mungkin disini yang anda cari.!!

Pengikut dihormati

13 Sep 2011

Kenapa sering sebut Hati,..bukannya Otak.!!

                                                  Assalamualaikun; 
                         Selamat sejahtera blogger dan pembaca2, moga bersemangat selalu dalam menjalani hidup yang kian mencabar.mungkinkah esok masih ada untuk kita..Untuk entry kali ni aku nak tanya korang semua pernah tak anda sakit hati? tentu adakan sakit tak??..
                        Betulkah segala baik dan buruk perjalanan hidup kita disebabkan oleh "Hati"?..dan kita selalu dengar ungkapan dan madah2 yang indah berbunyi "dari mata turun ke hati", Wajahmu di hatiku, hatimu miliku, macam2 yang dikaitkan dengan hati ini
Rupa bentuk hati manusia..disinikah segalanya niat tau tingkah laku kita bermula??
adakah perasaan kita letak didalam hati.??
                                                   
                        Bila seseorang tengah marah keluar pulak ungkapan hati busuk, hati batu, hati iblis dan kadang2 perut pun masuk sekali.. orang selalu kata berniatlah dalam "hati" kalau nakkan sesuatu..pendek kata semuanya diletakan pada hati kita.
                        Aku bukannya apa sekadar nak share dgn korang semua apa itu hati?, tugas sebenar sekeping hati manusia, bukan seperti yang digambarkan diatas yang sering kita ungkapkan...tugas hati ialah;
  1.regulasi            = memproses komposisi darah seperti kandungan gula,protien,lemak dan
                                        menyingkirkan bijlirubin..ini bahasa sainslah aku pun tah faham..
 2. Mustabolisma  = menyerap zat2 makanan melalui usus dikeluar dengan berbagai bentuk
                                        lalu diedarkan keseluruh tubuh badan..
                Nampak tak tugas sebenar sekeping hati dalam tubuh badan manusia jauh panggang dari api seperti gambaran diatas...kalau nak tahu lebih lengkap cari kat pak cik google..Kesian juga aku ngan nasib hati ni lain tugas hakiki lain pulak tafsiran manusia...nak buat macam memang dah ungkapan senjak berzaman lagi.Otak yang mementukan baik dan buruk seseorang manusia bukan tugas hati, tapi hatilah sering dipertanggungjawapka atau dimuliakan.
Inilah gambarajah Otak yang memainkan peranan sebenar dlm kehidupan manusia.
                                     
                Oklah..mencarut pula.aku ni..sebenarnya byk nak aku perkatakan, tapi aku tak tahu nak cerita panjang lebar..nak buat ayat yang mantap aku tak boleh kerana sekolah aku tak tinggi mana, jadi aku fikir korang dah faham apa sebenarnya  yang nak aku sampaikan dlm entry ni...Bye3.!!


P/S..jarang kita dengar org sebut otak busuk,otak jahat,otak iblis atau "cinta mu di otak ku",otak ku dah terpaut..........lucukan..!!

10 ulasan:

ekabukanmakcikkau. berkata...

leklu, nanti kalau aku sakit hati aku gitau kau aku sakit otak bolehhhh ? meheheh

Acik berkata...

sebab org lebih suka ikut kata hati drp pertimbangan otak ...

Zul Fattah berkata...

haha.. macam tu eh.. betul jugak.. tp kita dah diajar dari kecil.. hati berniat, akal berfikir dan anggota bertindak..

abghani berkata...

otak utk berfikir hati mengulas mulut berkata kata

LydSunshine berkata...

Mmg la otak yg tentukan sesuatu sebelum keputusan dibuat. Tapi otak itu dipengaruhi oleh hati. Hati yg fizikal tu mmg yg daging warna merah tu lah. Tapi dlm masa yang sama, perasaan juga dipanggil hati. Kan Nabi juga pernah bersabda; Sesungguhnya di dalam diri manusia itu ada seketul daging. Apabila daging itu baik, maka baiklah seluruh anggota. Dan apabila daging itu rosak, maka rosaklah seluruh anggota, ketahuilah itulah hati... Ceh, macam pandai je saya ni. Tp penjelasan ini perlukan huraian yg lebih mendalam. :) hanya berkongsi.

yusuflaili berkata...

Salam semua;

@#eka-
Kalau dari dulu kita sebut sakit otak mungkin boleh,tak janggal..klu sekarang nak tukar lucu bunyinya tapi lama2 tak kisah lagi..

@#Acik-
Betulkah hati kita boleh berkata?

@#ZulFattah-
Kalu akal/otak memang betul utk berfikir dan anggota seperti kaki tangan untuk bergerak..dan aku keliru bab hati..mengikut kajian hati bukan untuk berniat atau boleh berkata..tugasnya dah aku terangkan dlm entry ni..sama sekali berlawanan..

@#abghani-
Hati untuk mengulas dan mulut untuk berkata..bukan hati untuk membantu penguraian zat2 makanan dan....

@#Lydsunshin
Mungkin ada sesuatu yang manusia tidak dapat buktikan dan nampak melalui kajian dalam tubuh badan manusia sendiri..benda tu dekat dengan hati dan jantung..sebabnya kita selalu kata hati dan jantung sedangkan kedua organ ini mempunyai tugas berlawanan dengan kita sebut..

P/S..Mungkin ada blogger diluar sana yang lebih arif tentang ni...

NA berkata...

Hati ada 2 definisi. Kalau hati memang ada definisi hati yang fizikal yang mengkumuh darah,protein.

Tapi yang orang selalu tulis sakit hati tu adalah definisi lain pula. Macam kata Lynd tu betul.

Tak payah pening dan hujah sangat.

yusuflaili berkata...

Salam;

@#NA-
maknanya hati ada 2 peranan.
1.untuk perkumuhan...(boleh nampak)
2.sebagai perumpamaan(tak boleh nampak)...

P/s..aku suka cari persoalan yang malas org lain fikir.."biar kepala pening jgn peningkan kepala".

PORUMAN berkata...

hahahaha . dalam hati tu terletak jiwa dan roh, so sbb tu org ckp pasal hati saja .. bosku -- hehehhe

yusuflaili berkata...

Salam;
@#POruman-
Ni dia penjelasan yang aku nak sebenarnya "jiwa dan Roh"..benda ni tak boleh dilihat tapi boleh dirasa kewujudannya dlm badan manusia melalui hati...kredit boss.

Check Page Rank of your Web site pages instantly:

This page rank checking tool is powered by Page Rank Checker service