Dalam PR Sarawak ke- 10, umum mengetahui BN menang 55 kerusi dan 16 kerusi di rampas oleh pembangkang. Ini bermakna BN sekali lagi diberi mandat memerintah Negeri Sarawak. Kalau di bandingkan dengan keputusan PR tahun lalu (2006) ternyata pengundi BN jauh merosot malah ada kerusi yang dibawah BN selama ini jatuh ketangan pembangkang iaitu dari 4 empat kerusi tahun lalu kini hilang 12 kerusi, ini menandakan kemerosotan mejoriti yang amat besar.
Mengapa dan kenapa pengundi BN selama ini beralih angin?. Apakah pengundi sudah bosan atau patah hati kepada pemimpin mereka atau kerajaan? . pengundi tahu bertapa selama ini kerajaan di bawah pimpinan PBB berusaha membangunkan kawasan mereka seperti kemudahan asas.kebajikan, kesihatan, subsidi, bantuan dan bermacam-macam lagi pembangunan yang sedang di rancang oleh kerajaan, dimanakah silapnya?.
Datuk Dauglas Uggah dan Yb Lowsen Chuat beserta Isteri Masing2. |
Lawatan PM ke Spaoh,bersama wakil BN Bukit saban,Layar dan Saribas.
Salah satu sebab BN kurang mejoriti adalah disebabkan oleh AJK parti peringkat Ranting dan kumpulan K30 tidak memahami tugas masing-masing, mereka keliru antara ranting dengan k30 malah lebih malang lagi ada di kalangan ahli yang di lantik tidak tahu menulis dan membaca. Dalam hal menyelesaikan kemelut tersebut ajk-ajk sering berbalah sesama sendiri sehingalah sampai hari mengundi masalah ini tetap berterusan,
oleh kerana asyik berbalah tugas sebenar mereka sebagai agen peraih undi BN dikawasan jagaan masing-masing tidak dijalankan dengan sempurna kalau adapun sekadar melepaskan batuk ditangga. Bagi saya inilah salah satu sebab mengapa BN kurang mejoriti di Spaoh tidak seperti tahun yang sesudahnya. Kekurangan tahun ini amat ketara emosi pengundi dimainkah oleh segelintir petugas parti sendiri selain daripada ketidak cekapan mereka mentabir ranting dan k30. Bagi saya sistem ranting dan k30 adalah paling terbaik dan berkesan digunakan untuk meraih hati pengundi.

Projek jambatan Berbuling,Spaoh
Untuk akan datang saya cadangkan agar pihak cawangan mengadakan kursus-kursus yang berkaitan kepada Ajk-Ajk Ranting mahupun K30, ini kerana kebanyakan Ajk-Ajk Ranting tidak memahami peranan masing-masing dalam sesuatu pertubuhan contohnya peranan Pengerusi,Setiausaha,Bendahari bergitu juga Ajk.Harap pandangan saya ini diambil perhatian demi perjuangan kita bersama dalam membangunkan taraf kehidupan kita yang lebih sempurna.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan