mungkin disini yang anda cari.!!

Pengikut dihormati

11 Okt 2011

Jolok sarang Tebuan!! (02).

                   Assalamualaikum,selamat sejahtera;
        Diringkaskan cerita mengenai entri operasi memusnah sarang tebuan untuk kali yang ke2.Yang pertama telah aku siarkan pada entri bulan september yang lepas. Operasi yang kedua ni dijalankan mlm semalam 10/10/2011 tepat jam 8:30,setelah menerima laporan org awam disebelah siangnya.
Sekolah yang berdepan dgn ancaman tebuan.
 
       Tempat tebuan tu bersarang atas pokok bersebelahan dengan pagar depan sekolah rendah..oleh kerana sejarah telah membuktikan bahawa tebuan ni boleh membunuh maka dengan pantasnya pihak kami ambil tindakan setelah dimaklumkan.
       Untuk berkongsi pengalaman membakar sarang Tebuan mlm semalam korang layanlah gambar2 operasi aku dan rakan2 sekerja aku ni.
Sarang tebuan sebelum dibakar / musnah.

Ambil position dulu dgn panjat pokok

Tukang bakar siap pakai baju kalis peluru/sengat.


Dah sedia 2 org start bakar sarang tebuan

Serpihan sarang yg jatuh kebawah.

Dengan bangganya bergambar ngan sarang tebuan (bukan aku)

  


        Bergitulah tugas aku dan kekawan dalam menjalankan tugas yang dianggap penting.kes2 sebergini dianggap oleh jabatan aku sebagai urgent mesti dijalankan serta merta kerana ia boleh melibatkan kehilangan nyawa.Sebab tu bila kes2 gini selesai kami akan merasa puas terpancar kegembiraan di wajah anggota walaupun penat memanjat seperti monyet..
        Oklah..kalau aku ada apa2 operasi lagi tak kira apa saja kes aku akan kongsi ngan korang semua..Bye3.!!!.

P/S..Sedia pantas berintergriti...Heheheeeee!!!!













     

28 ulasan:

- AZIE - berkata...

excited, tingin nk tgk. xpernah ag tgk org bakar sarang tebuan huhuhuhu..jom tgk entry yg pernah i buat nie..


http://indahitukamu.blogspot.com/2011/07/lebah-oh-lebah.html

LydSunshine berkata...

Ada byk madu tak?

abghani berkata...

kenapa buat waktu malam

yusuflaili(Goku) berkata...

Salam blogger;

@#MrsLurve-
boleh cuba kalau ada sarang tebuan ditempat kediaman awak..

@#LydSunshine-
Tebuan ni tak ada madu..kalau lebah adalah..

@#abghani-
Sebab malam harilah semua tentera dan pekerja lebah/tebuan balik rumah, tak ada yg merayap lagi semuanya masuk sarang..dan saat nilah sesuai untuk dimusnahkan hingga ke anak cucu.

P/S..tak semua tebuan/lebah dibunuh/dibakar cuma yang menggangu ketenteraman awam je.

Nasz berkata...

pernah kena sengat dengan tebuan. sakit.

MOHD NASER.com

Lissa berkata...

bestnya.. muahaha

hyz berkata...

dulu time kecik2 slalu gak kena sengat tabuan ni..

Mama atiyyah berkata...

tringat dlu pnah kne sengat dek tebuan kes lalu bwh sarang die...huhuhuh....

NA berkata...

Ada ambil madu lebah tak? Takut kena sengat tebuan pernah kena. Sakit tu sampai kini leh bayangkan.

Nizam Ijam berkata...

kang kena sengat :D

Bieaz berkata...

belum pernah lagi tengok cara real macamnie....
Xberani plak sy nak tengok dekat2 hehe

danish berkata...

Memang genng berani ni

Run Away berkata...

bahaya ni...masa kecik mak kata sy penah kene gigit...kat kepala...sampai demam2...

Unknown berkata...

madu ditangan kananmu..racun ditangan kirimu..

yusuflaili(Goku) berkata...

Salam blogger terhormat;

@#RatuLisa-
seronok sesangat kalau operasi berjaya tanpa sebarang kecerderaan.

@#hyz-
cam mana sakit tak..kalau 3-4ekor sengat boleh mati beb!!..

@#mamaAtiyyah-
Bisa sengat tebuan ni..memang sakit,lebih2 lagi kalau kena kat kepala..

