mungkin disini yang anda cari.!!

Pengikut dihormati

13 Okt 2011

Betong Sarawak bukannya Betong Thailand!!.(02)

                    Assalamualaikum,selamat sejahtera;
         Entri ni adalah sambungan pada entri Betong  pada 10/10/2011, setelah aku cerita pasal pengenalan dan pentadbiran Betong pada entri lepas kali ni aku cerita pasal Sejarah kewujudannya pulak.
Rajah Brooke...Acapkali menyerang Rentap. 
             Nama Betong diambil sempena nama sejenis buluh tempatan yg banyak tumbuh disekitar daerah ini iaitu buluh Betung mengikut cerita org2 terdahulu, Sebelum diisytiharkan sebagai bahagian baru pada 2002, Betong hanyalah 2 buah daerah yg digelar daerah Saribas dan daerah kalaka dibawah pentadbiran bahagian ke2 Sri Aman.
Panglima Iban Rentap
        
         Nama Saribas dan Kalaka diambil sempena nama 2 batang sungai yang amat penting sebagai alat perhubungan di Betong ketika itu.Kini kedua sungai tersebut tak penting lagi dan nama tersebut telah ditukar kepada Daerah Betong dan Daerah Saratok,bersempena nama 2 buah pekan yang menjadi pusat pentadbiran kedua2 buah daerah tersebut.
Kubu Lili di Betong
           Dalam Sejarah Sarawak banyak peristiwa penting berlaku di daerah ini,terutamanya penentangan terhadap pemerintahan rajah Brooke.Tempat dan bangunan bersejarah seperti kubu masih terdapat ada malah masih digunakan lagi, Bukit Sadok tempat kubu Panglima Rentap menahan dari serangan Tentera Brooke sekitar tahun 1857-1865, bergitu juga peristiwa penting di sungai skerang dan pertempuran dimuara sungai kalaka.
Bukit Sadok tempat kubu Rentap dibina 
    
        Kini Pada Tarikh keramat 26 Mac,2002 Betong diisytiharkan sebagai bahagian ke11 dan pekan Betong dipilih sebagai pusat pentadbiran bahagian ke11 yang merangkumi daerah Saratok. Sebagai Bahagian yg masih baru maka masih banyak pembangunan yang dirancang dan yg sedang dibina di Betong terutamanya disegi mengubah wajah dan infrastruktur.
salah satu pusat bandar di Betong.
                                                                            
Majelis Daerah Betong(MDB)bertanggungjawab mengubah wajah Betong.
  
        Aku rasa setakat ni saja sejarah ringkas bandar Betong,Harap korang semua dapat serba serdikit tentang info dari entri aku ni..kalau korang nak info lebih padat lawatlah dilaman ni www.betongdo,sarawak.gov.my..oklah kalau ada tersilap harap dimaafkan dan beri teguran..bye3!!!

20 ulasan:

fatema berkata...

thailand pun ada betong gak ker.. banyak info sejarah :thumbsup: keep it up :D

LydSunshine berkata...

Bentong pahang. Hehehe.. Takde kaitan. Yusuf ni org Srwk ke?

yusuflaili(Goku) berkata...

salam blogger;

@#littleimie-
Adalah dulu bandar betong thailand tempat komunis asia tenggara bersarang..

@#LydSunshine-
Aku pernah tinggal kat Bentong pahang ,mentakap dan kuala lipis aku kerja buat tower eletrik TNB sekitar lebuh raya Karak..yelah Kamek urang Serawak,Apa kaba kitak???

abghani berkata...

belum penah lagi sampai disana

Zul fattah berkata...

dengar cerita, tempat ni berhantu.. betul ke? dekat muzium rentap..

Nasz berkata...

owh.. macam tu rupanya sejarah betong ni.

MOHD NASER.com

NA berkata...

Maklumat yang menarik.

-wina1979-

Abang Long berkata...

Yooo...kita belajar sejarah kat sini. harap tak de yg memandai2 tambah cerita pasal anak buluh betung pulak..hehe
Thanx bro

yusuflaili(Goku) berkata...

Sejahtera blogger terhormat;

@#abghani-
Yeke..mudah2an ada rezeki dapat pergi.

@#ZulFattah-
Mana2 tempat ada hantu..lebih2 lagi tempat seperti ini.

@#NasZ-
Ye..ini secara ringkasnya kalau nak penuh lagi layarilah laman kat dlm entri tu.

@#Na-
Belajar sejarah ulangan
tingkatan 2-3,hahahaaa!.

@#AbangLong-
Tak pasal2 ubah sejarah kata bulu betung berasal dari amerika pulak..Hahahaaa!!

Ungu Violet berkata...

orang dulu2 senang jer nak namakan sesuatu tempat...nampak aje buluh betung...hah betung lah nama tempat tuh..hihi

Unknown berkata...

wah..banyak info tentang sejarah..nice!!!~~=)

iza berkata...

Assalam...
teringat masa sekolah rendah dulu, kalau tak silap darjah 2 aku hafal kisah rentap ni...

duniaanita74.blogspot.com berkata...

kak ita ingat kat pahang aje ada bentung rupanya kat serawak dan tahiland pun ada..masa kat sekolah dulu minat sesangat kat sejarah ne...

EmpayarUtama berkata...

Aku selalu baca pasal kerja-kerja pembetungan; ada kaitan tak?

hyz berkata...

wahhhh pakar sejarah ke ni? gud info lah....

yusuflaili(Goku) berkata...

Salam blogger;

@#UnguViolet-
Yelah..nampak je kancil terberak kat tepi sungai..terus namakan tempat tu Kancil.Heheheee,org dulu tak internet nak cari nama2 elok2.

@#AienNajwa-
Pakar tak bertauliah..kahkahkahhh!!

@#iza-
Yalah tu sejarah tingkatan 2-3.

@#anitadiana-
Ramai juga yg tak tahu ada Betong kat Sarawak..nasib baik aku buat entri ni..tambahlah pengetahuan.

@#EmpayaUtama-
Bunyi seakan sama tapi sangat tak serupa..hahahaa!!

@#hyz-
Sekadar sejarah tempat sendiri bolehlah sikit2...

ILA HonEyBuNNy berkata...

datang baca sejarah Betong Sarawak malam neh...;)

Green Apple berkata...

nama nak seakan-akan Bentong kat Pahang. Menarik info ni.. thanx atas perkongsian.

amranaiman berkata...

buluh betong xslh buluh bersaiz besar.. xnah smpai lg di dua2 tempat betong ni :P

ctk berkata...

xpenak jejak lg ke sarawak..teringin jugk nk tgk tmpt sejarah :D

Check Page Rank of your Web site pages instantly:

This page rank checking tool is powered by Page Rank Checker service