Assalamualaikum,selamat sejahtera;
Banjir oh banjir !!.,,Nilah tajuk entri aku kali ni,macam mana tempat korang dilanda benjir tak?.Sekarang dunia heboh tentang banjir teruk melanda Thailand, dah 2 minggu negara tu dilandar banjir yang turut melumpuhkan ekonomi dan aktiviti harian rakyat disana.
|
Kanak2 suka nak main air. |
|
Ruang dapur yang dimasuki air. |
Di kampung akupun sekarang ni dilanda banjir taklah seteruk di Thailand nun. Malam tadi aku sempat ambil gambar rumah/jalan yang ditenggelami air paras 1kaki, tugas aku ialah memantau persekitaran/tempat yang yang sering dinaiki air saban tahun.
|
Rumah salah seorang penduduk kampung. |
|
Binteng pasir dibena utk menghalang air masuk. |
Syurkurlah keadaan paras air tidaklah ketahap yang membahayakan setakat ni, hanya beberapa buah rumah dan kedai je yang dinaiki air paras 1kaki.,Biasanya di,tempat saya banjir hujung tahun akan berlaku 3 kali dlm setahun, banjir yg pertama biasanya parah 1kaki je dan yang ketiga melebihi 2kaki tahap yang bahaya dan penduduk yang terlibat diarahkan berjaga2 untuk berpindah.
|
kedai makan yg turut dimasuki air pasang/hujan lebat dipekan Spaoh. |
Banjir mlm ni merupakan yang kedua utk tahun ni..dan akan berlaku sekali lagi yang ketiga mungkin dalam bulan november atau disember. Kami sebagai anggota JPAM memang ambil berat akan perkembangan banjir dikawasan kami dari masa kesemasa tahun ketahun.
|
Tuan kedai makan bersama pembantunya dibahagian dapur. |
Biasanya di kawasan Betong banjir sering berlaku akibat hujan lebat tanpa henti disertai dengan air pasang besar disungai. Fenomena pasang besar serta hujan lebat semalaman sering berlaku di kpg-kpg bahagian Betong terutama pada hujung tahun, kerajaan negeri masih belum dapat mengatasi masalah ni hingga sekarang walaupun sudah berbagai cara dilakukan. Projek menambatan tebing sungai yang menelan kos beribu-ribu turut gagal disebabkan struktur tanah ditebing sungai tidah kukuh berlumpur sering runtuh setiap hari.
|
Pasar pekan Spaoh. |
Aku sebagai penyelamat memang sudah biasa bertugas apabila banjir berlaku tiap-tiap tahun dan sebagai org biasa dan penduduk disini memang rasa kesal tentang masalah banjir terutama kepada mangsa banjir yang tak pernah selesai, kebanyakan mangsa banjir adalah saudara dan ahli keluaga aku sendiri.
|
Belia kampung yang sedia membantu |
Banjir air pasang ni dah berlaku 3 hari dah, mengikut pekiran fenomena ni akan berakhir 3hari lagi dan akan berlaku lagi dlm hujung bulan 11 atau 12.Yang aku pic tu adalah kat kampung aku malam tadi iaitu kampung hulu Spaoh Betong. Oklah setakat ni jelah perkongsian ngan korang semua. Macam kat kampung korang sering dilanda banjir tak?..kalau ada mungkin korang tahu bertapa penatnya bila berlaku banjir...moga jumpa lagi bye3...!!!!!!.
22 ulasan:
bnjir.. musim hujan skrang ni..
ada lintah tak???
eiiii
kesiannyer...mesti penat nk angkat2 barang lagi..
lps banjir, nk kena cuci lagi..
bersabar ye..
kt area umah ct xpernah kena lg..
maybe kawasn tinggi..
Assalam...
memang penat mencuci lantai bila terkena banjir...
Salam,
Cubaan.....
sy bru buat en3 sal banjir..sana dh banjir ek?
tempat abg li kena banjir ? mak aii.. dah start dah
take care banjir
wah...bajir ar...memang penat kalau bajirkan...memang teruk kena cuci kat dalam rumah....
Salam reader tersayang;
@#kotakBulat-
Kat sini hari2 ujan mungkin hingga ujung tahun..
@#LeaIsnawi-
Bukan takat lintah,buayapun naik jugak..tahun lepas sekor buaya terperangkap bila air surut kat dapur rumah.
@#ctk-
Sudah tentu penat barang2 eletrik dan lepas abis banjir kena angkat lagi sekali..
@#iza-
Lumpur usah cakap tebal 2inci..lengoh lengan dibuatnya..
@#AnakTeruna-
cobaan demi conaan ..!!!.
@#ArraAhmad-
Dah mula dah..tapi lagi tahap ok..hujung tahun ni mungkin yg terbesar..
@#ZulFattah-
Yalah..! baru banjir kecil..bulan 12 sekali lagi yg paling besarlah.
@#abghani-
Terima kasih..moga tiada yang kehilangan nyawa.
@#RunAway-
Kesiankan?..udahlah penat banyak pulak perabut yang rosak..ayamitekpun hilang entah kemana..
banjir..penat nk mncuciii rumahh. wuuuuuuuu
bersyukur duduk kat Malaysia
umi kat perlis... bimbang jugak nih kalau siam banjir, bagi kesan jugak dekat2 situ... semoga tak seteruk yang dulu....
terima kasih buat penyelamat semua! :)
Kesiannya, 3 kali setahun? Memang bawah paras laut ke? Jenuhla nak mengemaskan; aku tumpang simpati
ehmmm memang musim dia laa ni.. Hehe..
pernah dilanda banjir. memang penat membersih rumah yg penuh dengan lumpur.
kesian sape2 yg kena banjir tu...air & letrik pun xder...huhu
Salam...kesian kpd mangsa. Apa2pun aku respek engkau bro kerana sudi membantu mereka yg sedang dlm kesusahan mcm tu walaupun itu tugasan...
banjir dh dekat.. wuuu ready2 wat persiapan :P
Salam blogger semua;
@#Peto-
Penat memang penat gila dibuatnya..
@#JaNnaH-
Harap2 tak seteruk mana/
@#Ummi-
Setahu aku Perlis sering jugak dilanda banjir teruk...
@#EmpayaUtama-
Ya..bawah paras laut 3thn sekali memang sudah semulajadinya.
@#Rotitelur
Musim banjir dah bermula....
@#NasZ-
tapi rasa penat hilang jugak bila org ramai sebuk cuci rumah masing2.
@#UnguViolet-
dahlah kesejukan eletrik pulak tiada,terpaksa bergelap pada waktu malam.
@#AbangLong-
Tiap2 tahun BangLong kami buat kerja ni ditempat yang sama..terpikir jugak kenapa tiada perubahan...
@#amranaiman-
Ya..betul tu..penduduk yg tinggal ditepi sungai dan dikawasan rendah harus berjaga2 dan sentiasa mendengar siaran radio atau tv.
Kalau org yg terkena banjir selalu rasa malang. Sebab umah saya kt kampung pun selalu gak kena banjir. Tp kalo fikir balik, banjir [yg biasa-biasa] ni lebih baik drpd umah terbakar yg apa pun tak sempat di selamatkan. Semua hangus. Kalo banjir, at least masih sempat buat persediaan. Kemas barang skit2. tp, apa-apa pon, musibah tetap la tak best. Cuma kena sabar la kan.
Salam;
@#LydSunshine-
Betul kata awak musibah kebakaran lagi sedih sbb biasanya tak ada satu benda pun dapat diselamatkan,kerana kejadian kebakaran ni disifatkan mengejut.
Catat Ulasan