mungkin disini yang anda cari.!!

Pengikut dihormati

25 Okt 2011

Kubur diceroboh!!!.

                      Assalamualaikum,selamat sejahtera;
         Kali ni aku nak kongsi kisah atau peristiwa mencuri pulak ngan korang semua.Sekarang ni bukan rumah,kedai,bank,surau dan masjid je yang menjadi sasaran perompak malah kubur pun kena rompak juga..Ishhh ,macam-macam hal sekarang ni.
Sekadar gambar hiasan.
         Kes selongkar dan curi barang berharga dikubur  bukan asing lagi kat Sarawak. Kes terbaru berlaku di Miri Sarawak,berita ni tersiar diakbar tempatan pada ahad lepas 23 oktober 2011. Dua bentuk cincin dan seutas rantai emas bernilai rm6.000 dilarikan perompak setelah berjaya menyelongkar kubur tersebut.
Kubur kristian sering jadi mangsa pencuri
          Peristiwa ni berlaku pada sebelah malam diperkuburan kristian Lambir,miri sarawak,kesan ceroboh ni disedari oleh pekerja kubur disebelah pagi berikutnya.Waris iaitu isteri kepada simangsa/mayat yakin pencuri ada menyaksikan upacara pengkebumian mendiang suaminya pada hari itu.
Tiong Hua pun jadi mangsa juga.
           Kes curi kubur ni berlaku sehari selepas mayat itu dikebumikan dan pihak polis masih membuat siasatan berhubung kes ni,tiada sebarang tangkapan dilakukan setakat ini.
          Inilah cerita yang aku kongsikan pada korang semua,mungkin korang belum baca lagi kes ni..maklumlah kes ni hanya disiar di akhbar utusan sarawak je..oklah jumpa lagi.....bye!!!!!.

     P/S..Sebab tulah Islam melarang umatnya bila mati jangan bawak apa2 benda kecuali amalan semasa hidup!!!.

22 ulasan:

iza berkata...

Assalam...
Dulu aku ada dgr Cina dikebumikan sekali dengan keretanya...susah pulak nak curi kan..hehe...

caer sasuke berkata...

dahsyat sgguh..x terbyg..

Abang Long berkata...

Salam...rasa takut atau jijik hilang bila orang desperate.

Nasz berkata...

memang tak tahu langsung pasal perkara sebegini kalau takde orang tulis dalam blog. thanx inform.

abghani berkata...

kena pasang cc tv kt kubur nie.

yusuflaili(Goku) berkata...

Salam belogger terhormat;

@#Iza-
Kereta tu tak boleh pakai lagi..kadang2 sengaja dirosakkan baru ditanam..

@#mohdsasuke-
Pencuri/penjarah ni sangup buat..semi duit bunuhpun diaorang sangup.


@#AbangLong-
Dia orang mana ada rasa takut lagi BangLong jauh sekali jijik,kadang2 bukan setakat sebijik kubur diorang gali malah sampai 5 biji.

@#NasZ-
Yakah...kat tempat awak tak ada kes curi/selongkar kubur ke?.

@#abghani-
Yelah..persatuan kubur2 kristian atau cina harus berbincang pasal pasang Cctv ni.

ctk berkata...

lor..yg pegi letak barang kemas bagai tu kenapa lak.huhu


*ct selalu ltk selalu pic sorg2 sbb pic ni ct amek diam2..malu la nk ajak staf bergamba..nti dia kata ct gile bergamba..hOhO...tp apepon lau ct berjaya tangkap gamba dOrng, ct ltk k..jgn mrh2..hehe

james vanna berkata...

Bagus juga entry ni...kat tempat aku memang selalu ni berlaku...Bagus juga kalau mati tak bawa apa.

amranaiman berkata...

curi. oh pencuri :P

Ungu Violet berkata...

assalam..

dorang ni...selagi benda tu boleh dicuri...kat kubur pun jadi...huhu

Nizam Ijam berkata...

diorang tanam sekali dengan harta...tu la kene curi...

Vidic berkata...

gila juga bos ... dlm kuburan pun memncuri ka ??? hahaha

yusuflaili(Goku) berkata...

salam dan sejahtera semua;

@#jamesVanna-
betul tu james,..kubur kristian selalu jadi mangsa.diorang tahu adat org Iban /cina mesti tanam barangan berharga bersama simati.

@#amranaiman-
nama manis utk pencuri kubur ni "penjarah".

@#UnguViolet-
janji boleh jadi duit..hentam saja!!.

@#NizamIjam-
Ya..memang dah adat diorang.Terutamanya adat Iban di Sarawak sejak zaman nenek moyang lagi..

@#PORUMAN-
Sekarang ni pencuri tak pilih bos..janji ada duit,lagipun senang rompak harta org dah mati.

Unknown berkata...

ada juga yg mcm ni yer...mencuri berbagai cara...

kalau sudi baca :

http://sun3tpini.blogspot.com/2011/10/segmen-kancil8349-kartun-animasi-yang.html

Faieza Maddaru berkata...

uhu....kalau niat jahat, x kan tkut apa dah..emm

Zul fattah berkata...

patut r, kubur kristian.. erm..

EmpayarUtama berkata...

satu malam satu kubur, dapat 6 ribu. sebulan korek 20 kubur je humang aiiiii 120 hibu tu; pakcik kayo! :)

Unknown berkata...

kubur dh kena pasang security!!

Roti Telur berkata...

perhh.berani depa mencuri dekat kubur noh. ahhakzz.

yusuflaili(Goku) berkata...

Salam blogger semua;

@#santri-
ada kalau kat sarawak kes jarah kubur ni memang selalu berlaku..byk juga dah kena tangkap.

@#FaiezaMaddaru-
Diorang mana ada istilah takut hantu..hantupun takut dengan diorang.

@#ZulFattah-
sebab kubur diorang ada tanam harta karun...

@#EmpayaUtama-
Kadang2 satu mlm dapat korek 2-3 biji kubur..memang boleh kaya beb!!.

@#Coolman-
mungkin dlm perbincangan diorang kot.

@#RotiTelur-
Demi duit..membunuh pun sanggup.

LydSunshine berkata...

Dua-dua pihak pun salah. Keluarga si mati tu ngape pegi letak barang berharga dlm kubur. Dan pencuri plak... mencuri itu berdosa. Sekian.

yusuflaili(Goku) berkata...

Salam;

@@#LydSunshine-
yelah..memang salah..mungkin lepas ni diorang harus pikir balik perlukah simati ditanam bersama2 barang beerharga ni..

Check Page Rank of your Web site pages instantly:

This page rank checking tool is powered by Page Rank Checker service