mungkin disini yang anda cari.!!

Pengikut dihormati

1 Sep 2011

Tak dengar nasihat..bawa padah.!!

                                                   Assalamualaikum;
      Tak sabar2 bawa padah!!.ni aku nak cerita sedikit satu peritiwa semasa hariraya ke-2 kat kampung dimana semua orang akan menziarah orang yag telah tiada di tanah perkuburan ,kebetulan raya-2 aku tak duty cuma on call jadi bolehlah bawa anak bini berziarah dipekuburan.
Ahli keluaga aku didepan kubur mak aku meninggal pada 2007
          Biasalah susana ditanah perkuburan pada raya ke-2,penuh sesak dengan manusia, nak cari tempat parking pun payah..datang awal bolehlah parking depan sekali tapi susah nak balik awal sebab kereta dah kena blok dengan kereta lain,kalau datang lewat terpaksalah parking jauh maka berjalan kaki 200 ke 300 meter lah jawabnya.
Kereta diparking  kiri dan kanan jalan,susah nak keluar masuk
           Aku tak awal sangat sebab aku pakai motor je, senang sikit semantara anak bini tumpangkan kat kereta saudara mara.Nak dijadikan cerita ni ialah sikap tak sabar sepupu aku ni semasa bawa kereta,tugas mamat ni pemandu kepada keluaga sebelah bini dia,oleh kerana keluaga ramai terpaksalah antar 3kali ulang alik ditanah pekuburan,jarak pekuburan kekampung adalah 4 kilo kalau ulang alik jadi 8 kilolah.
Pihak polis dan Jpam terpaksa kawal lalulintas.sesak!!
          Mamat yang seko ni merangkap sepupu aku gila sikit bawa kereta,tak masuk nasihat,aku dan rakan2 yang lain dah pesan dah jangan bawah laju sangat jalan sesak dan licin sebab hujan pada pagi tadi dia jawab ok,ok.........dan akhirnya disatu selekoh yang tajam!!!

  Ni dia aku dah agak dah..yg dlm gambar tu mamat donggol tulah padan muka.!! 

             Nasib baik tak ada penumpang lain kerana masa tu dia tengah nak ambik keluaga kat kampung trip kedualah,dia pilak tak mengalami apa2 kecederaan.Aku bila lihat keadaan cam tu apa lagi aku bantai(marah) abislah mamat tu,menyusahkan sungguh nasib baik tak mati.!! 


P/S..sama2lah kita ingat pada keluaga kita yang telah tiada..Al-Fatihah.(maaf kualiti gbr aku tak bagus Hpon murah je)                  


11 ulasan:

-Incek Fik- berkata...

Pandu cermat jiwa selamat,
Moga Raya kita dicucuri Rahmat!

Zul fattah berkata...

apa la.. tak dengar nasihat sngat.. tu la..
lain kali bagi la nasihat tu masuk dlam tlinga tu sikit.. .

Vidic berkata...

nah .. sapa suruh x dgr ckp -- itulah jadinya

IMANSHAH berkata...

kan..

Tokanpuakajoran® Cikgu Budr berkata...

Bumi yang mana tidak ditimpa hujan...al fatihah kepada yang tiada..

yusuflaili(Goku) berkata...

selamat raya dan merdeka;
@#incekfik-
betul tu..ingat yang tersayang.

@#ZulFattah-
Mamat ni memang cam tu
org nasihat dia diam je mcm tunggul.

@#Poruman-
tulah bila dimarah dia ni diam je..susah dengan sepupu aku yang sekor ni..

@#Imanshah-
tq..memang dia dah kena tu..tapi gerenti tak serik.

@#Tokan-
Amin

Zik berkata...

kalau hujan2 ..memang takut nak bawak laju... jalan memang licin... lagi2 kalau tayar dah botak...

yusuflaili(Goku) berkata...

Salam;

@#Zik-
betul tu lebih2 lagi bawak motor mcm aku ni..nak masuk simpang time hujan berhati2.

kotak bulat berkata...

eh.. nsib baik selmat.. ish2..

eyna lollipop berkata...

adeh...
padam muka plak..
hehe..
cam klaka pon ade...
pape pon sabo ye..

al-fatihah untuk arwah mak..

yusuflaili(Goku) berkata...

Salam;

@#KB-
Nasib dia baik kali ni...

@#eynalollipop-
tulaa..kadang2 angin satu badan juga bila tengok mamat ni..tapi bila terkenangkan anak bini di kesian pulak...TQ..Amin

Check Page Rank of your Web site pages instantly:

This page rank checking tool is powered by Page Rank Checker service