Baru-baru ini kerajaan mengumumkan harga gula naik sebanyak Rm0.20sen, menjadikan harga sekarang ialah Rm2.30sen sekilo. Kerajaan dibawah Kementerian Perdagangan bermatian menyelaraskan harga barangan terkawal ini di seluruh Negeri. Namun apa yang berlaku sebaliknya harga Gula masih tidak seragam di beberapa Negeri terutamanya kawasan diluar bandar.
keratan akbar Utusan Sarawak |
gula bersubsidi |
Penulis difahamkan Pegawai dari Kementerian Pengguna tidak pernah datang memantau Pekan-pekan di luar bandar ini menyebab peniaga diluar bandar sesuka hati menaikkan harga barangan. Sebagai kerajaan yang dipilih seharusnya bersungguh-sungguh dalam menangani masalah rakyat.bagi mengatasi masalah tersebut kerajaan menyarankan agar mengurangkan penggunaan gula disamping baik untuk kesihatan
tapi sejauh manakah saranan tersebut berkesan memandangkan penggunaan gula amat meluas bukan sekadar untuk memancuh minuman malah banyak kilang-kilang besar mahupun kecil memerlukan gula sebagai bahan asas.Walau bagai manapun gula tetap menjadi pilihan.
Penulis harap pekara seperti ini di ambil perhatian sepenuhnya oleh pihak yang berkenaan terutamanya di luar bandar, kerana pendapatan penduduk di luar bandar jauh lebih rendah berbanding di bandar......
Pesan Penulis "kurangkan Gula dalam minuman lebihkan gula dalam senyuman".
Tiada ulasan:
Catat Ulasan