke atas para hamba-Nya tidak sama dan ia dialami  dlm bermacam-macam cara, ada yg diuji secara batiniah dan ada juga diuji dari segi lahiriah. Adakalanya kita disulitkan dengan penganiayaan dan tipu daya sesama insan yg sentiasa memunsuhi kita. Adakalanya kita disulitkan dgn masalah kewangan,ekonomi yg tak menentu dan kerjaya yg runcing.
         Ada pula yg dicuba-Nya dgn pekara-pekara yg menyentuh peribadi seperti krisis rumah tangga dan masalah kekeluargaan. Sesungguhnya dunia ini dijadikan Allah SWT sebagai tempat percubaan dlm segala hal, kita tidak terkecuali dari diduga dan diuji oleh-Nya. Yakinlah bahawa semua ujian itu utk melihat sejauh mana ketabahaan dan kesetiaan kita terhadap-Nya.
Di kota lagi besar dugaannya.
          Dengan erti kata lain, segala ujian yg diturunkan oleh-Nya akan diiringi dengan ganjaran-ganjaran berupa rahmat sebagai penyudahnya. Besar atau kecil rahmat dan kebaikan nanti akan setimpal dgn besar atau kecilnya cubaan dan ujian yg diterima hamba-Nya. Allah SWT menjadikan dunia sedemikian rupa(penuh dgn kepahitan/kemanisan hidup sebagai ujian)supaya kita tunduk dgn kekuasaan-Nya dan tidak hanyut disibukkan dgn hal-hal keduniaan yg berlebih-lebihan.
Tak kurangnya juga ujian hidup di desa.
         
         Orang kaya susah dgn hartanya yg bertimbun-timbun semantara orang miskin susah dgn  keadaan yg serba kekurangan. Allah sengaja menjadikan sifat manusia seperti itu supaya dgn kesusahan tersebut manusia tidak mudah lalai atau tertipu dgn keseronokan dunia yg sementara dan akan berusaha menghampiri-nya dlm menyelesaikan masalah mereka.
Disinilah kita menyerahkan segala-galanya.
           Justeru, dengan mengingati Allah kita akan faham bahawa kita sebagai hamba-Nya perlu berkorban utk mentaati perintah dan menjauhi larangan-Nya. Salah satu manifestasi ketaatan kita akan perintah Allah adalah dengan menyemai dalam diri dan bertindak secara ikhlas utk memberi dan menyumbang ke jalan-Nya.........


         Sebenarnya entri ni penyudah pada entri aku yg lepas iaitu "keperluan Vs tujuan",oleh kerana bicaranya panjang maka aku buat 2 entri. Oklah setakat ni je perkongsian kita tentang info agama ni yang baik kita kongsi bersama dan yg tak baik kita hindar bersama jumpa lagi...bye3!!!!!.



20 ulasan:

LydSunshine berkata...

Salam, ujian miskin biasanya org mampu hadapi. Tapi ujian kekayaan ramai yg failed bila mereka jadi lupa diri dan tak ingat Allah. Saya baru je siapkan entry tentang ujian ni tapi akan auto publish 2 hari lagi. Heheh.

Unknown berkata...

ujian datang kadang2 kita tak sedar

vblogklasik berkata...

ujian tu ibarat cikgu disiplin kat skolah. Garang tp mendidik. :D

Ungu Violet berkata...

assalam...

yep..idea yg boleh kita kongsi bersama..:)

setiap ujian yg datang pasti untuk mendekatkan diri kita kpdNya...

semoga kehidupan kita diberkati olehNYa..:)

ILA HonEyBuNNy berkata...

ya...org kaya atau susah masing2 ada dugaannya..yang org kaya lagi besar kan dugaannya kadang2 Allah berikan..

apa pun..pasti ada hkmh d sebalik dugaan Allah berikan...

Fathiah Hamim berkata...

makin kaya makin banyak cabaran and ujian kadang2.
yang penting, kena tabah menerima nya

Daddylicious berkata...

Ujian dan dugaan yang datang selalunya hebat2 belaka dan apa yg perlu cuma berserah dan redha seadanya...insyaallah.

Cik tikah berkata...

Allah akan bagi ujian yg mampu kita atasi kan? :) be strong..

Cikgu Ma berkata...

hakikat ujian adalah nikmat..

yusuflaili(Goku) berkata...

salam semua;

@#LydShunshine-
tak boleh lari dai ujian Allah..tak kira siapa Raja,menteri,pembesar,rakyat,kaya,miskin mahupun binatang sekalipun.

@#BeaNmorenO-
Tanpa dipinta,tanpa diundang ianya akan dtg bukan sekali malah berkali-kali.

@#Fikri-
Boleh diumpamakan bergitu..garang tapi penuh dgn pengajaran.

@#UnguViolet-
betul..makin berat ujian makin kerap kita serah diri kepada-Nya dan makin besarlah ganjarannya.

@#ILAhonney-
Allah SWT maha adil dan lagi bijaksana...

@#fathiahHamim-
Berwaspadalah selalu dengan harta kita sendiri..sbb ianya boleh menjerat tuannya sendiri..

@#Daddylicious-
Ya..Tiap ketentuan datang dari Allah SWT,bersabar dan bertawakal selalu tiap kali didatangi ujian.

@#CikTikah-
Ya..sememangnya Allah mengharapkan kita mampu mengatasinya..

@#cikGuMa-
Betul,tiap yg berlaku dimuka bumi ini seperti bencana alam adalah rahmat dari Allah SWT..jangan ditangasi atau disesali sebaliknya insafi dan selami kejadian tersebut.

Cikgu Ma berkata...

mun sik salah, kwan kmek ngajar sk spaoh..tapi sik ingat sapo...guru j-qaf...

dalila berkata...

kita sebagai umatnya sentiasa diuji...

Nizam Ijam berkata...

bersyukur dengan apa yang ada..

FR berkata...

Allah uji kita dgn apa yg kita mmpu hadapi kan ..
Allah knows best apa yg tbaik utk kita :)
kalo tadak dugaan pn, kta pn myb tak kuat nk hdapi bnda2 lain dlm hdup ..

Ummi_R❀salici❀us berkata...

syukron~~ :)

iza berkata...

Assalam...
Setiap orang diberi ujian yang berbeza dengan orang lain tapi Allah tak akan beri ujian yang tak dapat ditanggung oleh hambanya.

hyz berkata...

sabar dan redha dengan ujiannya.... dari situ kita boleh insafi diri dan perbaiki apa yang kurang....

Nasz berkata...

betul tu. bila susah, ingat Allah. bila senang pun, ingat Allah. baru hidup rasa tenang.

yusuflaili(Goku) berkata...

salam blogger;

@#CikGuMa-
Kawan kita lakikah mpuan?..orang sri aman juakkah?.

@#DalilaHamid-
Dan akan sentiasa diuji bila2 masa dan ujian dtg dlm berbagai bentuk.

@#NijamIjam-
Betul,sentiasa bersyukur atas rahmat-Nya.

@#fathiahRAIHANA-
Tiap ujian yg datang akn memperkasakan kita sendiri andainya kita tabah menghadapinya.

@#Ummi-
syukur selalu dlm hidup..

@#iza,
bergantung kepada kekuatan,ketabahan dan keimanan sesorang sebenarnya...

@#hyz-
Betul,kita sentiasa serba kekurangan walaupun kita kaya sekalipun.

@#NasZ-
Maknanya kita sentiasa ingat Allah walaupun kaya atau susah..

ctk berkata...

tuhan sentiasa mengingati kita :)

Check Page Rank of your Web site pages instantly:

This page rank checking tool is powered by Page Rank Checker service