mungkin disini yang anda cari.!!

Pengikut dihormati

11 Jul 2014

Musim buah Dabai !!!.

 
                            ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM 1BLOGGER
 
       Haihaihaihaihai...lama dah aku tak update blog ni lebih kurang 2 tahun,apa daya aku keadaan amat membataskan waktu.Keadaan blog aku dah bersepah macam tongkang pecah gayanya,apapun aku akan bersihkan balik blog ini sedikit demi sedikit...
Dabai
                                       
      Untuk entry pertama aku nak cerita pasal sejenis buah bermusim yg sangat popular di Sarawak ni iaitu buah Dabai.Buah eskostik ni memang digemari seluruh rakyat Sarawak tak mengira kaum malah harga nya juga melambung naik akibat permintaan yang amat tinggi sekarang.
 
Pokok dabai
                                            
      Bahagian Sibu,Sarikei dan Sri Aman merupakan pengeluar utama buah eskotik ni di seluruh negeri Sarawak.Harga pasaran buah ni sekarang ialah antara rm16 ke rm18 sekilogram dan ianya mengikut saiz dan rasa,bagi yg belum pernah makan buah ni rasanya lemak berkerim ianya sesuai dimakan cecah dengan garam atau kicap campur cili,sebelum di makan buah ni mesti direndam dengan air panas sehingga ianya lembut...
Isi bauah dabai
                                                        
      Bulan jun hingga pertengahan bulan ogos buah Dabai ini lebat berbuah dan ianya berbuah setahin sekali jer..la ni buah ni tengah rancak dijual disemua pasar tamu di seluruh Sarawak.... oklah setakat ni dulu perkongsian cerita lain kali aku sambung cerita yang berinfo..baiklah baye2!!!!!!.
 
P/S..nak tahu lebih lanjut sila klik google!!!.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
    
 
READ MORE- Musim buah Dabai !!!.

24 Okt 2013

Buah oh buah.

                           Asallamualaikum dan salam 1blogger.
         Ni nak cerita pasal buah pula kali ini,buah yg aku maksudkan tak lain iaitu buah manggo.
         Kenapa cerita pasal buah ni pulak kali ni?,,bukannya apa sekarang ni dekat kampung aku melambak buah ni, dah tak terjual dan hampir keseluruhan pokok ni berbuah di kampung,boleh dikatakan buah ni melambak diseluruh sarawak.
          Di tempat aku sekarang ni nak jual seposen sebiji pun buah ni tak laku orang tak pandang dah sebabnya diorang pun melambak buah ni kat kebun ,belakang,tepi dan depan rumah pun banyak lagi tak terjolok.
         Oleh kerana banyak sangat jual pun orang tak pandang maka bini aku pun buat jeruk dan buat jem manggo bolehlah tahan lama sikit,jeruk muda pulak boleh dijual sikit-sikit depán rumah.
         Nilah masalah kebun buah ni kalau dah banyak sangat orang tanam susah pulak nak menjualnya....oklah takat ni jer dulu bye2!!!!.


buah manggo

READ MORE- Buah oh buah.

Check Page Rank of your Web site pages instantly:

This page rank checking tool is powered by Page Rank Checker service