Assalamualaikum;
|
Banner Pesta Ikan Buntal
|
Maskod ikan Buntal
Salam 1 malaysia dan selamat sejahtera yg bkn beragama Islam..Untuk kali atrikel aku mengenai Pesta ikan Buntal sambungan atrikel aku yang lepas..
Suasana di Pesta
Buntal
" Boleh mknkah bang...?"
" tak haramkah bang..?"
"Dah tahu beracun kenapa mkn juga bang..?"
" Dimana ada jual bang.?"
Ikan segar yang baru dijaring siap untuk dijual
Inilah soalan dan pertanyaan yang keluar dari pembaca blok aku (followers)..dari pengenalan atrikel pesta buntal 1 yang lepas..tapi korang jgn risau aku akan jwb pertanyaan korang dengan detil dlm atrikel ini..tujuan pesta ini diadakan adalah untuk memberitahu org luar bahawa spesies ikan Buntal Kuning atau nama sainsnya "Lagocephalus Lunaris" boleh di makam dan kajian juga telah dijalankan oleh sainstis UM dan juga sainstis luar negara.
|
Keluaga ikan buntal yg kuning boleh dimakan |
Menurut Ulama pulak benda2 yg beracun Haram dimakan..memang benar semua umat islam mengakuinya..Tapi andanya racun dapat dibuang atau disingkirkan benda tu terbukti selamat dimakan maka hukum haram terhapus yang haram adalah racun sama seperti buah pinang ada yg memabukkan..ada yg tidak..betul tak
|
Tawar menawar dan timbang menimbang |
Nak mendapatkan Ikan Buntal segar ni susah sikit kerana ianya mengikut musim, Bulan April dan bulan Ogos adalah musim ikan Buntal betina akan berenang dari laut menuju ke Sungai (muara sungai) untuk bertelur dalam tempoh 14 hari selepas bertelur ikan Buntal akan kembali ke laut bersama2 anaknya. kandungan PH air sungai adalah sesuai untuk proses penetesan telur buntal......waktu inilah para nelayan akan turun beramai2 utk menjaring,menyaggang serta memancing ikan tersebut....
|
Ikan buntal yang sudah disalai..terliur aku cehh!! |
Pengemar ikan Buntal masin tak perlu risau kerana ianya dijual bila2 masa saja serta selamat dimakan bergitu juga dengan telur dan hati Buntal sama seperti ikan Terubuk masin... pesta yang bermula tahun 2002 adalah untuk mempromosikan produk ikan buntal kepada org luar kawasan Betong bahawa ikan tersebut selamat dimakan, dlm pada itu ditunjukan bagaimana membuang racun ikan Buntal yang hanya terdapat pada urat telur dan urat hempedu saja
Acara pertandingan memasak ikan Buntal dan membuang racun
Harus diingat hanya Ikan Buntal kuning saja yamg dapat dimakan lain2 jenis tidak disyorkan kerana ianya mempunyai racun seluruh badan susah hendak disingkirkan...sebenarnya ikan ini boleh dimasak pelbagai cara sama seperti ikan2 lain, msk lemak cili api, msk santan, msk gulai. goreng, msk asam , Panggang , salai dan mcm2 lagi..bagi aku msk panggang dan pais daun mangkudu paling sedap terutamanya buntal masin..dan telurnya pula paling sedap dimsk campur sayur pucuk rebung..Ewahh,melileh lagi air liur aku....Tahan,tahan aku tengah berpuasa ni.
|
Telur masin Ikan Buntal siap dibungkus RM5 sebungkus |
|
Buntal Panggang RM5 tiga ekor |
Tapi kalau pembaca masih was2 bagaimana nak siang/potong buntal atau tak tahu nak masak baik tak usah mkn tak pasal2 air liur anda berbuih dan mata terbeliak nanti, itu tandanya anda keracunan ikan buntal.
|
Anak Buntal berusia 2 minggu |
Sebenarnya bukan semua org Sarawak berani mkn ikan ini..sebelum tahun 2002 hanya org Saribas, Betong yang mkn ikan ini, selepas pesta Buntal petama 2002 barulah hampir seluruh sarawak berani mkn benda ini hingga sekarang, dulu ikan ni hanya rm2 sekilo itupun jrg laku..kini harganya mencecah rm7-rm8 sekilo buntal segar..manakala buntal masin dan telurnya rm15-rm30 sekilo itupun kalau sempat dapat..
|
Lumba perahu aktiviti sampingan pesta ikan buntal dan sungai inilah tempat menjaring ikan Buntal |
Oklah aku nak beli barang utk berbuka pula ni..apa2pun klu sudi beri pandangan klu tak anda bacapun dah mencukupi....!!!
7 ulasan:
Fuyohh... Pesta yang paling menarik pernah saya tgk. Nice info...
Salam Ramadhan;
TQ..UN,..pesta ni dianjur setiap tahun dan telah dimasukkan kelendar pelancungan negeri S`wk.
Assalam..
Meriah juga pesta ni ek.
Selamat berpuasa..
salam;
#iza= ya!sememangnya meriah..klu ada rezeki datanglah ke sini..eewah promot pulak dah!!!
CEK SPELL DE PELENG U.............
HAHAHHAA.......
NYAMAN NA KU TETAK MBACO NEH EA....
Safura > xdo blogger gago ngan spelling ah..asai eh ado bunyi jak..ahahaha...
Yusuf L > steady lh...
Saya mau beli pelampung / lambung buntal jenis ini. Ada yang bisa suplai? Hubi +6289605896838
Catat Ulasan