mungkin disini yang anda cari.!!

Pengikut dihormati

18 Jun 2011

Baik buruknya Komputer riba 1 Malaysia di kalangan pelajar.

          Terlebih dulu penulis ucapkan terima kasih kepada kerajaan di bawah pimpinan Yang Amat Berhormat Datuk Seri Mohd Najib atas usaha memberi komputer riba secara percuma kepada pelajar kita di seluruh Malaysia. Nampak gayanya kerajaan benar-benar inginkan rakyat mahir IT di masa akan datang selaras dengan wawasan tahun 2020.
  

                            

 YANG BAIKNYA ;

         Dengan pemberian komputer percuma ini dapat melegakan hati Ibubapa dan pelajar yang tak mampu membeli, melalui ini juga dapatlah pelajar kita belajar dengan lebih baik sama seperti pelajar mampu yang lain dan mereka juga boleh mendapat maklumat tambahan tentang pelajaran di mana jua mereka berada. Rata-rata Ibubapa pelajar melahirkan rasa gembira atas pemberian komputer riba kepada anak-anak mereka dan mereka mengucapkan rasa terima kasih kepada pihak kerajaan. Melalui program ini juga akan merapatkan jurang pendidikan antara pelajar luar banda dengan di bandar.
    

                                  
                   
 YANG BURUKNYA ;

           Cuma apa yang merisaukan penulis sekarang ialah kesan negatif yang akan melanda pelajar kita andainya pemberian kumputer itu nanti di salah gunakan oleh pelajar, lebih-lebih lagi sekarang ini bermacam laman web yang memaparkan pekara yang tak baik terlampau banyak hingga tak terklik oleh jari kita. Penulis selalu terjumpa dengan sekumpulan pelajar (remaja) di tempat sunyi dengan asik melayari internet dari pagi sampai ke petang malah hingga lewat malam pun ada, harap-harap mereka layari benda yang baik. Penulis juga risau pelajar yang mendapat komputer percuma ni tak buat kerja sekolah kerana asik berkepit dengan benda tu hari-hari.

                                 

           Sebenarnya ini hanya pandangan Penulis seorang saja tak semestinya betul....cuma penulis harap anda berilah pendapat anda tentang rencana ini demi untuk kebaikan kita bersama...
  Jupa lagi...............

4 ulasan:

724422 @ matyo berkata...

aku ingt lg masa Mahathir mula2 wat masuk internet kt Malaysia.
dia kata benda ni mcm pisau: kita leh guna utk siang ikan dan juga leh guna utk bunuh org.

semuanya bergantung kpd manusia tu sendiri.
bukan salah teknologi.


kempen jom tukar link

yusuflaili(Goku) berkata...

Memang benar pandangan 724422..Setuju sekali.

Unknown berkata...

tajam sungguh pemikiran tun mahathir!!

yusuflaili(Goku) berkata...

Salam:

@#Coolman-
setajam pisau cukur.Hehehee.

Check Page Rank of your Web site pages instantly:

This page rank checking tool is powered by Page Rank Checker service