mungkin disini yang anda cari.!!

Pengikut dihormati

21 Okt 2011

Biar mati anak jangan mati Adat..!!.

                       Assalamualaikum,selamat sejahtera;
         Tengok tajuk je korang mesti faham maknanya,tiada siapa yang tak tahu lebih-lebih lagi org melayu yang kaya dengan adat. Masyarakat dulu memang memandang berat tentang adat malah lebih dari segala-segalanya..mengikut peribahasa ni mereka rela mati anak bini daripada hilang adat....bergitulah besarnya penangan adat seolah-olah melebihi daripada Agama.
Adat perkahwinan kita.
           Mengapakah adat terlalu penting sehingga sanggup kehilangan keturunan sendiri?..siapakah yang mencipta adat Tuhan atau manusia?..andaikata anak-anak kita dibunuh akibat melangar adat siapakah pulak nak menjunjung adat seterusnya.
Adat dalam pertunangan.
            Itu cerita orang dulu-dulu dan sekarang ni masih relevankah pepatah tu digunapakai sekarang?.nak tanya korang sikit sanggupkah korang dibunuh anak kerana melanggar adat?..sedangkan banyak lagi yang melanggar agama Islam tapi tak dibunuh atau buat-buat tak tahu je...Manakah lebih penting adat atau Agama?.dah tentu ramai yang jawab kedua-duanya lebih penting persoalannya mampukan kita menjaga kedua-duanya sekali,takut pula terlebih jaga adat sehingga diabai hukum-hukum agama jadi dosa pulak....
Pinjam pakcik Google
             
          Bagi aku kedua-duanya perlu tapi lebihkan kepada Agama..sbb hukum agama adalah benar,tak ada siapa boleh ubah suai walau macam mana keadaan sekalipun, semua umat islam mempercayai kekuasaannya, sedangkan adat dicipta oleh manusia untuk menentukan peraturan atau undang-undang bangsa itu sendiri,adat yang tak sesuai atau yang bertentangan dengan ajaran islam harus diubah atau dibuang dlm masyarakat kita...
Pinjam dari pakcik Google.
                     
       Sebenarnya ini pandangan aku sorang je sekadar untuk berbicara ngan korang apa yang aku fikir mengenai peribahasa  yang aku fikir kejam bunyinya..


                       Oklah....jumpa lagi dilain entri aku bye3..!!!!
   




12 ulasan:

Zul fattah berkata...

fulamak.. entry ni matang r abg li.. erm.. bagi saya la, adat ni tak penting pun.. yg penting.. hukum Islam itu sendiri..

contoh :
bertunang.. itu just adat..
yg wajib kahwin je..

hyz berkata...

adat ni x buat pn x pe.....

ctk berkata...

rsenyer pepatah tu da xrelevan..sbb tu ramai yg xsyg ank..adat xnk malukan family, smpai ank pon dibunuh..huhu

Nilam suhana berkata...

betul tu... kenapa adat harus dibesarkan sedangkan agama diremehkan.. hurm...

saya sangat setuju dengan entri nih... :)

Unknown berkata...

anak mati bagaimana adat nk diteruskan!!huhu

yusuflaili(Goku) berkata...

Salam blogger terhormat;

@#Zulfattah-
Bertunang ni ukur baju dibadan sendiri..ya tak?,lagipun membazir kalau buat sampai ribu2 juta2.

@#hyz-
kadang2 ada setengah tempat wajib buat kalau tak binasa 7 keturunan org melayulah ni...

@#ctk-
betul juga tu..dari pepatah ni je dah nampak kita tak sayang anak..

@#PermataBiru-
kalau ambil kira pepatah ni..mereka lebih pentingkan adat bangsa dari segalanya..

@#Coolman-
Mungkin tinggal org tua je yang junjung adat,sbb otg muda dah byk mati dibunuh..hahahaaa!!.

Run Away berkata...

salah tu..kalau sy biarlah mati adat..anak mana leh matikan.....;d

Nasz berkata...

adat yang berlandaskan agama itu yang patut dikekalkan. pendapat saya je.

EmpayarUtama berkata...

Pepatah tu biasanya digunakan untuk tingkahlaku tak baik anak-anak yang telah menconteng arang ke muka ahli keluarga. Contohnya kalau sepasang kekasih dah terlanjur; kedua pihak pula bersetuju untuk langsungkan pernikahan maka segalanya dijalankan seperti biasa. Tapi jika ada yang tak setuju katalah belah lelaki - sanggup anaknya dihantar ke penjara untuk terima hukuman atas kesalahannya. Haaa ini pandangan peribadi aku aaaa :)

EmpayarUtama berkata...

Tambah sikit lagi (huhuhu); gambar-gambar tu adalah 'adat resam masyarakat mengikut kaum' dan tak de kena mengena dengan pepatah 'biar mati anak jangan mati adat' dan ini pun keluar dari kotak fikiran aku sendiri :)

yusuflaili(Goku) berkata...

Salam;

@#RanAway-
Ya anak2 mana boleh mati..tentu dengan kesalahan dilakukan mengikut undang2.

@#Nash-
Adat agama atau adat yang tak melanggar peraturan yang telah ditentukan oleh ajaran islam harus dikekalkan.

@#EmpayarUtama-
Terima kasih atas komen yg panjang lebar ...adat kita berhubung kait dengan bangsa,ada bangsa ada adat tak salah sebenarnya.mana2 bangsa didunia memang ada adatnya tersendiri..persoalannya mahukah kita mati anak kerananya..semata2 kerana anak dan sampai bila ianya berterusan?..sedangkan membunuh adalah satu dosa besar disisi agama Islam.

LydSunshine berkata...

Dah byk benda-benda adat yang kalo tak dibuat masyarakat akan anggap pelik. COntohnya bersanding semasa kawen, hntaran mahal-mahal, dll.

Check Page Rank of your Web site pages instantly:

This page rank checking tool is powered by Page Rank Checker service