mungkin disini yang anda cari.!!

Pengikut dihormati

4 Okt 2011

Dendam tak sudah!!

                 Assalamualaikum dan selamat sejahtera;
            Entry yang ke63 kali ni berkisar tentang Dendam....tentunya korang tahu apa itu dendam,mungkin ada diantara kita yang pernah simpan dendam atau pernah didendami oleh org lain.
ihsan pakcik google
   
           Dendam ataupun  Vengeance dlm bahasa inggeris merupakan satu perasaan yang lahir dari perasaan benci atau marah dan sakit hati yang amat mendalam seringkali dipendam secara rahsia oleh sesorang individu, dendam ni juga boleh lahir dari perasaan irihati dan hasrat dengki.
Luahkan perasaan marah.
   
           Sejarah telah membuktikan dan kita pernah lihat serta dengar bahawa dendam ni sering membawa kepada kehancuran kepada kedua2 pihak, malah agama islam melarang kita menyimpan sifat dendam sesama manusia maka sudah jelas disini dendam itu haram.
          Tapi masalahnya di sini kenapa masih ada sifat bergini dalam diri manusia lebih2 lagi umat islam?.Apakah sipendendam puas hati setelah dendam terbalas?,seronokkah hati melihat mangsa merana,merintis dlm kesakitan?,bahagiakah hati melihat org lain sengsara?.
Rawat hati yang pedih dan sakit
    
           Sebenarnya sikap dendam yang keterlaluan boleh menyebabkan kita kehilangan keupayaan berfikir,kemurungan,badan lemah dan otak pun mula menyusut sedangkan tekanan dan aliran darah tak keruan..ini semua akan menjejaskan prestasi kerja dan akhirnya diri sendiri yang merana.Belum dikira lagi rupa dan nasib simangsa dendam, yang jelas kedua2nya merana langsung tiada keuntungan dari mana2 pihak.Oleh itu jangan sesekali berdendam andainya anda disakit walau seteruk mana sekalipun bertawakallah nescaya Allah akan beri ganjarannya,dan janganlah sakiti org lain terimalah apa yang ada pada kita dengan seadanya.
Lawan sakit hati dengan jalan Allah
    
         Oleh itu berhati2lah korang semua termasuk aku kerana manusia sebergini ada dimana tempat kerja,rumah,jiran,sahabat taulan mahupun adik beradik.jangan kita ingat kita baik dengan semua org maka kita lepas dari semua ni,harus diingat tak semua org sukakan kita ada yang benci disebalik senyuman manis.
        Oklah...setakat ni je cerita aku untuk tatapan bersama,aku bukannya apa sekadar beringat sesama kita. Harap2 tiada yang simpan dendam ngan aku kerana entry ni....Bye3.!!!!!!!!!!!!

P/S..paling aku takut dendam yang berpanjangan iaitu dendam tak sudah.
       
 
                 
                 
                           

23 ulasan:

Mrs Lurve berkata...

takut jgk kalo org yg suka simpan dendam2 nie..minta2 dijauhkan.

abghani berkata...

aku bukan pedendam...mudah maafkan seseorang

iza berkata...

Assalam...
Takut juga ada orang yang berdendam dengan kita secara diam..
Bila teringatkan sesuatu peristiwa yang melukakan hati, kadang-kala kita rasa serik untuk meneruskan persahabatan (tapi bukan la bermaksud dendam)

LydSunshine berkata...

mintak dijauhkan la hendaknya.

yusuflaili berkata...

Salam blogger;

@#MrsLurve-
sama2 kita mintak dijauhkan dari benda ni.

@#abghani-
baguslah bergitu..perbanyakan sifat sabar dan sifat pemaaf.

@#iza-
inipun satu langkah yang betul..yg penting kita maaf je dari jauh lebih2 org yang liat ni.

@#LydSunshine-
Harap2 simpang malaikat 44.

Klik Aje ! berkata...

Dendam lebih kurang sama dgn hasad dengki... sifat yg kurang matang.

