mungkin disini yang anda cari.!!

Pengikut dihormati

19 Dis 2011

Mati..hidup Semula!!..

                     Assalamualaikum dan salam 1Blogger;
            Lama jugak aku tak update blog nampak sunyi dan bersaranglah blog aku kali ni....Risau bila pikirkan keadaan blog yang ditinggalkan hampir 2 minggu.
            Bila bukak blog pagi ni, terasa hiba bila lihat ada juga kawan-kawan yang terjah blog ni walaupun ditinggalkan hampir dua minggu,terima kasih pada yang sudi menerjah walaupun tanpa sebarang entri baru...
Masa aku di Hospital daerah Betong sebagai pesakit luar.
    
            Terkenangkan tajuk lagu Jamal Abdillah "mati hidup semula" bergitulah yang terjadi pada aku dimana aku pada 14 hari bulan pergi hospital Betong kerana aku rasa sesak nafas, sebagai pesakit luar selesai dirawat dan di nap maka aku sihat dan balik kerumah..
Nafas sesak sangat tak tahan menunggu...
       
            Pagi 15 hb aku sesak nafas sekali lagi dan lebih teruk dari semalam hingga aku pengsan dan terus koma..bila aku bukak mata seorang datang pada aku (doktor agaknya) memberitahu bahawa aku sekarang berada di unit ICU Hospital Kuching (HUS) dan telah koma selam 1 hari 3 malam..
Rakan sebelah katil masa di wad Kuching.
                 
           Rupa-rupanya paru-paru aku rosak akibat kuat merokok bila di X-ray semuanya hitam, disebabkan sebulan ini aku kuat batuk maka kandungan oksigen dlm darah aku menurun paru-paru pula gagal berfungsi,bergitulah penjelasan dari Pakar kepada aku...
Ini dia `aku` perokok tegar..setelah keluar dari ICU rihat dikatil wad biasa Hospital Kuching.
                               
           Doktor yang merawat aku di ICU megatakan aku bernasib baik kerana boleh hidup kembali..menurutnya lagi, jarang yang selamat bila berada dalam keadaan kretikal seperti aku jadi dia nasihatkan aku agar bersyukur dan hargailah hidup untuk kali yang kedua ini dan jangan merokok!!.
          Setelah Doktor berbangsa Cina selesai bercakap berlinanglah air mata aku...lebih-lebih lagi bila memikirkan anak bini yang ditinggalkan jika aku ditakdirkan mati waktu itu.Masa aku koma banyak peristiwa terjadi pada aku..aku seolah-olah berada didunia lain sedang terkapai-kapai mencari jalan pulang sedangkan disekeliling aku gelap gelita..
         Oklah...setakat ni saja entri aku kali ini untuk korang semua,sebenarnya kisah ini benar dan ianya terjadi pada diri aku sendiri pada 14/12/2011.Dan sekarang aku dah mula bekerja balik seperti bisa..Bezanya sekarang aku tidak merokok lagi...Jumpa lagi bye3!!!!!!.


P/S...masa aku koma aku rasa sejam je aku pengsan...rupa-rupanya 3 malam 1 hari aku tak sedarkan diri..."Ya Allah!!!..sesungguhnys engkau maha berkuasa dan tiada yang mustahil melainkan dengan keizinan-Nya."
      
             

17 ulasan:

- AZIE - berkata...

masih diberi peluang..so hargailah kehidupan nie dgn lbh baik ok..TAK NAK Merokok

LydSunshine berkata...

Alhamdulillah. Bersyukur Yusuf masih diberi peluang oleh Allah utk hidup. Patutla lama tak update. Masa koma tu ada mimpi apa2 tak? Share la sebagai pedoman orang lain. Dan bersyukur Yusuf dah berenti smoking. Nak lagi mudah. Cuba cari Detox Foot patch yg tampal kt tapak kaki tu. InsyaAllah berkesan utk mengurangkan rasa ingin merokok.

