mungkin disini yang anda cari.!!

Pengikut dihormati

4 Jul 2011

Debaran Ibu menanti anak kembar berakhir tragedi...!!!

         Kejadian seperti ini sengaja saya ceritakan untuk renungan bersama terutamanya Rakyat Sarawak yang tinggal di bahagian Sri Aman dan Betong yang mempunyai Hospital Cantik dan bertaraf Hospital Bahagian.Kalau dah digelar Hospital tentulah ada Doktor, pembantu doktor dan ramai kakitanggan perubatan yang lain bergitu juga dengan peralatan2 perubatan semuanya canggih berlaka.

Anggota Bomba dan Penyelamat berusaha sedaya upaya mengeluarkan jururawat yang tersepit dalam Ambulans.
                Penulis nak ceritakan tentang kemalangan jalanraya yang melibatkan sebuah Ambulans dari hospital Sri Aman yang membawa seorang wanita berbangsa Iban  sarat mengandung anak kembar ke hospital Kucing, perjalanan memakan masa 3 jam jika kenderaan biasa.Kemalangan tersebut berlaku sekitar jam 1:50 pagi 04/07/2011 di batu 9 jalan Penrissen disebabkan oleh kegagalan pemandu mengawal kenderaan dari mengelak seekor anjing melintas jalan lalu melanggar sebatang pokok ditepi jalan.


IMFO: KED alat digunakan utk mengeluarkan mangsa tersepit ditempat duduk kenderaan
                     Akibat pelanggaran tersebut mangsa sarat mengandung tersebut mati dan anak kembar dalam kandungan turut tidak dapat diselamatkan..Pemandu pulak dikatakan kritikel akibat tulang rusuk patah menyebabkan organ dalaman turut rosak teruk manakala Jururawat pengiring cedera dibahu serta patah kaki kanan dan tersepit ditempat duduk. Sungguh memilukan hati keluaga mangsa yang berharap menanti kehadiran anak kembar akan lahir tapi sebaliknya lain yang terjadi.


IMFO: Spinal Board  utk mengeluarkan mangsa setelah mangsa tersepit dipasang KED
                         Apa yang ingin diperkatakan penulis ialah kenapa perlu dibawa ke Hospital Kuching dalam jarak yang amat jauh dah tu guna jalan darat pulak?..kes-kes bawa pesakit ke hospital Kuching bukannya berlaku di Sri Aman saja malah di Hospital daerah Betong pun kes serupa dimana perjalanan lagi jauh yang memakan masa 5-6 jam sampai ke Hospital Kuching Pekara ini lama dah berlaku bukan baru..Kes2 melahirkan anak kritikel dan wanita yang mempunyai anak melebihi 5 orang akan ditolak Hospital daerah Sri Aman dan Betong dan kes sebegini dihantar ke Hospital Kuching yang memakan masa berjam-jam lamanya kalau mengunakan ambulan sudah pasti dipandu dengan laju tambah lagi dengan kes2 kritikel kalau dah laju pasti berlaku kemalangan andai tersilap langkah seperti kes diatas.
         Yang menghairankan penulis kenapakah masalah ini tidak tidak tangani sedakan ianya telah lama berlaku,andai kata Hospital Bahagian kurang kelengkapan atau Doktor pakar.kerajaan negeri dan pusat boleh berbincang apatah lagi Negeri Sarawak ni dikatakan Kaya dan maju serta membangun semua segi.


Sekadar untuk renungan/hiasaan
                   Malas penulis nak kata banyak nanti dikatakan blog saya ni  anti kerajaan pula...Tapi hakikatnya itulah yang berlaku di Sarawak terutamanya penduduk di daerah Betong ..bukannya apa penulis kesihan memgenang kepayahan penduduk yang mejoriti miskin dan berpendapatan kurang dari Rm700 sebulan terpaksa berbelanja besar untuk menghantar keluaga yang sakit andainya ditolak ke Hospital Kuching...Mungkin Doktor, Menteri, kerajaan tak nampak kesusahaan mereka tapi rakyat nampak kesusahaan sesama mereka.
Tak ada kena mengena dgn artikel ini sekadar gambar hiasan.
                             Oklah...cukup untuk kali ini walau apa-apapun kita renung bersama artikel saya kali ini sedalam-dalamnya lepas tu jangan lupa komen dibawah.......................
    

2 ulasan:

iza berkata...

Kesiannya...
Betul kata penulis tu...Sepatutnya kerajaan perlu buat sesuatu bila terjadi sesuatu kes. Nak tunggu sampai bila....?

yusuf Laili berkata...

TQ iza,Malang memang tak berbau..tapi kita boleh berusaha untuk mengelak..

Check Page Rank of your Web site pages instantly:

This page rank checking tool is powered by Page Rank Checker service