mungkin disini yang anda cari.!!

Pengikut dihormati

24 Nov 2011

Melayu baru mudah lupa asal usul.!!.

                  Assalamualaikum dan salam 1Blogger;
          Sebelum meneruskan entri aku kali ni aku harap jangan adanya diantara kita terasa tersinggung dgn entri ni, aku sedar tajuk ni agak panas sedikit terutama pada generasi baru. Sebagai org melayu aku rasa wajar untuk aku memberi pendapat dan pandangan aku mengenai tajuk diatas.
   
 Dua orang tokoh ni sering memperkatakan nasib orang melayu..
    
         Blogger sekalian,wajarkah atau betulkah "melayu sekarang ni mudah lupa asal usul" menurut pandangan Dato' Seri Utama Dr.Rais Yatim dan  kata-kata Mantan PM Datuk seri Dr.Mathadir dulu iaitu "melayu mudah lupa". Sebagai org melayu aku rasa kita harus sedar atau renung secara mendalam kata-kata dua tokoh terkenal ni..
Lambang kewujudan orang-orang melayu harus dipertahankan.
     
        Atas dasar apa atau alasan apa Dato'seri Utama membangkitkan isu ini?, mengikut cara keluahan dan teguran yg dilontarkan tokoh-tokoh ni nampak ada kerisauan dan kebimbangan dihati mereka mengenai kedudukan orang-orang melayu di Malaysia abad ini dan akan datang. Adakah melayu akan hilang pada tahun 2020 nanti? atau adakah tanah melayu ini akan hanya tinggal nama saja?
    
 Mungkin ini yang dibimbangkan atau ditakuti pemimpin melayu menjelang tahun 2020

       Mungkin disebabkan kita bukan pemimpin atau org penting, maka kita tak nampak kepincangan melayu sekarang berbanding melayu dulu atau mungkin kita belum lahir pada masa dulu sehingga menyebabkan kita tak nampak perbezaan yg ketara antara melayu dulu dgn sekarang. Apa-apapun mungkin ada kebenaran juga kata-kata pemimpin melayu tersohor  kita ni, melihat akan cara hidup dan pemikiran org melayu di zaman moden sekarang.
           Aku sebagai rakyat melayu bisa hanya dapat membuat andaian mungkin kerana budaya, adat resam dan sopan santun org melayu  yang terkenal tu sudah hilang, atau mungkin ada sebab-sebab lain yang boleh memecah belahkan org-org melayu itu sendiri, atau sesuatu yang lebih dahsyat/buruk akan menimpa nasib melayu seperti apa yg pemimpin kita bayangkan...
Mungkin kita akan hilangnya selama-lamanya.
       
       Aku tertarik dengan ungkapan kata-kata Dato' Sri Utama sewaktu menjawab pertanyan wartawan tv minggu lepas beliau berkata "melayu sekarang tak mencari atau berusaha mempertahankan  sesuatu yg sepatutnya menjadi milik mereka tapi terkapai-kapai mencari sesuatu yg sepatutnya bukan milik mereka"..Hingga kini aku masih terfikir  maksud sebenar kata-kata pemimpin dunia penyiaran kita ni, bagaimana korang boleh tafsir kata-kata Dato'Seri Utama ni?...
Berpegang pada-Nya necaya melayu teguh.
  
          Oklah...setakat ni je yg aku kongsikan dgn korang semua nak cakap banyak takut aku tak layak pulak maklumlah aku bukan pandai sangat, cuma sekadar melontar sedikit pandangan, mungkin korang lebih arif tentang hal ni untuk dikongsikan bersama....Jika entri aku ni ada menguris perasaan, tersalah bahasa dan ejaan  harap mintak diajar dan minta maaf banyak-banyak bkn sengaja sekadar berbicara sesama kita melayu......jumpa lagi bye3..!!!.
      
       

14 ulasan:

abghani berkata...