LydSunshine berkata...

Yusuf, boleh tak saya share kisah awk ni di blog saya?

Cikgu Ma berkata...

nak share jugak boleh?

yusuflaili(Goku) berkata...

salam reader terhormat;

@#Diana-
sesungguhnya aku menyesal merokok dari mula banyak aku kehilangan kerananya...

@#MrsLurve-
aku tengah berjuang berhenti merokoklah ni..memang amat susah tapi aku mesti berhenti..

@#LydSundhine-
Terima kasih..memang ada peristiwa berlaku masa aku koma..bukan rasa seperti mimpi malah seolah2 benar2 berlaku,nanti aku ceritakan...Kalau nah share apa salahnya untuk pedoman rakan2 yang lain..

@#CikguMa-
silakan dengan senang hati..

Arra Ahmad berkata...

kebiasaannya mcm nilah..'sudah terhantuk baru terngadah'
syukurlah..anda masih diberi peluang,
:)

Puteri Kayangan?@#$%???? berkata...

Salam pekenalan .. alhamdulilah yusuf sudah selamat.. tak mau rokok2 lagi ha ..

banyakkan rehat ar yusuf .. mudahan segalanya berjalan dengan lancar ..amin :)

ILA HonEyBuNNy berkata...

Ya Allah..

terkejutnya baca kisah awk neh..

alhamdulillah..sekarang dah ok kan..jaga kshtn n dri baik2 k..

katakan tidak pada merokok...;)

Ungu Violet berkata...

kawan ungu dulu pun sama jugak mcm tuh..

dia kene copd sbb isap rokok...sesak nafas & batuk yg teruk..

skang dh berhenti isap rokok 100%...alhamdulillah dh sihat...

take care yer...semoga sihat sepenuhnya..:)

hyz berkata...

patut la x nampak2 kamo update entri baru. tertungu2 gak. alhamdulillah diberi kesempatan untuk kehidupan ke dua. so, hargailah dan tinggalkan tabiat yang merosakkan diri. ingat org tersayang.semoga sihat dan cepat sembuh k..

kainBuruk berkata...

sejahtera;
betul ke?..patutlah lama tak buat entri baru..syukurlah awak selamat ingat jangan merokok lagi

yusuflaili(Goku) berkata...

salam reader;

@#ArraAhmad-
Dulu ada juga yg tegur tapi aku buat dek je..sekarang dah kena baru nak berhenti kalau tak koma mungkin sekarang aku masih isap rokok.

@#MyLifeJourney-
terima kasih..sekarangpun aku masih mamai lagi sebenarnya..paru2 baru pulih.

@#ILAHonEyBuNNy-
kalau boleh pandang rokokpun tak nak..alhamdulliah sekarang aku ok je...

@#UnguViolet-
Aku harap dengan berhenti isap rokok ni kesihatan aku akan pulih seperti sedia kala.

@#hyz-
sememangnya aku amat hargai nyawa yang kedua ni..mungkin ada sebab Tuhan bagi aku peluang kedua..

@#KainBuruk-
sekarang ni..aku ok,batuk dah hilang dan nafaspun lancar sekarang..

fatema berkata...

salam.patutlah dah lama tak update.tak sihat rupanya,baguslah dah kuar hospital,ya better tinggalkan terus smoking tu..n take care.

Unknown berkata...

adoi menggerunkan!! bilalah aku nk berhenti hisap rokok nie..

amranaiman berkata...

moga sihat2 hendaknya :)

yusuflaili(Goku) berkata...

salam semua;

@#imiefatima-
aku dah 2 minggu tak merokok dah.

@#encikCool-
yang penting hati kita ikhlas nak berhenti merokok..

@#amranaiman-
terima kasih banyak2..

Koding berkata...

Ada mesej yang perlu diambil oleh ikhtibar....
Semuga anda capat sembuh..

Check Page Rank of your Web site pages instantly:

This page rank checking tool is powered by Page Rank Checker service