Assalamualaikum;
Sarang tebuan jangan dijolok.!, lain macam bunyi tajuk entry aku ni, mungkin ada korang fikir semacam bila baca tajuk ni. Tak usah kecut perut tak ada kena mengena dengan sesiapa entry aku ni apatah lagi nak cabar mencabar sesama umat.
Nilah rupa sarang tebuan tu..dahlah tinggi besar pulak tu..!!
Tajuk ni sebenarnya aktiviti berani aku dan kawan2 sekerja aku setelah menerima laporan dari seorang penduduk bangsa cina,bahawa ada sarang tebuan di halaman kediamannya(kebun). dipendekan cerita pada sebelah malamnya jam 8:30 kami berempat pun mulalah menjalankan tanggungjawab sebagai penyelamat menuju ke lokasi sarang tebuan tersebut.
|
Nah!..ambik kau, lepas bakar terus jolok sampai habis. |
Mak..oi, tingginya (50meter) sarang atas pokok pulak tu..nasib baik petang tadi dah servey dulu tempat dan peralatan yang diperlukan. Seperti biasa kami dah sedia buluh sesedap rasa panjang, guni beras jenis sabut, surat khabar, dawai dan minyak diesel. Seterusnya buat jamung/colok lepas siap semua rakan 3 orang panjat pokok sorang satu ambil kedudukan tiga penjuru, setelah selesai ambil kedudukan maka colok buluh dinyalakan dengan serentak dihara ke arah sarang tebuan ...nah ambik kau..!!.
|
Serpihan sarang yang dah terbakar. |
Lebih kurang 3 jam operasi memusnah sarang tersebut pun selesai dengan jayanya tanpa kecederaan dipihak kami. Sebenarnya Operasi Sarang tebuan ni memang dah tugas kami malah dah berpuluh2 sarang tebuan kami jolok, musnah/bakar bukan itu je ular,Buaya,lipan,lipas,semut malah apa2 saja binatang berbisa serta yang menggangu keselamatan/ketenteraman awam.
|
Inilah rakan2 sepasukan aku yg biasa menjolok tebuan. |
Oklah..ini je yang aku nak kongsi bersama korang semua,bukan nak mengata atau jauh sekali nak menghina cuma nak bercerita...bye3.!!!!!
P/S...maaf mutu gbr aku sentiasa tak klear je...geram betullah........
15 ulasan:
besar betul sarang tebuan tu...seram tengok...haha...tapi semut pon termasuk sekali ek...haha...
part time jolok sarang tebuan ke.. yusuf..
tapi apa2 pon klau nk buat mesti ada ilmu betul tak.. kalau tak.. saja cari nahas.
Alah bisa tegal biasa dah ni kan..
Berani betul jolok sarang tebuan. Hehe. Nasib baik tak kena kejar dengan tebuan.
-wina1979-
Lepas ni jolok sarang lebah pulak..
Boleh amik madu..
anda di tag..
http://masteronedproduct.blogspot.com/2011/09/slw-2nd-giveaway.html
kena bawak colok sekali..
Salam semua;
@#EddyDce-
pernah jolok sebesar tong dram,semut pun masuk sekali kalau terima laporan dari org awam.
@#GreenApple-
Yelah tu part time..sebenarnya kami dah dikursuskan mcm mana nak handle binatang berbisa ni..
@#danish-
Betul tu..kalau semua kerja dibuat dengan betul,tenang dan ikut peraturan mesti berjalan lancar punya.
@#NA-
Takut juga sebenarnya..bkn apa takut tersilap teknik,kalau silap..!!
@#AnakTeruna-
Selalu juga jolok lebah ni..utk pengetahuan semua,lebah ini senang sikit kita halau guna asap je lepas tu dia lari yang tinggal sarang dan madu...apa lagi kita cekaulah madu tu.
@#CikZara-
Yeke,aku kena tag?..segmen yg mcm mana tu....?
@#ArulchelseA-
Ya..coloklah senjata Utama dlm misi bakar sarang tebuan ni..Tapi kalau sarang kat tepi atap rumah kita gunakan racun penyembur serangga.tak boleh guna api kang terbakar rumah orang..!!!
beli kamera baru lor.. huuhu
Salam...perghhhhh..respect kat engkau bro...berani betul...Aku setakat jolok lubang idung berani sesangat la..huhuhu
takoot tgk sarang tebuan tu....
lagikan nak jolok kasi bakar....hehe..kang dia ligan lari masuk sungai la..ehheh
Salam semua;
@#amranaiman-
nantilah aku tunggu duit dari Pakcik Nuffnang..hahaaa!!!
@#AbangLong-
Tak adalah Bang Long saja buat2 berani.
@#ILA-
betul juga kata ila tu..kalau tersilap memang kami tak sempat lari punya,sebab masa tu kami panjat atas pokok....
P/S..Cara bakar tebuan dgn selamat,kita buat kerja tu malam hari,jangan sesekali bakar waktu siang sbb tak semua tebuan berada dlm sarang waktu siang..faham maksud akukan.!!
saya pernah disengat tebuan 25 das.. huwaa..demam kot
Salam;
@#ZulFattah-boleh tahan jugak antibody awak ye..
Jpam ada sediakn kursus untuk mengajar anggota memusnahkan sarang tebuan @ serangga... X gitu admin?
Catat Ulasan