DR M masih hebat

LydSunshine berkata...

melayu sibuk mengejar 'pembangunan' dan 'kemodenan' tapi dalam masa yg sama, tak sygkan tanah yg mereka miliki. Sian org melayu dan makin me'layu'.

hyz berkata...

salah satu sebab ialah teknologi... teknologi semakin hebat, tapi melayu makin hancur.. sebab tak gunakan teknologi ke arah yang betul. polotik jugak salah satu melayu hancur. sebab kuasa, melayu tergadai,,, tak tahu la akan datang mcm mana...

Run Away berkata...

memang dari dulu kot melayu mudah lupa...;d

CikGu Ma berkata...

tak kira bangsa apa pun, lupa adalah fitrah manusia...

jom baca =_=
oh lelaki!!

Pink Diary berkata...

so true, very agree.
dunia materealistik membuatkan bangsa kita lupa, mementingkan diri, sanggup menabur fitnah utk kepentingan sendiri...

PeRmAtA bIrU berkata...

hurm..isu nih punya maksud yang mendalam.. sangat dalam... memang kerisauan bila melayu makin hari hanya lebih bersifat penting diri sendiri... suka dengki dan iri hati walau sebangsa yang sedang berbakti... melayu memang mudah lupa kawan, mudah lupa kedudukan dan mula lupa pada pegangan..hurm...semoga generasi akan datang bukan lagi melayu yang mudah alpa dan lupa....

yusuflaili(Goku) berkata...

salam reader dihurmati,

@#abghani-
Dr.M memang hebat...byk kata2 hikmat yg dilontarkan..

@#LydSunshine-
laksana Pak Pandir.."menang sorak kampung tergadai".

@#hyz-
Punya utama adalah Politik,Politik yg keterlaluan,Politiklah yg merubah dan merancang segala-galanya...

@#RunAway-
Sejarah telah membuktikan pengkhianatan melayu sesama melayu ,bangsa asing hanya sebagai watak pembantu..

@#CikGuMa-
Betul tu cikgu,..tapi melayu beragama islam seharusnya tidak cenderung kearah itu...

@#PinkDiary-
Sepatutnya pembangunan dan kemodenan yg dicari selari dgn hukum2 agama kita Islam..Islam tak menolak kemodenan dan pembangunan.

@#PemataBiru-
So..Tak perlulah kita marah disebabkan oleh kata Dr.M dan Dato'Seri Utama,sememangnya benar dan kita harus menerimanya dengan hati terbuka dan berusaha untuk mengatasinya..betul tak?.

Ungu Violet berkata...

salam..

yep...melayu mmg selalu lupa & alpa..

suka jugak dengki bila tengok org lain berjaya...huhu

anitadiana berkata...

tun terbaikkkkkkkkkkkkkkkkk.....i like...

Elie Lily berkata...

mungkin agak sensitf bila bercakap tentang ini..tapi kita kena tepuk dada tanya selera kan? btw, TUN memang hebat! :)

Shorim Kasih berkata...

terbaik bro ulasannya..melayu mmg mudah lupa wlupun adakalanya tak lupa tp buat2 lupa smata2 mengejar apa yg bukan milik mereka..

Lea Isnawi berkata...

benar kata Dr M,

Melayu Mudah lupa

hihi

yusuflaili(Goku) berkata...

salam reader,

@#unguViolet-
bagus juga dengki dgn kemajuan org lain ni..tapi biarlah dengki untuk kebaikan/membina..

@#anitadiana-
aku anggap beliau sebagai leganda melayu abad ini..tiada pengganti..

@#ElieLily-
Betul,ada sedikit sensitif tapi kalau diambil dari segi positif seharusnya kita berterima kasih pada kedua pemimpin ini kerana menyedarkan kita melayu dari hanyut....

@#ShorimKasih-
Yang buat2 lupa tulah yg seharusnya memberi respone akan kata2 pemimpin ni...

@#LeaIsnawi-
Ayuh bangsaku!..kita sama2 jgn lupa lagi,ambil kembali apa yg sepatutnya milik kita mertabatkanlah bangsa kita dgn cara/acuan kita sendiri..

Check Page Rank of your Web site pages instantly:

This page rank checking tool is powered by Page Rank Checker service