mungkin disini yang anda cari.!!

Pengikut dihormati

28 Okt 2011

Duduk terlalu lama pendekkan umur.!!

                     Assalamualaikum;selamat sejahtera;
          Moga korang semua sihat dan ceria selalu,entri aku kali ni nak kongsi info yang aku jumpa dalam paper utusan Sarawak mengenai "kesan" duduk lama sangat, boleh cepat mati...betul ke? takut juga aku dengar info ni.
Awas pada yang ngadap komputer tu.
          Untuk memastikannya marilah kita sama-sama baca satu kajian terbaru yang dilakukan di Australia. Menurut kajian mereka, semakin lama org duduk setiap hari semakin besar peluang untuk meninggal lebih awal.Kajian tersebut melibatkan 260 ribu lelaki/wanita di new south wales kesihatan mereka dicatat dari tahun 2006
banyak kesan sampingan lain.
        Mereka yang duduk lebih dari 10jam sehari mempunyai 48% peluang lebih tinggi untuk mati cepat berbanding mereka yang aktif duduk kurang dari 4jam. Pengkaji Profesor Adrian Bauman dari school of Public Health di Universiti Sydney mengatakan mereka yg aktif bekerja mengunakan tenaga fizikal jarang menghadapi masalah ni berbanding yang bekerja sambil duduk di kerusi.
Mungkin cam ni jadinya.
           Semakin lama anda duduk dalam sehari,tambah profesor lagi,semakin cepatlah anda kearah kematian. Ekoran dari itu sangat penting bagi mereka bekerja secara duduk seharian menambah waktu bersukan dan menjadikannya rutin harian serta  rajin bersukan iaitu sekitar sejam sehari akan terhindar dari kesan duduk lama.


Info;..utusan Sarawak post 23 Oktober 2011/25 Zulkaedah 1432H(ahad)

12 ulasan:

Zul fattah berkata...

ahh... biaq betul ni? hari ni, satu hari duduk atas krusi.. patut r sakit paha ni..

Ungu Violet berkata...

assalam

ade gak dengar pasal nih...agaknye asik duduk jer..kita jadik xaktif...termasuk la jantung kot...so rajin2 la regang2kan badan yer...:)

ctk berkata...

biag betul..lau duduk sambil nari2 bOley?

Run Away berkata...

nasib baik lew..sy memang tak rajin duduk..kat tempat keje jew duduk....;d

Nilam suhana berkata...

hurm... duduk terlalu lama juga tak baik... tdo terlalu lama juga tak baik.. jalan terlalu lama juga x baik... bersederhanalah dalam setiap kelakuan..kan?

Nizam Ijam berkata...

mak ai..menakutkan..hehe

Unknown berkata...

uihh...biar betul? mcm tak caya jer ni...kena beringatla lepas ni kalau duduk lama2... anda di tag dalam segmen ni:

http://sun3tpini.blogspot.com/2011/10/jom-join-bloglist-laman-ayahsu-november.html

yusuflaili(Goku) berkata...

Salam 1Blogger;

@#ZulFattah-
yalah..akupun terbaca dim paper jugak ni..

@#UnguViolet-
Aku rasa ada logik jugak..mana tak asik duduk je..buntutpun naik kematu.

@#ctk-
macam mana kalau kita ngadap laptop sambil menerap..tak yah duduk.

@#RunAway-
Agaknya awak Blogwaking sambil menerap yer...

@#PeMataBiru-
Banyak juga benda tak leh dilakukan dengan terlalu lama..semuanya kena serdahana..

@#NijamIjam-
aku takut dengar info ni....

@#Santri-
Bukan aku kata Pakar yang kata jadi sama2lan kita beringat..

fatema berkata...

heheh pasni nak online kena sambil joget2 sket .. duduk lama sangat pun sakit blakang..so sometimes mmg takleh nak elak..lagi2 time tengah musim exam mmg berjam2 ler duduk...

Rean berkata...

uish! bahaya duduk lama2 ni..

yusuflaili(Goku) berkata...

Salam;

@#littleimie-
Bukan tak leh duduk lama2.maknanya lepas duduk lama kena rajin buat senaman...

@#iMBobo-
Yang penting kena senam hari lepas buat kerja yang sambil duduk.

EmpayarUtama berkata...

Duduk saja x buat buat apa-apa mungkin kot. Profesor tu cam tertinggal satu group. Dia kena asingkan satu kumpulan yang lumpuh yang memang kena duduk sepanjang masa dan tengok jangka hayat mereka juga pastu baru letak dalam kajian dia

Check Page Rank of your Web site pages instantly:

This page rank checking tool is powered by Page Rank Checker service