"Umpama cahaya Lilin menerangi kegelapan malam"... Begitulah ungkapan yang sering kita dengar untuk mengistilahkan pengorbanan seorang guru dalam menjalankan kewajipan mendidik insan agar menjadi manusia yang sebaik mungkin.
gambar hiasan |
Bukannya mudah tugas seorang guru dalam mendidik insan, banyak dugaan yang terpaksa dilalui tambah lagi dengan kerenah murid-murid, Ibubapa, Pentadbiran, sekolah, tempat tinggal, keluarga dan perubahan demi perubahan dasar pembelajaran. Inilah antara dugaan dihadapi oleh seseorang bernama guru, namun sebagai seorang guru yang berdedikasi bersemanggat kental semuanya dilalui dengan tabah demi mendidik anak-anak bangsa walaupun dibebani tugas hakiki sebagai guru sekolah.
gambar hiasan |
Tanpa pengorbanan Guru siapakah kita, sewajarnya kerjaya pendidik harus dipandang mulia dan sebagai masyarakat atau Ibubapa kita tidak seharusnya menyalahkan guru semata-mata dalam menangani masalah sosial dan kemerosotan pelajaran murid kita sama-sama bertangungjawab.
gambar hiasan |
Sempena Hari Guru 16 Mei. Isnin ini bersamalah kita mengucapkan "SELAMAT HARI GURU" pada cikgu-cikgu di seluruh Negara dan tak lupa juga guru yang pernah mengajar saya, tanpa kalian siapalah saya jasa cikgu dikenang hingga ke akhir hayat.
1 ulasan:
nang bena kato nyo u...
Catat Ulasan