Usaha Kerajaan melalui Kementerian Pendidikan dalam meningkatkan taraf pendidikan di Malaysia amat dialukan. Beratus juta di belanjakan setiap tahun untuk merangka melaksana program-program pembelajaran dan pendidikan dari Tadika hinggalah lepasan sekolah semuanya untuk melahirkan Modal Insan yang berjaya,
berdaya saing selari dengan tuntutan dunia Global sekarang untuk mencapai hasrat itu kerajaan telah menekan beberapa elemen perlu di ajar dan untuk ruangan kali pertama ini saya bincangkan empat dari pada eleman-elemen tersebut seperti dibawah;
1.Pendidikan
2.Sukan
3.Disiplin / Sosial
4.Agama
Dari segi Pendidikan memang tak dinafikan usaha kerajaan menampakan peningkatan jika dibandingkan zaman dulu, ramai anak - anak kita berjaya hingga ke menara gading malah ramai yang telah berjawatan tinggi dalam kerajaan mahupun swasta dan kita juga dapat melihat peningkatan dalam keputusan peperiksaan Upsr, Pmr, Spm dan Stpm setiap tahun.
Sekadar gambar hiasan |
Sekadar gambar hiasan |
Dari segi sukan Kerajaan membelanjakan berjuta ringgit melalui Kementerian Belia dan sukan serta badan-badan sukan yang terlibat untuk membangunkan sukan diperingkat sekolah hingga lahirlah sekolah-sekolah sukan di Malaysia bagi sekolah biasa ditempatkan guru-guru khas dalam bidang sains sukan. Sukan yang sedia ada di sekolah sekarang di naik tarafkan sehingga wujudlah MSSR, MSSM DAN MASUM. Tak di nafikan ramai atlit (pelajar) yang berjaya diperingkat antarabangsa lahir dari program tersebut.
Sekadar gambar hiasan |
Kerajaan tidak terlepas pandang terhadap golongan Belia lepasan sekolah untuk maju dalam bidang ini, banyak program sukan di adakan untuk golongan sasar ini termasuklah kemudahan-kemudahan sukan dibina di pelusuk Desa atau Kampung, baru-baru ini kerajaan akan merancang program untuk Belia di Malaysia iaitu program Himpunan sejuta belia yang berlansung diseluruh Negeri dimana program itu nanti diresmikan oleh Perdana Menteri sendiri, pengisian program pula penuh dengan aktiviti belia seperti hiburan, sukan, riadah, permainan, minda, permainan lasak dan pameran semuanya demi melahirkan masyarakat atau model Insan yang mantap dari pelbagai sudut.
gambar hiasan |
Dari segi Agama, sosial dan disiplin inilah yang masih gagal dalam ojektifnya membina Modal Insan sepenuhnya. Dalam hal ini sebenarnya Kerajaan tak terlepas pandang cuma mungkin pendekatan atau modul yang dirangka tidak berkesan atau tidak bersesuaian dengan alam sekitar atau kurangnya penglibatan dari semua pihak..Dalam pengamatan penulis kalau dibandingkan disiplin pelajar (golongan sasar) sekarang dengan dulu jauh perbezaannya ibarat langit dan bumi.
Gambar hiasan |
Soal sosial pelajar pula malas saya nak ceritakan kita dapat melihat sendiri bagaimana tingkah laku pelajar sekarang. Sebenarnya dalam soal ini kita tak boleh menunding jari yang baiknya kita sama-sama memerah otak membantu Kerajaan dalam mengatasi gejala sosial ini,mungkin bagi pandangan penulis adalah lebih baik kita gunakan pendekatan sistem sekolah dulu-dulu dimana ketaatan pelajar terhadap guru, ibupada dan orang lebih tua amat di titik beratkan, hendak bertentang mata dengan guru pun tak berani inikan pulak nak melawan cakap guru. Kalau takpun cadangan saya kita masukkan mata pelajaran Hukum dan undang-undang sebagai Teks wajib diperingkat rendah atau menengah atau kedua-duanya sekali.
Sekadar gambar hiasan |
Dalam buku teks Hukum dan Undang-undang ditekankan kesalahan serta hukuman yang akan dihadapi pesalah sebagai contoh kesalahan mencuri,membunuh,rogol,menipu.ugut,samseng,kesalahan jalanraya dan banyak lagi kesalahan yang termaktub dalam undang-undang Malaysia.Sebenarnya ketidak seimbangan empat elemen ini tidak akan mencapai dalam membentuk mudal Insan yang berjaya sepenuhnya,setinggi manapun pendidikan seseorang kalau PR dan pendidikan Agama kurang tak ada guna juga. Sedar tak sedar kita terlepas pandang atau mengambil mudah mendidik anak-anak kita dalam soal Agama,Salsiah,Peradapan demi dek mengejar kepentingan Akedemik semata-mata.
Apa-apapun ini hanyalah dari sudut pandangan penulis saja, kalau ada tersilap sama-samalah kita perbetulkan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan