mungkin disini yang anda cari.!!

Pengikut dihormati

4 Jul 2012

Masakan Ayam Pansuh!!!.

               Assalamualaikum dan salam 1Blogger;
      Hallo!..hallo!..agak panas cuaca sebulan dua ni,dah hampir
sebulan  tempat aku tak hujan kering,haus,panas dan macam-
macam dirasa sekarang ni..
Gambar pinjam.
   
      Dua minggu lebih lagi ramadan akan menjelma,awal-awal
lagi aku nak pekenalkan masakan kegemaraan aku iaitu masakan
Ayam pansuh..
     Ayam pansuh ni adalah masakan tradisi kaum Iban di Sarawak,
ianya dimasak mengunakan sejenis buluh nipis seperti masal lemang
dan menjadi kegemaran masyarakat sarawak sekarang tak kira kaum.
    Ari ni aku share gambar dan cara-cara asas masakan panuh ayam
yang ringkas dan senang dibuat...siapa-siapa boleh buat budak tahun
enam pun boleh buat...Hehhehee!.
                                       Bahan-bahannya;
 
Ayam kampung lagi sedap dibuat Pansuh.
(daging yang sudah diperap)
   
Daun ubi bahan Wajib (asas)

Buluh nipis..bahan utama.
 

 ( untuk 6 orang )

  • 1 ekor ayam
  • satu ikat pucuk ubi kayu
  • buluh sederhana besar. ( kalau yg kecik tu boleh guna 2 ruas)
  • 3 batang serai (diketuk)
  • 3 ulas bwg putih & 5 ulas bwg merah( ditumbuk)
  • 2inc halia ( dihiris)
  • garam dan ajinomoto secukup rasa
  • boleh ditambah dengan umbut lengkuas supaya wangi...

Cara-cara

  1. potong ayam sederhana besar dan cuci bersih. ( jgn terlalu besar nanti x muat masuk dalam buluh)
  2. perap ayam dengan bawang, halia, serai, garam dan aji selama 3 minit.
  3. ambik pucuk ubi yang masih muda, cuci dan ramas menggunakan garam kira2 1/4 sudu teh ( jgn terlalu byk garam nanti masin)
  4. gaulkan daun ubi yang telah diramas sederhana lumat dengan ayam yang telah diperap tadi...
  5. cuci buluh terlebih dahulu kemudian masukkan ayam dan daun ubi yang telah digaul tadi.
  6. bakar buluh yang telah diisi ayam menggunakan api kayu (seperti membakar lemang)...
  7. setelah ayam mendidih, bakar lagi selama 30 minit
  8. apabila telah masak, tuangkan ayam kedalam mengkuk yang sederhana besar dn boleh dihidang.
  9. selamat mencuba...

Ayam dah diperap masuk dalam buluh.

Bakar macam bakar lemang..ujung buluh
sumbat dengan daun mengkudu,ubi atau
daun pisang.
dah masakpun..selamat mencuba!!.
 
     Aku rasa hidangan ni sesuai untuk berbuka puasa..selain ayam,ikan
dari sungai pun sedap juga dibuat pansuh ni dan lagi banyak bahan di
campurkan lagilah sedap contohnya daun kendawang,pucuk mengkudu
serai wangi,daun pandan dan macam-macam lagi mengikut selera masing-
masing...
    Oklah...selamat mencuba resipi dari Sarawak ni nanti kalau ada masa
aku share resipi dari sarawak yang lain pula dan jumpa lagi bye3!!!!!!.


10 ulasan:

Unknown berkata...

pandai masak yer.....

- AZIE - berkata...

nmpk mcm best je msk dlm buluh nie, tp kan..nak ngadap bahang kepanasan tue yg xsgup..

duniaanita74.blogspot.com berkata...

sedap nampak tapi tak pernah makan..ada jual ke kat k.l ne..

Diari Si Froggie berkata...

wah! mesti bau ayam tu wangi.. bau2 buluh plus lengkuas.

SHAHIDA SHIDA berkata...

wah macam best je...nak try lah,tap bukan skarang..

Unknown berkata...

nie kalau masuk masterchef tentu2 juara..

yusuflaili(Goku) berkata...

salam hormat;

@#saifulizam-
Bolehlah untuk diri dan kaum keluaga je...!!

@#MrsLurve-
Betul tu macam bakar lemang,api kena jaga selalu kalau tak abis rentung buluh tu..apinya kena kontrol.

@#anitadiana-
rasa-rasanya ada kot,..tapi aku ada share resipinya boleh cuba..

@#AidaOmar-
Perisa tulah yg menyedapkan lagi ayam pansuh ni..terutamanya bau aroma buluh dan lengkuas.

@#SHIDA-
Bila-bilapun boleh lagipun bahan2nya senang2 dan mudah dicari.

@#encikCool-
Pernah juara masak peringkant kempulan semasa aktiviti akthiar hidup...Ha!ha!haaaa!!.

ஜ miss klanika ஜ berkata...

lagi suka ayam masak kicap dan ayam masak sambal . simple kan ? keh3

ajax85 berkata...

sedap ke ayam 2..hehehe

Mohammed Faizal berkata...

wow...sedap gile ayam ni...macam pernah makan masa ddk kat sarawak dlu

Check Page Rank of your Web site pages instantly:

This page rank checking tool is powered by Page Rank Checker service