Assalamualaikum dan salam 1blogger;
Tinggal 4 hari lagi sekolah akan cuti panjang hujung tahun bermula 19 november 2011, maka sempena cuti-cuti ni maka aku ambil peluang ni nak kongsi tip utk bercuti. Tip bercuti ni sesuai untuk yang telah berkeluaga khasnya yang mempunyai baby, sebelum merancang hendak bercuti dimana-mana saja bacalah entri ini sebagai panduan.
Jika cuti sekolah tahun ni percutian pertama dengan bayi korang, pasti korang panik dan bingung memikirkan apa yg patut dibawa utk memastikan keperluan bayi korang perlu ada atau mencukupi. Bagaimanapun dgn jumlah bagasi yg terhad, tidak mungkin korang boleh membawanya kesemuanya sekali, apatah lagi jika percutian korang memakan masa yang lama atau bakal menaiki pesawat.
Sebenarnya tidak sukar membawa barangan bayi berbanding orang dewasa kerana bayi tidak cerewet berkaitan dgn pakaiannya, kecuali barang makanan dan minuman bayi tidak akan berkompromi. Jadi untuk keselesaan perjalanan atau semasa percutian korang sebelum berangkat baik sediakan senarai barangan bayi yang perlu dibawa:
Dimasa dalam perjalanan percutian korang pulak sediakan keperluan bayi korang dalam beg dgn tali dibahu ataupun backpack yg boleh dibawa masuk dalam pesawat didalamnya isikan;
"Kepada blogger dan reader yang merancang utk bercuti selamat bercuti"
Info: utusan Sarawak(stail.destinasi)........
Tinggal 4 hari lagi sekolah akan cuti panjang hujung tahun bermula 19 november 2011, maka sempena cuti-cuti ni maka aku ambil peluang ni nak kongsi tip utk bercuti. Tip bercuti ni sesuai untuk yang telah berkeluaga khasnya yang mempunyai baby, sebelum merancang hendak bercuti dimana-mana saja bacalah entri ini sebagai panduan.
Lagi elok cuti dalam negara. |
Jika cuti sekolah tahun ni percutian pertama dengan bayi korang, pasti korang panik dan bingung memikirkan apa yg patut dibawa utk memastikan keperluan bayi korang perlu ada atau mencukupi. Bagaimanapun dgn jumlah bagasi yg terhad, tidak mungkin korang boleh membawanya kesemuanya sekali, apatah lagi jika percutian korang memakan masa yang lama atau bakal menaiki pesawat.
Bingung nak cam mana nak bawak... |
Sebenarnya tidak sukar membawa barangan bayi berbanding orang dewasa kerana bayi tidak cerewet berkaitan dgn pakaiannya, kecuali barang makanan dan minuman bayi tidak akan berkompromi. Jadi untuk keselesaan perjalanan atau semasa percutian korang sebelum berangkat baik sediakan senarai barangan bayi yang perlu dibawa:
1. Selimut bayi
2. Satu atau dua set pakaian sehari
3. Makanan dan minuman
4. Jus dan susu fomula
5. Pam susu
6. Lampin
7. Travel cot(boleh pinjam dari hotel)
8. Tempat duduk bayi dlm kereta.
9. Tisu basah,pembersih tangan dan tuala.
10. Baju sejuk,topi,sarung tangan,skaf dan stokin.
11. Krim pelindung dari cahaya matahari.
12. Alat mandi, sabun,losyen dan pelbagai keperluan bayi
13. Ubat-ubatan.
Bagasi yang sebergini menyusahkan kalau ada bayi bersama. |
1. Dua lampin tambahan pakai buang
2. 1 set pakaian
3. simpan ubatan utk bayi.jika ubatan bentuk cecair pastikan bawa dlm saiz yg kecil kerana sesetengah peraturan pesawat melarang membawa cecair dlm kuantiti yg banyak/besar.
Ada beg macam ni pun boleh jugak yg penting bayi selesa, terpulang. |
Jika semua barangan ini disediakan,bayi korang pasti selesa sepanjang perjalananpercutian korang,asalkan bayi tidak terjejas oleh perubahan cuaca. Jadi nikmatilah percutian dengan sepenuhnya dan korang akan dapati bercuti dengan bayi sebenarnya adalah menyeronokan dan bukan seperti yang korang gambarkan sebelum ini.
Macam mana tip-tip "percutian bersama bayi anda" yg aku kongsikan bersama korang..boleh dipakai tak?. Jangan bimbang ni cuma tip sebagai panduan bagi yang tak pernah je, bagi yang dah biasa diorang oklah tak menjadi hal punya..oklah jumpa lagi dilain entry..Bye3!!!!."Kepada blogger dan reader yang merancang utk bercuti selamat bercuti"
Info: utusan Sarawak(stail.destinasi)........
9 ulasan:
Bukan bayi je Yusuf. Kanak-kanak pun sama je kalo tak selesa meragam. Heheh.. Cuma bezanya kanak-kanak bleh bitau kalo dia nak apa. Bagus jgk tips ni. Nnt bleh la saya apply bila saya ada ank dan nak bercuti nnt.
hehe..
banyak juga barang2 bayi ya...patut la dulu mama suka bawa beg besar2...dan selalu merungut napa bawa beg besaq2 untuk adik bongsu tu..kekekke
betul tu..kalu gi mana pun anak2 barang yg penuh kereta...
musim hujan sekarang nie
Assalam..
Aku baru plan nak bercuti ke Medan. Rasa macam banyak pulak nak bawa barang baby ni kan? Lagi senang bercuti dalam negara je..segalanya boleh muat dalam kereta dari utara ke selatan..
singgah n follow..:-)
kalau anak ramai...kereta kecik mmg tak muat...huhu
salam semua;
@#LydSunshine-
betul..semua kena diambil perhatian.
@#ILAHoney-
Bayi ni kalau dia meragam..semua kerja tak boleh dibuat kerananya..bercutipun jadi tak seronok..
@#anitadiana-
kekadang mengalah barang org dewasa..
@#abghani-
hujan sekarang ni rahmat ke atau bencana?
@#iza-
jauh medan tu..kalau gitu selamat bercuti bersama baby baru..
@#akuEnot-
Ok..terima kasih awak..
@#UnguViolet-
Kalau tak muat jugak catar bas...
comel nyer baby tu kat beg tu hekhek...;d
Catat Ulasan