Abang Long berkata...

Salam...dendam memang tak elok tapi ada dendam yg orang seronok....iaitu rindu dendam...hehe

amranaiman berkata...

aku takut lurah dendam..T_T darah idung bah.. haha entri yg menarik.. bagus2 :)

NA berkata...

Betul tu jauhkan diri daripada berdendam dan berhati-hati dengan orang.

-wina1979-

ctk berkata...

arap2 xder org berdendam ngan ct stelah bnyak yang ct lakukan..ct cube berubah tuk jadi yang lebih baek :)

p/s :dulu ct pon berdendam tp bila dipikirkan balik, sampai bilakah???dan kini ct sudah memaafkannya :)

Zul Fattah berkata...

jgan risau Abg saya tak berdendam dgan sesiapa pun

Ummi_R❀salici❀us berkata...

selalunya kita manusia susah nak memaafkan...
ada pun, senang memaafkan, tapi sukar melupakan...
parah bila pendam, lama-lama jadi dendam...

yusuflaili berkata...

Salam blogger&reader;

@#Klikaje-
sifat yang lebih kepada bisikan syaitan..

@#AbangLong-
Yelah terlupa juga tadi..ada juga dendam yang seronok "rindu dendam".

@#amranaiman-
TQ..bro,lurah ni maknanya T_T ajelah..

@#NA-
Sebenarnya kita bertawakal jelah..kita tak boleh lari sebenarnya sbb dendam akan sentiasa menghampiri kita...

@#ctk-
Bagus tu dik..tak baik berdendam buang sifat tu..kalau org dendam dgn kita kita berserah jelah ye,dan berdoa agar dia berubah.

@#ZulFattah-
Tak apa budak Rayban aku percaya kau budak baik..

@#Ummi-
betul tu sejarah dendam ni bermula sejak manusia pertama lagi iaitu kisah dendam anak nabi Adam..memang payah untuk dikikis dihati manusia.

jelah berkata...

owg laki jarang berdendam...owg pempuan kebaykn ske berdendam..

Nizam Ijam berkata...

bahaya gak berdendam nie..

hyz berkata...

jauhkanlah sifat2 dendam ni...

yusuflaili berkata...

Salam reader dan blogger;

@#jelah-
perempuan ni dlm dendamnya dan lelaki lebih kepada fizikal..

@#NizamIjam-
Betul..berpunca dari sakit hati lahirlah dendam kesumat..

@#hyz-
Mudah-mudahan..amin.

si kiut lavender berkata...

law asyik berdendam sampai bila pun tak habis..

hidup nih terlalu singkat nak wujudkan perasaan dendam dlam diri,sebab ianya bukanlah satu keindahan

Zik berkata...

dendam jangan lama sangat dipendam... kelak diri sendiri yang akan merana.... so just let it go.... kena banyakkan istighfar.. insyallah...

Ungu Violet berkata...

xyah la dendam2...doakan aje org lain bahagia..:)

ctk berkata...

yess..itulah yg ct buat sekarang...xkemana pon dendam ni..takOt makan diri plak :)

yusuflaili berkata...

Salam blogger kesayanganku;

@#siKiutLavender-
setuju sesangat dgn awak tiada keindahaan langsung bila berdendam ni..

@#Zik-
Dendam ni kalau dipendam diri merana,kalau dilepas org merana mcm kes simbah asid ni..kesian.sipelaku tak juga untung last2 kena tangkap juga menyesal tak sudah.

@#UnguViolet-
Tak ada ruginya kita maafkan je..lagipun kita dpt ganjaran dari Allah..untung dunia akhirat.

@#ctk-
Bagus satu jalan kearah kedamaian..

FarhanahAdzlan berkata...

maaf tu lahh pengubat sgalanya..
sebab tiada maaf dan ego berlebeyhan tu lahh jadi dendam2 ni..=)

Check Page Rank of your Web site pages instantly:

This page rank checking tool is powered by Page Rank Checker service