mungkin disini yang anda cari.!!

Pengikut dihormati

30 Mei 2011

MAMPUKAH KETUA MASYARAKAT BANTU PANTAU HARGA BARANG?

                    Baru-baru ini Menteri Perdagangan dalam Negeri,Koperasi dan kepenggunaan bahawa tugas sebagai  pembantu Pegawai Pengguna akan dipikul oleh ketua-ketua Masyarakat (ketua kampung). Penulis terbaca cadangan ini dalam akhbar Utusan sarawak bertarikh Isnin 23,mei 2011 dalam ruangan Wawasan Pengarang.
                              
                  Pada 4 Mei lepas harga petrol RON97 naik 20 sen kepada RM2.90 seliter disebabkan kenaikan harga minyak mentah dunia. Bagaimanapun,pada 9 Mei 2011kerajaan juga mengumumkan kenaikan harga gula melalui Ketua Setiausaha KPDNKK Datuk Mohd zain Mohd Dom sebanyak 20 sen, iaitu daripada RM2.10 kepada RM2.30 sen sekilogram. Beliau menegaskan kenaikan harga gula ini adalahlah sebagai langkah untuk merasionalisasikan harga runcit gula itu dibuat selaras dengan keputusan masyuarat Majlis Ekonomi,
                
              sebelum masyuarat itu beliau menambah kerajaan terpaksa menanggung subsidi sebanyak Rm400j setahun. Atas pengumuman ini kerajaan bimbang peniaga akan mengambil kesempatan keatas rakyat terutamanya diluar bandar. Bagaimanapun langkah untuk memantau semua peniaga di negara ini supaya tidak menaikan harga barang sesuka hati berikutan kenaikan harga minyak dan gula.


                                 
                        Sedar akan jumlah peniaga di Malaysia bukannya sikit dan luas serta berselerak terutamanya diluar bandar tugas memantau bukannya mudah tambah lagi jumlah pegawai yang sedia ada tidak mampu memikul tanggungjawab ini,
                    
pihak Kementerian mencadangkan pihak swasta,dan badan bukan kerajaan prihatian terhadap harga barang. Usaha terbaik kerajaan ialah dengan memberi kuasa kepada Pemimpin dan ketua masyarakat untuk dilantik sebagai pemantau di daerah atau di kampung masing-masing.
                 
 Penulis setuju dengan cadangan ini kerana ketua kampunglah yang paling hampir dengan penduduk dan peniaga selain itu mereka disegani masyarakat setempat. Melalui ini juga kerajaan dapat menjimatkan kos daripada menambah pegawai baru secara tetap mahupun sementara seperti sebelum ini yang sering menemui jalan buntu.

                                          
              Masalah ketua masyarakat mampu tak mampu tak menjadi persoalan ini kerana memang sudah menjadi kewajibpan mereka memastikan kehidupan anak-anak buah terbela lagi pula sebelum memulakan tugas baru ini mereka akan di beri kursus khas tentang tugas tersebut...."Ayuh ketua Masyarakat Sahutlah Seruan Bangsa,Bantulah Rakyat dan Kerajaan".

Tiada ulasan:

Check Page Rank of your Web site pages instantly:

This page rank checking tool is powered by Page Rank Checker service