@#NA-
tebuan ni tak ada madu..kalau lebah adalah.tebuan dan Lebah berbeza yang paling ganas tebuanlah

@#NizamIjam-
Setakat ni belum pernah kena sengat lagi..kalau kita ikut peraturan dgn betul insyakAllah gerenti tak kena sengat..

@#Bieaz-
Mlm tu byk juga org tengok sbb sarang tepi jalan,memang byk org lalu..tapi kami suruh diorang tengok dari jauh 50meter.

@#danish-
Mula2 dulu tak juga siap ngan berpeluh2,tapi lama kelamaan jadi biasa...

@#RunAway-
Memang boleh demam kerananya..tu kira oklah..setengahnya boleh bawa maut kalau budak 7thn kebawah.

@#Coolman-
betul tu..semasa buat kerja sebenarnya kita diambang 2 pilihan,lebih2 kalau kita atas pokok..

-Incek Fik- berkata...

Bak kata orang tua.. sarang tebuan jangan dijolok~

Tapi dari memandangkan ianya mendatangkan kemudaratan kepada orang ramai, lebih baik dimusnahkan secepat yang mungkin.

yusuflaili(Goku) berkata...

salam;

@#IncekFik-
Setuju sangat pendapat awak..kami hanya akan musnah bila ianya membahayakan org ramai

si kiut lavender berkata...

wah..lelaki berani da kat sini...heee=)..

trasa tringin lak nak tgk org bakar sarang nih,,:)

Ungu Violet berkata...

assalam..

memang hebat...jasamu dikenang..:)

yusuflaili(Goku) berkata...

Salam blogger;

@#sikiutlavender-
Boleh tengok tapi dari jauhlah..biasanya org yg bakar tu tak kena sengat,yang dibawah biasa kena sengat.

@#UnguViolet-
Tak besar manapun..byk lagi org boleh buat ni....tanpa alat perlindungan pula tu.

ctk berkata...

fuhyooo..tahniah kerana berjaya menyelamatkan nyawa...menakotkan ajew

EmpayarUtama berkata...

Pernah nengok orangtua bakar sarang yang makin besar dah macam bantal peluk tu

yusuflaili(Goku) berkata...

Salam blogger;

@#ctk-
mula2 memang takut..lama kelamaan dah jadi kebiasaan.

@#EmpayaUtama-
Besar tu...dah tahap gaban.!!

Tanpa Nama berkata...

tahniah...kerja tuan selamatkan banyak nyawa. saya pernah bakar sarang tebuan kat ktrs. buat kerja malam
hari.kalau musim sarang tebuan kawan-kawan cari. kalau tempat tak boleh bakar guna racun.
walaupun bukan kerja rutin..dah biasa orang kawan-kawan cari.

Tanpa Nama berkata...

tanpa nama nak jawap soalan abghani>>> walaupun dah ada jawapan.
paling mudah nak faham: malam hari tebuan tak Nampak..rabun barangkali? Pun begitu kalau dia tersesat masuk dalam baju..alamak 100% kena sengat..
sebab itu kalau saya tolong musnahkan sarang tebuan, saya mesti tak pakai baju. pernah ada kes terpencil dia masuk dalam seluar. kena sengat..nak buat macamana?
mungkin JPAM nak komen gamaknya.

IsZulShah berkata...

Oooo...barulah faham knp bomba tunggu waktu malam baru nak dtg musnahkan sarang tebuan ni. Memula rasa pelik jgk sbb waktu siang kan lbh sng kerja. Thanx..for the info. Tgh tunggu bomba dtg rumah mlm ni musnahkan sarang tebuan. Hmmm...

IsZulShah berkata...

Oooo...barulah faham knp bomba tunggu waktu malam baru nak dtg musnahkan sarang tebuan ni. Memula rasa pelik jgk sbb waktu siang kan lbh sng kerja. Thanx..for the info. Tgh tunggu bomba dtg rumah mlm ni musnahkan sarang tebuan. Hmmm...

mogadishu berkata...

kalau sembur ridsect serangga kat sarang tebuan tu jadi tak?
bukan taknak bakar.. sebab sarang tebuan dalam bumbung rumah.. rumah kayu pulak tu..

Check Page Rank of your Web site pages instantly:

This page rank checking tool is powered by Page Rank Checker service